1. Merasakan kita lebih dari orang lain.

Kita seringkali terlintas yang kita ini lebih dari orang lain. Saya sendiri kadang-kala bila keluar berjalan, sering merasakan yang saya dah capai sesuatu yang orang lain tak mampu capai. Walaupun bukan kita berniat nak menunjuk-nunjuk. tetapi secara tak sedar kita merasakan yang kita lebih.

Sedangkan kita lupa yang walau sehebat manapun kita, pasti ada orang yang lebih hebat daripada kita. Kita terleka & terlupa yang kadang-kadang nikmat yang Tuhan beri pada kita itu bertujuan untuk kita menikmatinya & bersyukur dengan pemberiannya.

Dalam masa kita merasai nikmat itu, berapa ramai yang masih terkapai-kapai mencari hala tuju & berusaha keras untuk dapat apa yang kita capai. Dan Tuhan uji mereka lebih dalam proses nak capai kejayaan seperti kita. Ada yang sampai bergolok bergadai, bersengkang siang malam, bekerja memerah keringat. Semata-mata nakkan sesuatu yang kita dapat.

2. Complain makanan tak sedap.

Ini perkara biasa buat orang Malaysia. Negara kita ini penuh dengan makanan yang enak-enak. Dan disebalik hidangan yang enak-enak itu jugalah bertimbun-timbun makanan dibazirkan begitu sahaja.

Bukan itu sahaja, kadang-kala kita sering megeluh yang makanan kita tak sedap. Tak seenak orang lain. Padahal berlambak di luar sana yang hanya mampu melihat sahaja.

Ada yang terpaksa mengikat perut, berkongsi hidangan yang sedikit itu dengan ahli keluarga yang ramai. Ada juga yang tak punyai apa-apa untuk dimakan. Kita  disini pula asyik complain yang makanan kita disini tak sedap.

Walaupun nampak remeh, tapi perkara ini yang selalu kita lakukan, kadang kala setiap hari. Boleh jadi kita sedar ataupun tidak. Kalau tak, takkan statistik menunjukkan rakyat malaysia membazirkan hampir 3,000 tan metrik sehari makanan yang tak diusik. Itu belum dicampur dengan makan tak abis.

3. Pasangan & orang sekeliling kita

Kita sering lupa dengan orang disekeliling kita. Terutamanya bila kita menempa kejayaan. Kita lupa yang merekalah yang selama ini memberi sokongan terhadap kita. Boleh jadi tanpa sokongan mereka kita tak akan berada di mana kita ada sekarang.

Walaupun apa situasi & kejayaan yang kita da sekarang, kecil atau besar. Pasti ada individu di belakang kita. terutamanya ibu bapa kita. Kita terleka & merasakan semua yang kita perolehi adalah dengan berkat kepandaian kita semata-mata.

Kita lupa yang dalam kita meremehkan atau mengabaikan orang disekeliling kita, berapa ramai orang yang disaat ini bersedih kerana kehilangan mereka yang tersayang semalam.

Kita manusia hanya akan menghargai insan yang banyak berjasa kepada kita bila mereka pergi meninggalkan kita.

Sepatutnya semasa mereka ada inilah peluang terbaik untuk kita berbakti & berkongsi manisnaya kejayaan kita bersama-sama. Jangan tunggu sehingga mereka hilang di depan mata baru nak menyesal. Pada ketika itu, menyesal pun tiada guna.

4.Rumah yang tak selesa

Rumah sekarang terlalu kecil?

Kenapa rumah orang lain besar?

Ini juga perkara yang sering kita terlepas pandang. Kita sering membandingkan rumah kita dengan rumah orang lain yang jauh lebih besar & sempurna. Walaupun kita mendiaminya setiap hari, tapi setiap hari jugalah kita duduk dalam suasana yang tidak sempurna. Kita merasakan yang rumah kita sepatutnya tidak begini, & sepatutnya ada ini, ada itu. Kita mengeluh selalu.

Dalam masa yang sama, kita sebenarnya tahu di luar sana masih ramai yang tidak mampu nak ada rumah sendiri, malah nak sewa pun tak ada duit.

Belum kira mereka yang terpaksa hidup bergelandangan. Tidur merata-rata. Dimana mereka rasa selamat, disitulah tempat tidur mereka. Sejuk & tak meyelesakan. Kalau nak dibandingkan dengan mereka, kita sebenarnya jauh bernasib baik.

5.Anak-anak kita.

Ini juga satu perkara yang kita mabil mudah. Kita seringkali melakukan kerja atau mencari rezeki sehingga tiada masa untuk keluraga. Terutamanya anak-anak. Padahal kita kerja siang malam dengan alasan nak beri kebahagiaan untuk anak-anak, tapi kita tak pernah tanya sendiri anak kita, apa sebenarnya yang membahagiakan mereka.

