Pelaburan terbaik adalah untuk diri sendiri

Setiap orang di muka bumi ini sentiasa mahukan yang terbaik dalam hidup mereka. Tapi kita boleh lihat hanya berapa kerat sahaja berjaya mendapatkan apa yang mereka hajati.

Adakah mereka yang berjaya itu memang ditakdirkan bejaya?

Atau orang gagal memang sudah takdir kegagalan itu milik mereka?

Lalu, apa yang membezakan antara orang yang berjaya & yang tidak?

Bukankah semua kita ini sama sahaja?

Apa yang menjadi puncanya?

Invest in yourself

Jawapannya ialah mereka yang berjaya merka melabur untuk masa depan mereka. Mereka gunakan masa yang ada untuk sesuatu yang mereka ingin lakukan.

Mereka habiskan masa dengan belajar & terus belajar. Tidak membuang masa untuk mempelajari sesuatu yang tak perlu. Kerana ianya sia-sia.

Mereka juga tahu apa sebenarnya ingin mereka capai dalam hidup & mula belajar ke arah itu. Sudah tentu ianya memakan masa & tenaga yang pasti bukan sedikit. Namun kehidupan ini sesuatu proses pembelajaran bagi mereka & mereka seronok melakukannya.

Kita boleh lihat sendiri bagaimana 2 orang pekerja yang berbeza akan menghasilkan 2 hasil kerja yang berbeza. Walaupun pada jawatan yang sama. Kenapa?

Kerana mereka mempunyai pandangan berbeza terhadapa kerja yang sama. Sejauh mana seseorang itu melihat betapa pentingnya kerja yang sedang dilakukan dalam hidup mereka, sejauh itulah juga hasil kerjanya.

Untuk mendapatkan apa yang kita impikan, ia mengambil masa. Dan ramai orang tidak sanggup melakukannya. Ramai yang berhenti separuh jalan, kadang-kala mereka tidak sedar yang sebenarnya apa yang mereka lakukan sudah pun hampir siap. Sikit sahaja lagI. Tapi mereka tak mahu menyelesaikanya.

Mereka tidak mahu mengorbankan sedikit lagi masa untuk habiskan apa yang telahpun mereka mulakan. Namun mereka pandai pula untuk mencipta alasan atas setiap kali kegagalan mereka. Salah orang itulah, salah inilah. Yang tak salah hanya mereka sahaja.

Seringkali kita menyibukkan diri sendiri dengan sesuatu yang tak sepatutnya. Kita sibuk bergosip & mengata orang lain sedangkan masa yang ada boleh kita gunakan untuk buat sesuatu yang berfaedah.

Kita sibuk menyalahkan orang lain atas kegagalan kita sedangkan kita tak mahu kaji apa sebenarnya yang menyebabkan kerja kita tak siap.

Sedar tak sedar masa berlalu macam itu sahaja. Dan kita masih lagi di takuk yang sama. Dengan mentaliti & hasil yang sama. Tidak ada perubahan & kemajuan yang boleh dibanggakan.

Sibuk atau buat-buat sibuk?

Satu lagi kesilapan orang ialah merasakan mereka sibuk & kesibukkan itu membuatkan mereka rasa mereka efektif. Mereka menyangka yang mereka melakukan banyak kerja sepanjang hari dengan tersusun. Tapi kenapa masih lagi tak ada perubahan dalam hidup mereka.

Sibuk bukan bermakan kita efektif. Kadang kita lupa kita sibuk menyelesaikan masalah orang lain berbanding sibuk menyelesaikan masalah diri sendiri.

Contohnya berapa ramai yang bekerja menyelesaikan masalah bos mereka sedangkan masalah mereka sendiri tidak selesai. Kita tidak sedar yang kita sebenarnya mempengunakan diri & masa kita & dibayar dengan harga gaji yang tidak setimpal. Hanya semata-mata untuk menyelesaikan masalah bos kita.

Katakan kita sebagai akauntan atau pengurus sayarikat, kita sibuk mengira untung rugi syarikat & sibuk menguruskan syarikat majikan kita. Kita bersungguh-sungguh bekerja untuk memastikan perniagaan majikan kita berjalan lancar & kita mendapat gaji yang sedikit.

Malangnya kita tidak sedar yang kita meng”kaya”kan majikan kita. Kenapa kita tidak bina perniagaan sendiri & gunakan masa untuk bangunkan perniagaan kita sendiri?

Kita bangun pagi untuk ke tempat kerja setiap hari, hanya untuk meyelesaikan masalah orang lain sedangkan masalah kita sendiri bertimbun. Bila cukup bulan kita pening nak bayar itu, nak bayar ini. Akhirnya bos yang kaya, kita tak ada apa-apa. Hutang sahaja banyak.

Ambil masa untuk berfikir.

Kita sering lupa untuk ambil masa berfikir untuk diri sendiri. Luangkan masa untuk merenung semula apa yang kita lakukan sepanjang minggu lepas, tahun lepas.

Apakah kita melakukan semua kerja ntuk memajukan diri sendiri atau memajukan orang lain. Kalau kita boleh melakukan kerja untuk orang lain kenapa tidak boleh untuk kita sendiri.

Fikir dengan rasional. Adakah ini kehidupan yang kita mahukan? Adakah kita mahu berterusan mahu selesa dengan cara kita sekarang?

5 tahun dari sekarang, masihkah kita mahu melakukan perkara yang sama meng”kaya”kan bos kita. Jika tidak, mula fikir cara bagaimana untuk tukar perkara itu. Mula pasang impian sendiri & bekerja keras untuk mencapainya.

Perjalanan yang masih panjang.

Kalau sebelum ini kita asyik menyelesaikan masalah bos kita, mulai hari ini rangka plan macam mana nak selesaikan masalah kita pula. Masalah kita nak duit yang banyak, masalah nak selesaikan hutang-hutang kita yang keliling pinggang.

Kita harus sedar yang ianya tak akan selesai jika kita masih melakukan rutin yang sama seperti apa yang kita lakukan sebelum ini.

Tukar cara kita berfikir 

Mula belajar fikir tentang diri sendiri dahulu. Mula berkawan dengan orang yang betul, banyakkan membaca & belajar. Hadiri seminar atau kelas sebanyak mungkin untuk meraih pengalaman & pengetahuan semaksima mungkin.

Ia payah & sukar, tapi percayalah jika kita paksa diri untuk berjaya, pasti kita boleh. Dan ingat suatu perkara, kalau kita tak mula ubah hidup kita, jangan mimpi akan ada orang yang sudi ubahkan untuk kita melainkan kita sendiri. Hidup kita adalah tanggungjawab kita. Noktah.

Untuk berjaya ianya tidak mudah. Tapi tidak mustahil. Ianya mengambil masa & sepanjang masa itu kita akan diuji dengan pelbagai cabaran. Disini ketahanan mental & fizikal kita akan diuji.

Disini juga kita boleh lihat ramai yang berhenti dalam mengejar impian mereka. Dan setiap kali orang gagal, setiap kali itulah mereka akan mencipta alasan.

Sekarang terpulang kepada kita. Untuk terus hidup dalam keadaan sekarang atau ubah masa depan kita sendiri. Kuasa memilih ada pada kita. Jika mereka yang berjaya boleh lakukan, kenapa tidak kita.

Mulakan sekarang, apa yang akan terjadi nanti, serahkan pada Tuhan. Percayalah, jika kita berusaha keras untuk baiki hidup kita, pasti Tuhan akan buka jalan untuk kita. Yang penting, berani mulakan. dan juga berani habiskan..