Sisa-sisa Ramadhan

Pagi ini 27 ramadhan, begitu cepat masa berlalu. Rasa seperti baru semalam mula puasa. Sedar tak sedar sudah sampai ke penghujung. Tinggal beberapa hari sahaja sebelum menjelangnya 1 syawal.

Usia semakin meningkat. Entah boleh bertemu atau tidak untuk ramadhan yang akan datang. Ramadhan tahun ini memberi rahmat buat saya sekeluarga. Setelah hampir 4 tahun dilanda musibah sihir, namun tahun ini diizinkan Tuhan bertemu dengan seorang yang pandai berubat. Sedikit demi sedikit menampakkan tanda-tanda sembuh. Lama berikhtiar namun kebanyakkannya menemui jalan buntu.

Setiap hari saya berdoa semoga belenggu sihir ini berakhir. Kami tahu ia memakan masa, & saya sekeluarga bersyukur kerana tahun ini progresnya agak laju. Lebih cepat berbanding tahun-tahun sebelumnya. Rezeki ramadhan agaknya.

Semoga ramadhan ini berakhir dengan sempurna..