Dapatkan Rentak
Beberapa bulan yang lepas saya berpeluang belajar tentang online bisnes dari seorang kawan yang dah buat hampir 30k sebulan. Walaupun pada permulaan saya tak mempercayai yang dia dah buat duit sebanyak itu dengan online bisnes. Dengan penampilan yang biasa sahaja & ditambah umur yang muda, sukar untuk mempercayainya. Tapi setelah berpeluang belajar & memahami “flow” macam mana sebenarnya buat duit, baru saya faham.
Dalam proses belajar saya banyak melakukan kesilapan, tapi setiap kali melakukan kesilapan setiap kali itu juga kawan saya memberi kata pendorong. Itu yang saya suka belajar dengan dia. Kalau diikutkan kebiasaan dia akan caj RM500 sehari jika orang nak belajar dengan dia, tapi disebabkan kami kawan sama-sama main futsal. Cukup belanja makan KFC je. Satu kesempatan yang sangat bernilai buat saya.
Cikgu Sampah
Sebelum ini saya sendiri dah banyak pergi kelas & seminar. Tapi hasilnya zero. Setelah belajar dengan kawan saya barulah saya tahu yang kebanyakkan cikgu diluar tidak mengajar 100% yang dia tahu pada muridnya. Ada critical point yang disorokkan. Malah lebih mengejutkan yang cikgu-cikgu yang saya belajar sebelum ini adalah kenalan kepada kawan saya yang seorang ini. Jadi barulah tahu rahsia yang sebenarnya, bukan semua ilmu itu diberikan pada anak muridnya.
Tapi itu perkara normal & proses biasa yang harus dilalui jika saya ingin mencapai apa yang saya hajati. Bukan saya seorang sahaja, malahan semua orang melalui perkara yang sama dengan saya. Cuma kali ini saya beruntung dapat belajar terus dari seseorang yang buat “REAL MONEY” & belajar secara free ( Cuma belanja KFC Je) setiap kali kelas.
Momentum
Walaupun belajar dari orang yang dah berjaya & buat apa yang dia buat, saya still tidak mampu dapat hasil seperti mana guru saya. Kadang kala hasil dia tak memuaskan hati. Tapi setelah bertanya dan mendapat jawapan barulah saya tahu yang saya memerlukan momentum untuk dapat apa yang saya hajati. Sama sahaja. Sesiapa pun tidak dapat terus hasil dari apa yang dipelajarinya, walaupun kita tiru bulat-bulat, kita masih perlu melalui proses peringkat demi peringkat. Mana mungkin kejayaan itu datang secara bergolek. Terus ke riba kita.
Namun saya seronok melalui proses sekarang, belajar & terus belajar. Dari hari ke hari semakin banyak yang kita tahu & pelajari. Ini memberi kepuasan yang sukar untuk saya gambarkan. Harap-harap saya tak berhenti di sini sahaja..