“To Change The World, Change Yourself First”

Kita selalu mendengar kata-kata ini bukan? Untuk mengubah dunia, kita harus mengubah diri kita dahulu. Terutamanya mengubah diri supaya dapat memyumbang sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada dunia. Persoalannya, bagaimana nak ubah diri sendiri?

Jika ia semudah kata-kata, kenapa begitu ramai di luar sana sama ada kenalan kita atau mereka yang kita jumpa sepanjang hari, masih sahaja di takuk lama dari dulu sampai sekarang. Adakah mereka tidak mahu atau tidak pernah terlintas untuk mengubah diri mereka.

Dan jika ia sukar, bagaimana pula kita lihat ada insan yang berjaya melakukannya. Lihat tokoh-tokoh dunia seperti Mahatma Gandhi yang berjaya mengajak rakyat India memperjuangkan kemerdekaan benua kecil India dengan menyatukan rakyat yang berbilang bangsa & agama untuk bangkit menentang British.

Mahatma Gandhi membawa konsep ‘ahimsa’ iaitu tidak menggunakan kekerasan dalam perjuangan. Kekuatan dirinya menyentuh rakyat India untuk bersatu hati menuntut hak mereka. Tokoh-tokoh seperti ini memberi impak yang besar bukan sahaja di negara mereka malah turut memberi inspirasi ke seluruh dunia.

Jika mereka boleh mengubah diri mereka sekaligus mengerakkan massa untuk sama-sama mengambil peranan untuk mengubah dunia, mengapa tidak kita.

Pasti ada cara untuk kita ubah diri kita bukan?

Sudah banyak bukti manusia-manusia hebat sama ada dalam atau luar negara kita yang memberi impak atas perubahan diri mereka untuk mengubah dunia.

Persoalannya sekali lagi, jika ada cara, bagaimana?

Bagaimana caranya?

Saya tertanya-tanya bagaimana caranya untuk ‘upgrade’ diri. Bagaimana idola saya mampu mencipta kejayaan & dari mana datangnya displin serta kekuatan untuk menjayakan sesuatu perkara.

Kegagalan demi kegagalan kadang kala membuatkan saya berputus asa & merasa cukuplah.  Sesekali terfikir mungkin memang setakat ini kemampuan diri. Namun jauh di lubuk hati, saya yakin ada kekuatan yang belum digunakan sepenuhnya, tapi apa cara untuk keluarkan kekuatan itu?

Kuasa NLP

Saya berpeluang belajar tentang NLP. Setelah membaca buku karangan Adam Khoo, seorang jutawan muda dari Singapura. Menarik tentang Adam Khoo, dia mengakui yang semua perubahan dalam hidupnya adalah kerana NLP. Membuatkan saya tertanya-tanya, apa itu NLP?

Jika NLP boleh mengubah Adam dari seorang yang biasa-biasa kepada jutawan dalam masa singkat, tentu saya juga boleh. Sekurang-kurangnya ada ruang dalam kehidupan saya untuk dipertingkatkan.

Memahami ‘Belief System’

Perkara paling menarik dalam NLP bagi saya ialah memahami sistem kepercayaan diri saya sendiri. Bukan orang lain. Seperti diketuk dengan tukul, baru saya sedar yang selama ini saya sendiri kabur dengan kepercayaan diri sendiri.

Saya membiarkan saya terus hanyut dengan melakonkan watak saya ‘mangsa keadaan’ dengan seribu satu alasan. Membuatkan saya sering mencari & memberi alasan untuk keluar ke daerah yang asing bagi saya. Daerah asing yang mampu memenuhi semua impian saya.

Saya sedar apa yang saya mahu, tapi alasan & watak ciptaan saya memberi kepercayaan pada diri saya yang untuk keluar ke sana adalah sesuatu yang sukar.

Ya, ia sukar. Tetapi sesukar manapun ia, jika kena dengan cara serta tahu ilmunya, kesukaran itu akan menjadi semakin mudah. Natural. NLP mengajar yang impian saya boleh dicapai dengan latihan & teknik-teknik tertentu.

Kuasa ‘Alfa Stage’

NLP memberi kupasan tentang alfa stage dengan terperinci yang mana selama ini saya tahu tetapi samar-samar & penuh dengan tanda tanya. Seolah-olah misteri.

Alfa sama seperti khusyuk ketika solat. Tenang. Ketenangan itulah yang saya cari. Saya belajar bagaimana mencipta ketenangan atau ‘Alfa’ dalam sekelip mata. Dimana sahaja & bila-bila masa.

Bermonolog dengan diri sendiri antara teknik NLP yang membuatkan saya selesa bercakap dengan diri sendiri. Ia seolah-olah saya berkenalan dengan saya yang baru. Dari situ sahaja saya banyak berfikir & memahami apa sebenarnya yang saya mahu & cari dalam hidup.

Tuhan mengajar saya dengan musibah

Watak mangsa keadaan saya tukar dengan watak hero.

