Lakukan Secara Konsisten
Saya syorkan anda membaca buku Donald Trump, Think Big. Dan kita akan faham mengapa begitu pentingnya untuk kita berfikiran besar. Tapi untuk merealisasikannya kita harus mulakan secara kecil-kecilan. Namun konsisten.
Berfikiran besar bukan bermakna kita meninggi diri. Mahu melakukan perkara yang besar-besar sahaja. Sehingga terbeban dengan tekanan sekiranya gagal melaksanakannya. Kita harus juga ukur baju di badan sendiri. Kemampuan kita setakat mana, namun ia bukan bermakna kita tidak mampu melakukan sesuatu yang besar jika kita serba kekurangan.
Berfikiran besar mengajar kita memiliki mentaliti sebagai orang yang berjaya. Walaupun kita masih belum berjaya lagi masa ini. Contohnya, jika kita mahu menjadi seseorang yang mampu memberi manfaat kepada orang ramai kita tidak perlu mempunyai terlalu banyak wang. Cukup sekadar melakukan setakat mana yang termampu dahulu. Dengan apa yang ada. Jika kita mempunyai idea, kongsikan idea itu dengan orang ramai. Mana tahu idea itu sebenarnya sesuatu yang dicari-cari orang lain buat sekian lama. Jika kita mendiamkan diri sahaja, ia hanya sia-sia. Yang penting kita harus mula lakukan.
Fikirkan dari sudut berbeza.
Fikirkan sesuatu dari sudut yang berbeza. Apa yang kita boleh sumbangkan kepada masyarakat. Sumbangan bukan hanya terhad kepada harta benda sahaja. Kita juga boleh berkongsi ilmu pengetahuan & pengalaman. Mungkin dengan pengalaman kita membantu ramai orang daripada melakukan kesilapan yang kita pernah lakukan. Jika ianya pengalaman yang baik, bukankah ia boleh menjadi inspirasi buat orang lain untuk turut sama berjaya. Mudah kan?
Setiap dari kita mempunyai kelebihan masing-masing. Mungkin kita mempunyai ilmu dalam sesuatu yang tidak ada pada orang lain. Kita boleh gunakan ilmu itu membantu ramai orang. Dengan berkongsi kita sebenarnya belajar memberi. Dan kita juga pasti akan memperolehi lebih banyak lagi. The more you gift, the more you get back.
Memberi ruang menonjolkan bakat.
Berfikiran besar membantu kita mengenal kekuatan kita sendiri. Kita tidak mengetahui sejauh mana kemampuan kita selagi kita tidak mula mencuba. Kita sendiri mungkin tidak tahu yang diri kita ini sebenarnya bagus dari apa yang kita sangkakan. Jadi mulakan mencuba. Mana tahu itu bakat terpendam kita selama ini. Daripada dibiarkan sahaja, lebih baik mencuba & lihat hasilnya.
Lebih fokus.
Berfikiran besar mampu meletakkan kita dalam keadaan yang sentiasa fokus. Dalam erti kata lain, apa sahaja cita-cita dan impian, kita akan letakkan matlamat yang besar untuk dicapai. Kalau mengsasarkan bintang, tapi tak mencapai, kita mungkin masih sampai ke bulan. Namun harus diingat, lakukan sesuatu dengan pertimbangan yang realistik. Dibimbangi nanti, andai kata kita terlalu berfikiran besar & kita gagal mencapainya ia akan membuat kita kecewa. Membunuh semangat kita pula. Ingat, realistik. Ukur baju di badan sendiri.
Masalah sebagai cabaran.
Sesuatu yang sukar akan menjadi lebih mudah jika kita berfikiran besar. Melihat ia sebagai cabaran kepada diri kita. Jika orang lain boleh melakukan mengapa tidak kita. Kita akan sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dengan apa cara sekalipun jika kita memiliki mentaliti ini. Manusia & masalah tak akan pernah berpisah. Ini lumrah. Tapi jika kita berjaya mengharunginya dengan jiwa yang besar, ia pengalaman yang tak ternilai harganya. Menaikkan martabat kita di sisi Tuhan & manusia. Jadi, mula sahut cabaran. Jangan lari darinya.
Kesimpulan.
Kita mendapat terlalu banyak manfaat sebenarnya jika berfikiran besar. Dan manfaat itu bukan hanya untuk kita sahaja, malah untuk orang di sekeliling kita juga. Melatih kita sentiasa menjadi orang yang positif. Melihat dari sudut yang lebih luas. Lebih jauh. Kita tidak tahu sejauh mana kita boleh pergi selagi tidak mecabar kemampuan diri. Setiap perjalan yang jauh itu pasti ada cabarannya, namun kita akan dapat melaluinya jika berfikiran besar. Tetapkan matlamat yang jelas & atur strategi. Gunakan kekuatan akal & tenaga semaksima yang mugkin. Push the limit.
Ingat, kita hanya gagal jika kita berhenti mencuba. Jadi, mula mencuba. Cuba dengan bawa bersama fikiran yang besar. Tapi realistik..