Berpeluang melakukan apa yang kita suka memang mengasyikkan. Ia seolah-olah tenaga yang tak pernah habis. Kekuatan menjadi berganda, lebih dari biasa. Kadang kita menjadi ralik, & tak sedar begitu pantas masa berlalu. Dengan melakukan apa yang kita minati juga membantu mengekalkan momentum kita untuk terus maju ke hadapan.
28 April 2017
Saya berpeluang untuk menghadiri satu seminar anjuaran SifuFbAds Sdn. Bhd. Belajar tentang pemasaran melalui platform facebook. Paling mengujakan ialah belajar dari idola saya sendiri iaitu Sifu Jamal.
Selain menambah ilmu sedia ada, berpeluang bertemu ramai orang yang mempunyai minat & matlamat yang sama, seolah-olah memberi saya tenaga & semangat yang berkobar-kobar untuk terus berjaya dalam apa yang sedang saya usahakan. Mungkin bagi sesetengah orang, meluangkan hari minggu dengan membayar & menghadiri kelas adalah sesuatu yang tak mendatangkan hasil, tapi berlainan bagi saya. Ia memberi saya satu kepuasan dalam memajukan diri sendiri.
Jangan cepat berpuas hati
Kadang-kala, saya merasakan apa yang telah saya capai sekarang ini sudah lebih dari orang lain, tetapi bila keluar & berjumpa dengan ramai orang di program seperti ini, barulah kita rasa bahawa yang “aku ini tak adalah sehebat mana”. Sebenarnya ramai di luar sana yang telah mencapai kejayaan yang jauh lebih hebat dari kita. Seolah apa yang saya capai ini “nothing” sebenarnya. Terlalu kecil. Bergaul dengan mereka yang telah berjaya banyak memberi pengajaran & pengalaman buat saya. Kita boleh belajar sesuatu hanya dari mendengar apa yang mereka bualkan, malah hanya memperhatikan gerak-geri mereka pun sudah banyak memberi ilham buat saya.
Belajar dari yang muda & juga yang tua
Ramai yang jauh lebih muda dari saya tetapi telah melalui satu proses pembelajaran yang lebih dari saya & hasil yang sangat mengagumkan. Hingga diri sendiri menjadi malu sendirian.
Satu yang saya belajar, jika kita bijak memerhatikan setiap apa yang berlaku di sekeliling kita dengan hati yang tenang & bijak mengambil pengajaran, terlalu banyak aspek dalam kehidupan kita dapat dipertingkatkan. Jangan terlalu selesa & statik dengan keadaan sekarang. Berpuas hati atau statik bermaksud kita berundur setapak keblakang. Sedangkan orang lain jauh pergi meninggalkan kita.
Saya percaya yang Tuhan sentiasa memberi peluang kepada kita untuk mengubah masa depan kita sendiri. Dengan syarat kita sanggup untuk terus belajar dengan setiap apa yang berlaku di sekitar kita. Boleh jadi kita belajar sesuatu dari anak kecil & boleh jadi juga kita mempelajari sesuatu dari hanya cerita orang yang berpengalaman dari kita. Tak perlu melalui semua perkara pun untuk memahaminya. Cukup sekadar kita bijak menafsir & berfikir sejenak setiap hikmah yang ada dihadapan mata.
Sentiasa upgrade diri sendiri
Setiap hari yang kita lalui hanya sia-sia jika kita tidak mengambil sebarang pengajaran dari apa yang telah terjadi. Alangkah ruginya jika hari ini berlalu dengan begitu sahaja. Ambil peluang untuk belajar semaksima yang mungkin. Boleh jadi ilmu yang diperolehi itu sebenranya percuma sahaja.
Saya bersyukur dengan perjalanan saya sekarang, tahu mana arah tujuan hidup. Namun perjalan masih jauh. Di depan, masih banyak liku & ranjau yang perlu ditempuhi. Saya tak mahu hidup dalam keadaan sia-sia. Ataupun menjadi seorang yang biasa-biasa. Sekadar melukut di tepi gantang.
Sekurang-kurangnya saya boleh berbangga dengan pencapaian saya sendiri. Hanya untuk memuaskan hati saya. Dan saya tahu saya harus belajar banyak perkara lagi. Semoga semangat ini terus membara untuk mengejar impian saya. Buat teman-teman jangan berhenti belajar. Ayuh, raih sebanyak mungkin pengalaman & sebarkan dengan orang lain. Boleh jadi ia bermanfaat buat mereka atau sekurang-kurangnya untuk pakaian diri kita sendiri..