Malasnya nak buat kerja..
Pernah tak kita rasa penat badan walaupun baru sahaja buat kerja. Biasa kan? Kadang-kala buat sedikit sahaja, tapi rasa malas sangat. Ditambah jika kerja itu sesuatu yang memang kita lakukan setiap hari. Dah jadi rutin. Jadi macam mana nak tukar mood malas itu ye?
Faham tujuan kenapa kita buat sesuatu
Ramai orang sebenarnya terperangkap dalam dunia mereka yang dicipta oleh mereka sendiri. Terutama mereka yang bekerja dengan orang lain. Kebebasan itu seoalah-olah tak ada dalam hidup diorang. Rasa macam diperah-perah keringat, walaupun kerja yang diberi kadang-kala tak ada seteruk mana. Tapi bila mentaliti kita memang buat sesuatu kerana nakkan imbuhan, memang kita kan cepat rasa bosan, tak bersemangat & mudah putus asa. Jadi kalau kita nak sentiasa bersemangat setiap masa, pastikan kita buat dengan niat yang betul. Niat yang betul & atas kerelaan sendiri bukan sahaja memotivasikan kita malah hasil kerja akan jadi lebih sempurna. Tak percaya cuba kita lihat hasil kerja kita ketika di pejabat & hasil kerja kita bila buat berkaitan dengan hobi kita. Hasilnya tentu berbeza.
Kalau kita betul-betul suka dengan kerja kita, lakukan dengan sepenuh hati. Nikmati setiap prosesnya. Masalahnya, ramai yang tak minat pun dengan kerja masing-masing. Cuma mengharapkan gaji sahaja. Itu tak salah tapi amat merugikan kalau kita tak suka dengan kerja tapi kita paksa juga badan untuk buat kerja. Memang hasilnya biasa-biasa sahaja. Disini, betulkan balik niat kita, katakan kita dah pun terjebak dalam kerja kita sekarang, kalau tak nak berhenti sekalipun, cuba tanamkan dalam hati yang aku buat ini sebab Allah. Cuba tanam dalam hati setiap kali nak mulakan tugas.
“Setiap gaji yang aku dapat inilah untuk beri makan anak isteri aku, kalau aku kerja main-main, macam mana status gaji aku. Halal ke? Haram ke?”
Kalau kita mula berfikir lebih panjang In Sya Allah kita akan boleh lihat perubahan positif dalam setiap pekerjaan kita. Tak percaya, cubalah.
Kalau letih, berehat sekejap bro..
Tak dapat dinafikan yang kita ini manusia ada pasang surutnya. Sama ada emosi atau tenaga. Kita bukannya robot. Ada masa kita bersemangat, tapi ada ketika kita rasa “down” sangat. Terutamanya mereka yang buat kerja sendiri, berniaga contohnya. Memang ada masa kita rasa macam hilang semangat, buat itu tak kena, buat ini tak kena. Kita cuba cari apa masalahnya, tapi pelik. Tak jumpa-jumpa. Padahal bukan tak biasa buat.
Kadang-kala kita sendiri tak perasan yang kita kerja non stop. Hingga kita lupa masa untuk manjakan diri. Masa riadah dah tak ada lagi, masa bersendiri dengan Tuhan makin kurang. Solat makin lalai. Kita hanya kejar dunia. Hingga kita lupa tanggungjawab kita kepada Tuhan. Disini penting untuk kita ambil sedikit masa untuk bersendiri, jika kita rasa “stuck” atau buntu. Seriously, ia memang membantu.
Take your time
Just ambil masa kita. Pergi ke tempat-tempat yang beri ketenangan kepada kita. Setiap orang berbeza, ada yang suka ke pantai, ada suka ke hutan, ada juga suka tempat yang tak ada orang. Terpulanglah pada masing-masing. Yang penting beri sedikit ruang untuk kita lepaskan diri dari kesibukkan. Cuba habiskan masa sendirian. Masa itu kita akan nampak jalan macam mana nak selesaikan kekusutan kerja kita. Sebenarnya bila kita tenang, ia banyak memberi ilham kepada kita. Tak guna pun berterusan buat kerja dalam keadaan kepala berserabut.
Cuba curi-curi masa kita pergi ke masjid untuk solat berjemaah, atau hadiri ceramah-ceramah agama. Sedikit sebanyak ia akan beri satu ketenangan & bantu kita lepaskan stress. Kadang benda-benda ini percuma sahaja. Tak perlu keluarkan modal pun. Terapi yang percuma. Rugilah kalau tak guna. Ingat, just take your time, rilek & cari ketenangan sekejap. Bila dah okay, sambung balik kerja.
Paling penting, jangan berhenti.
Hidup ini satu perjalanan. Ia sesuatu yang panjang & penuh dengan ketidakpastian. Alangkah rugi kalau masa yang ada kita habiskan dengan sesuatu yang sama. Sesuatu yang rutin. Saya sendiri tak boleh buat sesuatu yang sama setiap hari. Cepat bosan & rasa macam kurang mencabar. Sebab itu saya tak suka bekerja makan gaji. Bagi saya ia satu perkara yang membunuh semangat saya. Tapi saya tak kata makan gaji itu salah. Terpulang pada masing-masing.
Cuma pesanan saya, setiap apa yang datang pasti ada pengajaran yang ingin Tuhan sampaikan kepada kita sebagai hambanya. Jadi rugi sangat kalau kita mudah berputus asa. Boleh jadi jika kita sabar sedikit & menempuhinya dengan tabah, ada hadiah yang tak disangka-sangka. Mana tahu. Yang penting jangan sesekali berhenti & berputus asa.
Orang yang berputus asa ini adalah orang yang gagal. Mereka juga akan sentiasa terkebelakang dalam segala hal. Kalau berkerja, merekalah pekerja paling rendah kualitinya. Kalau mereka peniaga, merekalah peniaga yang sentiasa tercari-cari jawapan kenapa mereka tak berjaya-jaya lagi. Sekarang terpulang pada kita untuk memilih. Untuk berputus asa atau tidak.
Keputusan yang kita buat hari ini akan menetukan apa yang terjadi esok hari. Jangan pula kita salahkan orang lain kalau apa yang terjadi hari ini pada kita tak sama dengan apa yang kita hajati. Ingat sekali lagi, keputusan di tangan kita.