Citra Pesona Seorang Wanita

Buku terbaru yang saya habiskan dalam masa kurang 2 jam. Cerita tentang kisah hidup Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Buku autobiografi yang diolah oleh saudara Zahiruddin Zabidi ini sangat menarik. Walaupun bukan ditulis sepenuhnya dalam bentuk memoir oleh Kak Wan sendiri, namun secara dasarnya ia menyentuh sedikit sebanyak perihal hidup seorang susuk yang tak perlu diperkenalkan lagi.

Membaca memoir tokoh-tokoh memang mengasyikkan. Ia membawa kita turut sama menyelami apa yang ada dalam benak fikiran mereka. Jika kita sebelum ini tertanya-tanya apa di sebalik kehidupan mereka, dengan membaca memoir dapat memberi jawapannya. Kerana ia datang dari hasil tulisan empunya badan sendiri.

Sedikit kekecewaan keran bukan Kak Wan sendiri yang menulis. Jika Kak Wan sendiri yang menulis tentu lebih terasa urm-nya..

Kandungan 

Buku ini lebih mengisahkan dari sudut Kak Wan sebagai isteri kepada Anwar Ibrahim & ibu kepada anak-anak & bukannya berkisar tentang pandangan politik semata-mata. Lebih menjurus kepada penceritaan kisah hidup Kak Wan dari kecil sehinggalah berkhawin dengan Anwar. Kemudian menjurus kisah hidup sebagai seorang doktor pakar mata & pensyarah di Unversiti Malaya. Kehidupan yang serba ringkas berbanding dengan isteri pembesar-pembesar negara sekarang.

Menjadi seorang isteri kepada individu penting negara & ibu kepada 5 orang anak, cerita Kak Wan ini sangat menonjolkan contoh terbaik buat para wanita di luar sana. Ketabahan menghadapi cabaran yang belum tentu mampu dihadap oleh mana-mana wanita di malaysia ini.

Belajar dari Kak Wan

Tidak salah kiranya, jika saya boleh katakan Kak Wan antara contoh model untuk wanita dalam mengharungi cabaran tak kira dalam masalah rumah tangga ataupun masalah di luar. Kak Wan tetap Kak Wan yang sama. Dari kecil sehinggalah sekarang, tidak banyak berubah dari segi perwatakannya yang lemah lembut & bersopan santun. Namun jangan disangka, dalam setiap senyuman yang dilemparkan, ada gelodak & gelora yang tersembunyi di lubuk sanubari Kak Wan.

Membaca ‘Cerita Kak Wan’ bererti memahami siapa Kak Wan yang sebenar. Perwatakannya, perangai & pendiriannya. Saya syorkan semua wanita di Malaysia tanpa mengira fahaman politik sepatutnya membaca naskah ini. Sekurangnya belajar dari mana datangnya kekuatan Kak Wan dalam menghadapi cabaran yang begitu dasyat sepanjang bergelar ratu kepada Anwar Ibrahim.

Kita belajar dari pengalaman, tak kira siapa sahaja. Musuh ataupun kawan..