Berfikir Di luar Kotak
Kebolehan mengolah sesuatu yang biasa-biasa menjadi yang baru memerlukan daya kreativiti & imaginasi yang tinggi. Kita selalu lihat pemimpin-pemimpin organisasi gergasi dunia antara mereka yang selalu melakukan apa yang orang awam fikirkan tak logik & realistik. Lihat sahaja Steve Job dengan gayanya yang tersendiri berjaya mengubah dunia dengan inovasi yang tak tercapai dek akal pada zamannya. Bagaimana Mark Zukerberg dengan Facebook, Henry Ford dengan Ford Motor & paling dekat dengan kita ialah Tony Fenandes dengan “Air Asia”nya. Tapi apa yang membezakan mereka dengan kita? Bagi saya selain dari “Think Big”, ciri yang ada pada mereka ialah mereka ini orang yang berfikir di luar kotak. Think out of the box.
Kreativiti tak datang bergolek
Mereka diakui kebijaksanaan dalam bidang masing-masing. Tapi bukan bermakna kreativiti mereka dalam dengan sendiri secara semulajadi. Saya yakin mereka melalui proses yang sama dengan kita lalui. Kerana mereka manusia biasa. Bukannya superman. Melakukan aktiviti yang sama dengan kita saban hari. Mereka bekerja & kita juga bekerja. Tapi skopnya berbeza. Cara, gaya, kreativiti & matlamat mereka semuanya berbeza. Kalau sama, mereka pun macam kita juga hari ini. Yang membezakan kita dengan mereka, mereka memilih untuk melakukan sesuatu yang luar biasa berbanding dengan orang biasa. Daya fikiran mereka datang dari pengalaman & pengamatan mereka atas apa yang mereka lalui. Kegagalan demi kegagalan. Dan ia tak mudah & murah. Semua proses itu yang menjadikan mereka antara insan yang luar biasa & berbeza. Berbeza yang macam mana? Kita & mereka sebenarnya ada dalam kotak atau hidup yang sama, tetapi pemikiran mereka berani & di luar dari lingkungan kebiasaan.
Bakat Semulajadi?
Pemimpin yang hebat kadang-kala memang dianugerahi dengan bakat semulajadi sejak lahir. Tetapi bukan semua. Kebanyakkan yang kita lihat hari ini datang dari pahit & perit dalam kehidupan. Kemahiran berfikir di luar kotak adalah sesuatu yang boleh dipupuk. Melalui pembacaan, pengamatan & pengalaman. Kadang-kala bukan pengalaman sendiri pun, hanya dengan merenung sejenak pengalaman orang lain pun kita dah boleh melihat & mengubah cara kita berfikir. Antara lain, banyakkan berkongsi. Tak kisahlah kongsi idea atau cerita, tapi yang pasti setiap kali kita memberi kita akan dapat lebih banyak dari apa yang kita keluarkan.
Jangan mimpi terlalu banyak
Ia tak mudah kalau kita statik & berlegar di ruang lingkungan yang sama setiap hari. Mana mungkin jika kita setiap hari pergi kerja & kemudian balik kerja tanpa melakukan penambahbaikkan dalam hidup kemudian mengharapkan keajaiban berlaku. Memang taklah. Kita kadang-kadang kena keluar sekejap dari zon kebiasaan kita. Mungkin berjalan atau travel. Ataupun cuba buat sesuatu yang bertentangan dengan rutin kita. Saya yakin ia membantu kita melihat sesuatu dari sudut & perspektif yang baru, & setiap yang baru itu akan memberi manfaat pada perkembangan minda kita.
Start now or never
Jadi mulakan sesuatu yang baru, keluar dari rutin. Tak rugi pun. Malah menguntungkan adalah. Hidup ini sekejap sahaja, jadi rugilah kalau tak menikmati semaksimum yang mungkin. Kita tak disuruh pun bekerja siang malam untuk memberi kesenangan & kekayaan pada orang lain. Semua itu kita yang pilih sendiri. Kita yang memilih untuk bekerja setiap hari 7 pagi hingga 5 petang. Jadi kenapa tak pilih bekerja untuk diri sendiri. Mula berfikir tentang diri sendiri, jangan asyik menyelesaikan masalah orang lain. Belajar berfikir untuk kebaikkan diri sendiri & orang tersayang. Belajar berfikir di luar kebiasaan kita. Bukan untuk siapa pun, untuk kebaikkan kita juga. Dan yang paling penting, jangan sekadar berfikir, tapi lakukan, kata pakcik Nike, just do it..
Renung-renungkan & selamat beramal.