Selamat Hari Raya

Hari yang ditunggu oleh setiap umat islam seluruh dunia telah tiba. 1 syawal. Walaupun sudah ada yang menyambutnya sejak semalam lagi ekoran perbezaan waktu. Ada juga yang menyambutnya dalam waktu yang berbeza kerana berlainan fahaman, walaupun di kawasan yang sama. Ini semua tidaklah mustahak sangat, yang penting hari inilah ditunggu-tunggu sejak sekian lama.

Ramadhan berlalu pergi meninggalkan kita. Entah boleh ketemu lagi atau tidak ramadhan yang akan datang. Seperti tahun-tahun yang lalu, buat saya tiada lagi baju raya. Hanya pakai yang mana ada sahaja. Seingat saya baju raya terakhir saya ketika saya tingkatan 1 kot. Tahun 2001.

Walaupun syawal bukanlah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh saya, namun bukan bermakna hari ini tidak bermakna buat sekelian ramai orang. Jika ramai orang yang menantikannya, yang bermasalah itu bukan syawal itu, tetapi saya sendiri.

Apapun, awal pagi ini saya ambil kesempatan untuk memohon maaf buat semua andai ada tersilap kata & bahasa. Terlanjur dalam apa jua. Semoga hari ini memberi rahmat buat semua.

Salam 1 syawal..