Semua yang berlaku sebenarnya adalah cara Tuhan melorongkan saya ke jalan yang betul. Perlahan-lahan jalan itu semakin jelas, tapi atas kebodohan selama ini, saya sering berburuk sangka dengan Tuhan kerana menimpakan saya ujian demi ujian.

Bercakap dengan diri sendiri menyedarkan saya betapa kasih Tuhan itu penuh dengan rahmat. Mungkin belum sampai masanya saya memahaminya selama ini, tetapi NLP mengajar saya tentang cara Tuhan mengatur perancangan yang terbaik untuk saya melalui ujian-ujian yang saya tak gemari selama ini.

Sekarang, saya jelas yang sayalah hero dalam cerita hidup saya. Saya bukan lagi watak ‘mangsa keadaan’.

Pengalaman NLP

Saya seorang insomnia. Sukar tidur, terutama jika ada bunyi di sekeliling walaupun bunyi jarum jam dinding. Lebih teruk jika lampu menyala, memang sukar untuk melelapkan mata. Walaupun sekarang tidaklah seteruk dahulu, tapi masih memerlukan suasana yang tersendiri untuk saya lena.

Jika pergi ke suatu tempat baru atau travel, memang tak boleh tidur langsung. Namun sesuatu yang sangat mengejutkan setelah menghadiri hari pertama NLP. Saya ‘tertidur’ dalam masa singkat, tanpa saya sedari hanya dengan mengamalkan teknik ‘saranan’ sahaja. Sungguh powerfull.

Teknik yang sangat mudah tetapi memberi impak yang besar buat saya. Kerana pernah satu ketika, untuk membantu saya tidur, saya terpaksa mengambil pil tidur. Tetapi hanya dengan beberapa saranan, saya mampu tidur lena. Walaupun dalam keadaan yang bising & terang.

Solat dengan tenang

Satu pengalaman yang sangat menenangkan saya ialah saat menunaikan solat. Jika sebelum ini solat saya hanyalah solat robot. Tidak ada ketenangan & tergesa-gesa. Tetapi dengan memberi ‘saranan’ yang betul, ia memberi saya satu ketenangan yang sangat luar biasa. Alfa dalam solat. Keadaan yang sepatutnya ada dalam setiap solat saya sebelum ini. NLP mengajar saya bagaimana caranya memperolehi ketenangan mengerjakan ibadah hanya dengan mengetahui cara yang betul.

Power of Focus

Mempelajari ‘power of focus’ membantu saya lebih tenang & fokus dalam melakukan sesuatu kerja. Sangat relax namun hasil kerja yang sangat memuaskan. Ia memberi saya ketenangan dalam membuat sebarang keputusan.

Mengajar kita untuk melihat pilihan yang lebih banyak & memberi ruang untuk kita berfikir serta menilai baik buruk sesuatu keputusan yang bakal diambil.

Pilihan yang ada memberi bayangan apa yang akan terjadi sekiranya sesuatu keputusan itu dipilih & disitu membuatkan saya lebih berhati-hati dalam memilih sesuatu keputusan.

Ia mematangkan saya dalam aspek membuat kata putus.

Pengajaran berharga buat saya

NLP mengajar saya untuk menjadi lebih tenang. Malah mengubah sikap saya dari seorang yang mudah naik angin kepada seolah yang lebih ‘cool down’.

Melihat sesuatu yang datang tak kira baik atau buruk sebagai satu cabaran yang wajib saya laksanakan & bukannya masalah untuk saya lari darinya.

Secara peribadi, saya lebih fokus dalam mengejar impian saya. Saya tahu apa langkah demi langkah yang perlu saya ambil. Saya sudah ada ‘blue print’ perjalanan kejayaan saya sendiri. Sekarang saya faham bagaimana sifirnya untuk mengejar impian saya.

Sudah pasti NLP mengajar saya lebih jelas dengan apa yang harus saya lakukan dalam mencapai impian saya. Dan sekarang, ianya sangat jelas.

Saranan saya buat orang yang membaca

Sekarang, saya memahami bagaimana insan-insan hebat mengatur perjalanan hidup mereka. Sehingga setiap perbuatan mereka bukan sahaja memberi impak kepada kehidupan mereka, malah seluruh dunia mengambil inspirasi dari kehidupan mereka.

Ada satu sistem yang mereka patuhi & bukannya semborono sahaja. Ia tidak datang begitu sahaja, ia memerlukan ilmu pengetahuan & displin diri yang tinggi.

Dahulu, saya sendiri keliru sama ada apa yang saya usahakan itu betul ataupun tidak. Hidup tak keruan. Terumbang ambing tanpa hala tuju.

Sekarang semuanya jelas di depan mata.

Saranan saya kepada anda, jika ingin mengubah diri, pelajarilah NLP. Ia satu cara paling pantas, ampuh & bersistematik. Satu ilmu yang penuh seni. Saya belajar untuk hidup semula dengan NLP.

Terima kasih NLP Malaysia.

Terima kasih Tn. Hj. Fadzli Yusoff.

NLP Malaysia, mudah, praktikal & berimpak tinggi..