Kejar Matlamat

Jika kita mahukan sesuatu, caranya mudah sahaja. Buat kerja. Lakukan semua yang perlu untuk capai apa yang kita mahukan. Nampak mudah kan? Tapi tak ramai yang mampu buat perkara ini. Sebab itu kita lihat berapa ramai yang sekadar berangan-angan nak itu nak ini, tapi tak buat apa-apa pun. Zaman sekarang semuanya perlukan kudrat. Mana ada datang bergolek bro..

1. Berhenti Complain

Ini kena buat dulu. Belajar berhenti ‘complain’. Kita ini terlalu banyak sangat merungut. Itu tak kena, ini tak kena. Tapi nak macam-macam. Tambahan sekarang ini kita boleh tengok di media sosial, tak jauh pun, tengok kawan-kawan kita. Lagi teruk tengok diri sendiri dulu.

Sebenarnya manusia bab ‘complain-complain’ ini biasalah. Lumrah. Itu cara kita respon atas sesuatu yang kita tak suka. Kita tak suka balik kerja, jalan pula ‘jammed’. Minyak naik, barang naik harga & segala-galanya naik. Mana tak marah.

Tapi bagi saya, ‘complain’ itu biar berpada. Kalau kita terlalu banyak ‘complain’, tak mengubah keadaan pun. Jadi kurangkan ‘complain’. Cari jalan untuk ‘improve’ diri kita. Tahap ekonomi kita, ilmu kita. Sebenarnya, bila kita berhenti ‘complain’, hidup ini akan jadi lebih tenang. Bukan bermaksud tak ada masalah. Tapi kita akan lebih matang bila berhadapan dengan isu-isu yang datang dalam hidup kita.

Jadi, kalau rasa hidup ini tak tentu arah, check balik diri kita. Banyak mana kita merungut. Dan cuba relak & renung sekejap, kita merungut banyak-banyak ini apa kesannya. Kalau positif, teruskanla ya. Kalau rasa sia-sia, tingal-tinggalkan tabiat itu.

2. Belajar Buat Keputusan

Ini pun satu masalah. Ramai orang tak berani nak buat keputusan. Banyak sangat alasannya. Sedangkan kita tahu yang kita ini kena berubah. Kita mahu capai sesuatu dalam hidup. Nak kereta besar, nak rumah besar, nak gaji besar. Tapi kita tak nak ubah cara hidup kita sehari-hari.

Kita statik, terperangkap dalam ‘rat race’. 7 pagi 5 petang. Hari-hari macam itu. Masalah pula banyak. Gaji sikit. Tapi nak macam-macam. Kita tahu yang nak dapat apa yang kita nak itu, kita kena ubah aktiviti seharian kita. Tapi sayang, kita tak berani nak buat keputusan.

Kita takut risiko. Nak berniaga macam orang lain, takut rugi. Modal pula tak ada. Tapi kita sebenarnya tahu, macam mana kehidupan orang yang berniaga di bandingkan dengan kita yang makan gaji. Asyik kena marah dengan bos, gaduh dengan geng tempat kerja.

Sayangnya kita tak berani nak buat keputusan. Walaupun sebenarnya, tak adalah teruk sangat kalau ambil risiko pun. Saya pun tak pernah lagi dengar orang mati kebulur sebab berniaga. Cuma untung rugi itu adatlah. Berniaga memang penuh risiko, tapi lama-kelamaan kalau kita sentiasa mahu belajar & sanggup upgrade diri, In Sya Allah Tuhan akan bantu. Tambahan kalau betul-betul nak ubah nasib diri.

Saya beri contoh orang berniaga dengan orang bekerja kerana hidup kita ini dua sahaja. Kalau tak kita bos, kita pekerja. Itu sahaja. Yang pasti, orang yang berani buat keputusan dia akan menang. Biasanya bos la yang menang kan?

3. Buat Kerja

Buat kerja. Kita mahukan sesuatu, memang wajib kita buat kerja. Sedar sikit diri itu, kita bukannya anak raja. Kerja pula jangan semberono sahaja. Work smart, not work hard. Tapi kalau ‘work hard with smart brain’ itu lain. Lagi bagus.

Katakan saya nak menulis sebuah buku, saya kena mula banyak membaca & yang paling penting mula menulis. Cari buku-buku yang berkaitan dengan apa yang kita nak tulis. Lagi banyak baca, lagi mudah kita dapat idea untuk buku kita. Tak jadi kalau setakat berangan nak jadi penulis kalau baca pun malas. Lebih parah menulis pun tak nak.

Sama juga kalau kita nak kuruskan badan. Kita kena buat kerja. Buat ‘research’, cara yang betul nak turunkan berat badan. Jangan main hentam sahaja. Itu kerja bodoh. Sia-sia. Bila kita buat kerja dengan tak ada ilmu, itu sebab kenapa kita sekadar hangat-hangat tahi ayam. Buat separuh jalan.

Ingat, buat kerja. Tapi biar dengan cara yang betul. Work smart, not work hard.

4. Serah Pada Tuhan

Akhir sekali, tawakal. Kita ini manusia. Walau bagaimana baik perancangan kita, masih lagi tertakluk dengan Tuhan. Gagal atau berjaya semuanya dengan izin Tuhan. Seandainya kita sudah lakukan yang terbaik, In Sya Allah hasilnya akan baik. Saya percaya yang Tuhan itu tak pernah zalim. Kalau kita gagal sekalipun, cuba belajar dari kegagalan tersebut.

Kalau kita sentiasa lakukan yang terbaik dalam hidup & berserah dengan apa yang berlaku. Gagal ataupun berjaya, kita tetap akan dapat ganjarannya. Dapat pahala. At least kita meraih pengalaman. Belajar berlapang dada. Percayalah, jika kita berlapang dada, semuanya akan baik-baik sahaja.

Seandainya kita tak dapat apa yang kita hajati setelah kita berusaha, jangan sesekali berputus asa. Cuba lagi. Raih sebanyak mungkin pengalaman & belajar sebanyak mungkin pengajarannya. Kita akan jadi lebih matang. Kematangan itu yang mahal harganya. Jadi, apa juga keputusan, bersangka baiklah dengan Tuhan.

Kunci Kejayaan

Saya rumuskan nak berjaya atau capai apa yang kita nak, ini kuncinya. Belajar, kemudian buat, jika gagal ulang balik. Sampai berjaya. Usaha tangga kejayaan.

  1. Berhenti merungut
  2. Buat keputusan.
  3. Buat kerja.
  4. Tawakal pada Tuhan.

Akhir sekali, jangan ‘give up’. Hati kena kental bro. Kata nak berjaya. Orang-orang lain yang kita lihat berjaya, ini juga resepinya. Jadi ‘just follow your dream’. Chase it. Keep your dream alive. Adios..