Kuasa untuk memilih

Ramai antara kita tidak sedar yang dalam hidup ini, kita sebenarnya mempunyai kuasa untuk memilih. Cuma bezanya kita menggunakan pilihan kita itu tanpa kita sedar atupun tidak sahaja. Dari awal pagi sehinggalah larut malam, pilihan sentiasa terhidang di depan mata kita.

Namun sayangnya, kita sentiasa merasakan yang kita tak ada pilihan langsung, hanya mengikut takdir yang telah tuhan tentukan untuk kita.

Ya, memang ada perkara yang sudah tertulis untuk kita di Luh Mahfuz, yang telah wujud sejak di alam ruh lagi sesetengah perkara yang akan berlaku pada diri kita. Itulah yang dipanggil qada & qadar. Namun harus diingat, adakah kerana itu kita menyerahkan semuanya kepada takdir Tuhan dalam menjalani kehidupan seharian kita.

Bukahkah kita ada pilihan yang boleh kita pilih dengan akal yang waras makanan mana yang mahu kita suapkan ke mulut kita mengikut kata hati kita?.

Bukahkah juga kita sentiasa mempunyai pilihan untuk menentukan sendiri baju apa yang hendak kita sarungkan untuk ke tempat kerja?

Itu semua pilihan yang ada pada kita. Kita menentukannya sendiri berdasarkan kecenderungan kita, apa yang kita rasa sesuai pada mata kita.

Quotefancy-2077-3840x2160

Mengapa hidup tak pernah adil?

Namun ramai yang gagal melihat pilihan yang lebih besar dalam hidup. Mereka lupa yang mereka mempunyai kuasa untuk memilih sekaligus menentukan apa yang kita cita-citakan. Apa yang kita impikan.

Ramai yang mengeluh yang gaji yang kecil, kerja yang bertimbun tak pernah habis, ada bos yang garang, isteri yang mengerikan mata memandang & semua itu seolah-olah sudah takdir mereka begitu. Tuhan sudah tentukan begitu & begini, sehingga mereka pasrah membabi buta dengan kedaan sekarang.

Kita mula membandingkan mereka yang kaya dari kita, yang berjawatan lebih besar dari kita. Dan yang nampak hanyalah kekurangan diri serta melihat yang kita sentiasa bernasib malang. Lebih teruk kita mula mempersoalkan ketidakadilan Tuhan dalam melayan kita.

Tuhan yang tak pernah adil!

Mengapa si fulan itu begitu berjaya, gajinya lebih dari aku, hidupnya lebih bahagia dari aku?

Apa dosa aku sehingga takdir aku begini?

Menyalahkan takdir atau orang disekeliling kita merupakan perkara paling senang. Hanya menuding jari. Si fulan itu begitu, si fulan itu begini. Sebab itulah aku jadi begini & bla bla bla. Kita lupa yang sebenarnya mereka juga sama seperti kita, ada pilihan setiap hari yang harus mereka pilih, & yang penting mereka memilih pilhan yang betul.

Cuba perhatikan sejenak, siapa sebenarnya yang memilih pekerjaan kita sekarang?

Siapa yang pilih berapa gaji kita sekarang?

Bukankah kita sendiri?

Tak ada sesiapa yang memaksa kita, pilihan itu kita lakukan sendiri tanpa kita sedari. Kita yang memutuskan untuk menghadiri temuduga kerja yang kita jawat sendiri, kita sendiri yang bersetuju bila bos kita beri gaji kita sekarang. Bukankah itu semua pilihan kita.

Kuasa memutuskan itu ada pada kita, jika hari ini kita memutuskan untuk berhenti kerja sekalipun, bukankah itu pilihan kita. Kita menentukan sendiri semua itu. Jika sebelum ini kita memutuskan untuk hidup seperti yang ada sekarang ini, kita juga harus berani untuk mengambil keputusan sebaliknya. Kejar impian yang selama ini kita dambakan.

Pilihan terbatas

Tidak dinafikan, perkara yang berlalu sudahpun berlalu. Walau apa pun yang kita lakukan kita tidak boleh menukarnya. Kita tak mampu merubah di mana kita lahir, siapa ibu bapa kita, apa bangsa kita. Perkara yang lalu itu sudah tertulis, namun adakah kerana kita dilahirkan dalam keluarga yang miskin, pilihan di depan kita hanya kemiskinan & kesusahan sahaja.

Hidup sebenarnya lebih dari itu, bergeraklah kedepan & terokai dunia baru. Tinggalkan segala yang ada dalam zon selesa. Cipta dunia kita sendiri. Jika mereka yang kita lihat berjaya adalah kerana mereka melakukan pilihan yang betul dalam hidup mereka. Mereka ada pilihan & kita juga ada pilihan.

Pilihan terbuka luas

Jika sebelum ini kita anggap hidup ini tak ada pilihan, ternyata itu silap. Belajarlah untuk memilih kembali. Pilih jalan mana yang mahu anda lalui. Boleh jadi jalan itu sukar. So what?

Apa juga yang kita hadapi nanti, bukankah masih juga ada pilihan yang lain pula. Kerana hidup ini pilihan, jadi terpulang pada kita. Untuk menjadi apa yang kita pilih, atau menyesal atas apa yang kita pilih…