Kenapa Belum Berjaya..
Kebanyakkan orang yang sedang berusaha mencapai matlamat pasti akan melalui fasa-fasa kritikal sepanjang perjalanan itu. Kekuatan jiwa & mental sering kali teruji sehingga kadang kala menyebabkan diri rasa ingin berhenti & berputus asa. Ini adalah perkara biasa. Setiap mereka yang ingin berjaya akan melaluinya. Jika kita tidak sanggup mengharunginya, lebih baik cukup sekadar menjadi biasa-biasa sahaja.
Saya sering kali menghadapi saat seperti itu, sering kali manghadapi jalan buntu. Di benak fikiran hanya ingin berhenti sahaja. Selalu juga ambil keputusan untuk berhenti buat seketika & tapi bila masa berlalu, semangat pun dah hilang. Lalu apa yang diusahakan hanya tinggal setengan jalan sahaja.
Mencari puzzle-puzle
Sebenarnya semua yang berlaku sama ada kita berjaya habiskan ataupun tidak, ia adalah pengajaran yang berharga. Cuma kita sahaja yang tidak menyedarinya. Perjalanan menuju kejayaan itu ibarat kita menyelesaikan misi mencantumkan puzzle-puzzle yang berselerak dia atas meja. Kita tekun mencari satu persatu puzzle untuk menyiapkannya sebuah gambar. Sering kali kita tersilap & tercari-cari dimana puzzle yang betul untuk diisi di tempat yang betul. Dan setiap kali kita meletakkan puzzle yang salah, kita akan cuba perbaikinya, satu persatu sehinggalah kita jumpa tempat yang betul.
Semakin hampir siap, semakin mudah untuk kita melengkapkan misi. Kerana bila kita sudah isikan banyak ruang-ruang yang dulu kosong dengan kepingan-kepingan puzzle, gambarannya menjadi semakin jelas. Semakin luas & laju langkah kita untuk menyelesaikannya. Walaupun pada peringkat awalnya, ia mengambil masa, tapi harus difahami bahawa proses yang dulu sukar akan menjadi semakin hari semakin mudah.
Cuba bayangkan beribu keping puzzle yang berselerak kita atur satu persatu, sepanjang mengatur & menyusun kita pasti akan tersalah letak & salah isi. Tetapi bila semakin siap, & bila kita nampak gambaran yang semakin jelas, & kita mula mendapat rentak & dapat mengagak puzzle yang mana sesuai untuk dipilih.
Life’s a puzzle
Kehidupan kita sebenarnya sama sahaja seperti bermain puzzle. Kita akan melalui fasa yang sama, pada permulaan mencari & menyusun strategi. Berhenti & kemudian sambung semula. Melakukan kesilapan demi kesilapan. Belajar perkara yang salah & juga perkara yang betul. Semua itu memainkan peranan dalam hidup. Mematangkan kita lebih cepat berbanding mereka yang memilih tidak menyelesaikan “puzzle game” atau tidak memulakan terus. Walaupun masing-masing ada alasan tersendiri. Tetapi semua proses itu berharga buat mereka yang sedang mencuba. Boleh jadi apa yang kita buat sekarang tidak mendatangkan hasil, tapi ingat yang semua itu ada fungsinya, mungkin tidak buat masa sekarang, tetapi yakinlah yang ia akan membatu kita pada masa akan datang.
Jadi, jika kita tergolong di antara mereka yang sedang mencuba, & sering kali gagal malah tak menemui jalan yang betul sekarang, jangan runsing. Apa yang kita lalui adalah asam garam kehidupan. Mereka yang berjaya juga melalui perkara yang sama. Kita hanya perlu “enjoy the moment” & percaya dengan diri sendiri. Semua itu ada rahsia & manfaatnya. Ada hikmah yang tersembunyi yang kita sebagai manusia tak tahu apa yang sedang Tuhan aturkan buat kita. Andai kata kita mengambil jalan untuk berhenti mencuba, maka sia-sialah sahaja usaha kita selama ini. Berhenti untuk melepaskan lelah OK, jangan sampai berhenti terus. Itu tak bagus bos!
Kesimpulan
Kita harus melalui jalan yang panjang, berliku malah kadang kala penuh duri & halangan di hadapan kalau ingin berjaya. Dan kita harus akui yang proses itulah yang akan mematangkan kita walaupun perit. Tapi yakin & percayalah, jika kita kita tekad untuk mengharunginya, kita akan merasai manisnya nikmat kejayaan. Sama seperti kita mendaki gunung yang tinggi, semakin tinggi kita mendaki, udara semakin menipis. Dada semakin sesak, tapi dah jauh kita mendaki. Kalau berhenti alangkah sayangnya, nak turun satu hal lagi. Alang-alang, bersabar adalah pilihan orang yang bijak. Kalau boleh carilah teman yang mampu memberi aura positif & kata-kata perangsang. Bila tiba di puncak, semua penat lelah itu hilang dek cantiknya permandangan dari puncak.
Keindahan dari puncak jaya bukanlah boleh dirasai oleh semua orang. Hanya mereka yang berhati kental sahaja mampu menikmatinya. Ingat, jangan berhenti mencuba, selalu tanamkan dalam diri apa yang kita lalui sekarang walaupun masih kabur, inilah puzzle-puzzle yang harus & sedang kita susun satu persatu. Semoga apa sahaja impian kita tercapai. Kejayaan itu adalah dari proses demi proses. Tak datang terus tanpa usaha. Teruskan susun & cari puzzle-puzzle kita…