Kita terlalu sibuk & melihat pada sudut yang sempit. Sebab itu kita boleh lihat renggangnya hubungan kekeluargaan ini penyumbang utama gejala sosial di kalangan reamja hari ini.

Dalam masa kita mengabaikan anak, ramai di luar sana yang telah lama berumahtangga tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Sedangkan kita yang sudah ada anak disekeliling kita mengabaikan, mereka memendam perasaan untuk bergelar ibu bapa.

6.Kerja kita.

Tak dinafikan taraf hidup sekarang semakin meningkat, tapi tak bermakna kita boleh mengambil ringan kerja kita sekarang. Buat kerja dengan sambil lewa. Pergi kerja balik kerja semata-mata mengharapkan gaji sahaja. Tak ada feel dengan kerja kita sekarang. Tambahan pula bila kita rasa yang bos ambil kesempatan atas kudrat kita.

Kita lupa yang kita yang pilih untuk kerja sekarang, tak ada sesiapa pun yang paksa kita. Katakan kita tak suka, tak ada sesiapa yang larang kita berhenti. Kita tak suka kerja kita, mengeluh & komplen sana sini sepanjang hari, tapi dalam masa yang sama kita lupa yang itu pilihan kita sendiri.

Kalau kita benci dengan kerja sekarang, cuba fikir sejenak, berhenti mengeluh & komplen. Lihat diluar sana. Berapa ramai anak muda yang berkelulusan tinggi, masih menganggur. Kehulu ke hilir mengusung resume mencari kerja.

Belum kira yang tak berpendidikan, lagilah perit. Sedang kita asyik mengeluh, kalau tak suka dengan kerja sekarang, just berhenti & beri peluang orang lain yang masih mencari kerja atau menunggu peluang untuk jawatan kita sekarang.

7.Hidup kita.

Ini yang paling parah. Tak bersyukur denagn hidup sekarang. Merasakan yang tuhan itu tak adil. Kenapa orang lain lebih dari kita. Melihat kelebihan orang lain sehingga kita lupa apa yang ada pada kita.

Kita lupa yang setiap manusia itu ada kelebihan & kekurangan masing-masing. Boleh jadi orang itu lebih itu dari kita, tapi dalam masa yang sama dia kurang dari aspek lain.

Manusia tak akan pernah puas. Tapi kalau kita belajar bersyukur, In Sya Allah kita akan lebih tenang. Lihat sahaja usia kita sekarang, tubuh kita, walau berapa sekali umur kita, bukankah kita sendiri boleh lihat ada di sekeliling kita yang mana Tuhan cabut nyawanya lebih awal dari kita.

Bukankah itu sahaja dah menunjukkan betapa tuhan itu masih memberi kita peluang untuk terus hidup di muka bumi ini. Paling mudah, lihat anggota badan kita sekarang, jika sempurna alhamdulillah.

Cuba keluar sebentar, lihat disekeliling kita. Betapa sempurnanya kita berbanding orang diluar sana. Ada yang muda lagi dah mengidap macam-macam penyakit. Ada yang dah tak ada dah pun. Sedang kita  masih gagah mencari rezeki. Bukankah itu sahaja sepatutnya kita patut bersyukur denagn hidup kita sekarang?

 Sekarang adalah anugerah, berhenti complaint!

Walau apa status kita sekarang, pekerjaan kita, tahap kewangan kita, sila berhenti merungut. Lihat apa yang ada pada kita sekarang, belajar bersyukur. Masih ramai yang kurang dari kita sebenarnya.

Cuma kita sahaja melihat dengan mata nafsu sebelum ini. Nafsu tak akan pernah puas, kalau kita mengikut kata nafsu, nescaya sampai bila-bila kita akan berasa kekurangan.

Jika kita tak suka sesautu dalam hidup kita sekarang, ingat, jangan mengeluh. Cari jalan macam mana nak dapatkannya. Dengan mengeluh masalah tak akan selesai. Hanya dengan mencari penyelesaian adalah jawapannya. Mula atur strategi ke arah itu. Buat kerja. Banyakkan diam.

Hidup ini tak panjang, selagi kita bernafas, selagi itulah kita boleh berfikir untuk menjadikan diri kita lebih baik. Mengeluh sahaja tak guna, belajar & berfikir.

Bagaimana caranya untuk mendapatkannya. Berhenti cari alasan, cipta jalan. Kita manusia, punya akal & fikiran, semua masalah adalah untuk diselesaikan. Hanya mereka yang berusaha menyelesaikannya sahaja akan dapat hasilnya.

Complaint?

Jangan buang masa. Just kejar & rebut peluang untuk ubah nasib kita sendiri dengan usaha. Bukan mengeluh..