Politik PKR

Mengikuti rapat perkembangan parti keadilan rakyat, bukanlah bermaksud saya taksub kepada PKR. Saya pun bukan ahli parti malah ada perkara yang sering kali bercanggah dengan pendapat saya. Namun tidak dinafikan PKR memainkan peranan penting dalam senario politik tanah air kita mutakhir ini.

PKR antara parti yang berasaskan perpaduan berbilang kaum di negara ini walaupun ada pihak mempertikaikan fakta ini. Jika dibandingkan  dengan parti-parti lain, kebanyakkannya berasasakan satu-satu kaum sahaja. UMNO, MCA, MIC, DAP malahan PAS, PAN & BERSATU antara contoh parti yang didominasi kaum-kaum tertentu sahaja. Bukan bermakna salah tapi PKR adalah parti yang unik & ada nilai yang tersendiri.

Memoir Dr Syed

Saya tak berhasrat nak mengulas panjang tentang politik, tetapi mahu mengulas tentang buku yang baru saya habis baca.

Memoir perjuangan politik Dr Syed Hussein Ali. Antara buku memoir yang paling menarik pernah saya baca, santai tapi penuh ilmu & maklumat. Kita diajar di sekolah oleh sejarah yang tidak tepat sepenuhnya, sejarah yang ditentukan oleh parti pemerintah yang sudah pasti akan cuba menyengetkan semua yang indah-indah ke bahu mereka & menolak yang buruk-buruk ke bahu lawan.

Membaca memoir yang ditulis oleh empunya badan membantu kita memahami situasi yang lalu dengan lebih tepat. Berbanding membaca dari sumber sekunder.

Baca dari hasil tulisan orang lain tentang sesuatu tokoh akan mengurangkan ketepatan fakta yang ada.

Dr Syed menulis dengan ringkas & bahasa yang sangat mudah faham. Penerangan demi penerangan membuatkan seoalah-olah semua peristiwa lampau yang dilalui beliau denagan mudah tergamabar di fikiran pembaca. Dari cerita zaman kecil, ke alam unviersiti, alam pekerjaan hinggalah ke alam politik.

Memoir ini juga menceritakan tentang rentetan peristiwa politik terutama selepas kemenangan PAKATAN ke atas 5 buah negeri pada PRU-12.

Cerita rampasan kuasa Perak &  lain-lain cerita yang sangat menarik. Sudah pasti ia sangat berbeza denagn apa yang dihidangkan kepada kita oleh media arus perdana.

Membaca memoir ini sebagai imbangan buat saya dalam memahami cerita dari kedua belaha pihak. Ia penting untuk kita sebagai rakyat menila sesuatu perkara denagn hati lebih terbuka & rasional dengan melihat dengan dua kaca mata yang berbeza.

Perjuangan menegakkan keadilan sosial terutamanya melalui Parti Rakyat Malaysia antara isi utama dalam memoir ini. Cerita pergabunggan PRM & Keadilan yang membentuk PKR sekarang adalah  cerita yang menarik untuk difahami.

Ramai orang muda yang tidak mengetahui cerita sebenar. Jadi dengan membaca memoir ini, saya pasti sejarah PKR itu dapat diperhalusi & saya sangat syorkan untuk merka yang ahli PKR terutamanya anak muda, wajib membacanya.

Memahami cara politik malaysia

Soal politik contohnya catatan pengalaman, keputusan politik parti-parti yang bertanding, peristiwa -peristiwa besar sama ada yang kontroversi ataupun tidak, semuanya dicatatakan dengan teliti.

Memahami politik dengan lebih jelas dari sudut mata Dr Syed, memahamkan saya cara PRM & Keadilan membuat keputusan.

Saya berpendapat yang kita sebagai rakyat harus mengetahui apa rasionalnya sesuatu tindakan politik itu diambil, tapi malangnya kebanyyakan kita tidak diberitahu dengan jelas kenapa & mengapa sesuatu itu diambil. Kerana banyak keburukan berbanding kebaikkan yang rakyat dapat lebih-lebih lagi waktu sekarang.

Tekanan kos sara hidup yang makin menggila sekarang, & dengan jawapan dari menteri yang nampak “lawak & menyengkelkan” membuatkan kita makin rimas & tertekan.

Dengan jawapan-jawapan itu membuat kita geleng kepala & terfikir apa sebenarnya yang ada dalam kepala otak orang politik.

Survival hari ini

Keputusan ahli politik menentukan susun atur & suasana sesebuah negara. Kerana ditadbir oleh geng mereka. Keputusan mereka yang dahulu, kesannya kita boleh rasai hari ini. Begitulah sebaliknya, keputusan ahli politik sekarang akan memberi kesan kepada anak cucu kita pada masa depan. Memahami politik adalah suatu seni. Ia boleh jadi menyenagkan hati & boleh jadi menyesakkan jantung. Penuh dengan tipu muslihat & cabaran. Yang paling terkesan adalah rakyat marhein.

Kita tidak boleh tidak, harus ambil cakna tentang politik, kerana ia penting untuk masa sekarang & masa depan. Tidak ambil tahu bermakna kita menjadikan kita sebagai “goblok” & keputusan itu hanya membobrokkan lagi negara. Rakyat wajib ambil tahu kerana dengan pemahaman yang betul akan menjurus kepada undi yang betul.

Dan mempelajari apa yang telah berlaku membantu kita melihat iktibar dari apa yang telah berlaku atas keputusan politikus-politikus negara kita. merka yang mengetepikan sejarah akan terus mengulangi sejarah..