Bagaimana untuk mulakan?
Setiap orang ada impian tersendiri. Walaupun mungkin kita berbeza dari segi pemikiran, fahaman politik atau agama & bangsa sekalipun, tidak ada orang yang mahukan hidup dalam serba kekurangan. Cuma yang membezakan kita adalah kesanggupan untuk kita mengejar impian & cita-cita tersebut. Sebenarnya terlalu banyak cara untuk kita berjaya. Namun tak ramai yang sedar bagaimana caranya.
1. Buat keputusan
Setiap hari kita buat keputusan. Tapi beza kita dengan orang yang berjaya ialah mereka buat keputusan yang besar-besar dalam kehidupan seharian mereka. Bukan semua orang ada keberanian untuk buat keputusan demi mengubah masa depan sendiri.
Ada yang sanggup berkorban wang ringgit, masa & tenaga untuk mengejar impian. Dan ada yang sekadar berangan-angan sahaja. Mereka hanya berlegar-legar dalam persekitaran yang sama setiap hari. Tapi mahukan macam-macam dalam hidup. Tapi hanya sekadar di fikiran sahaja. Katakan kita mahukan sesuatu, buat keputusan sekarang & rancang apa yang kita perlu lakukan.
2. Tiru apa orang berjaya lakukan
Di sekolah, cikgu marah kalau kita meniru. Tapi dalam kehidupan sebenar ianya tak salah. Malah ia cara paling senang & singkat untuk kita mengejar impian kita. Kita tak perlu buang masa cuba semua perkara. Ia merugikan masa & tenaga kita.
Cari idola atau mentor. Belajar & lakukan perkara yang sama. Bukan bermaksud ‘copy ‘100%. Kita ada keunikkan kita yang tersendiri. Apa yang mentor kita lakukan, belum tentu memberi kejayaan yang sama. Tapi yang pasti, konsep atau initipatinya mesti sama. Kita sendiri yang harus olah & ubahsuai ikut kemampuan diri sendiri. Hanya diri kita yang lebih mengenal diri kita. Kelemahan & kekuatan kita.
3. Just do it
Lakukan sekarang. Take action. Secepat yang mungkin. Walaupun tak drastik, tapi mulai sekarang, fikir apa strategi yang harus kita lakukan. Jangan banyak bertangguh. Kita boleh lihat berapa ramai di luar sana yang mahukan sesuatu yang bermakna dalam hidup mereka. Tapi suka bertangguh. Akhirnya terus tak buat. Dan ramai juga yang tak tahu nak mulakan dari mana & bila.
Jawapan saya, mulakan dari sekarang. Gunakan apa yang ada. Yang penting, mulakan. Soal gagal atau berjaya itu soal lain. Kalau kita tak cuba, kita tak akan tahu setakat mana kemampuan kita yang sebenar. Boleh jadi kita lebih baik dari apa yang kita sangkakan.
Saya pun tak menyangka yang saya boleh menulis sebanyak ini. Dan ianya sudah tentu mengambil masa. Tapi katakan setahun yang lalu, saya tak mulakan menulis. Saya rasa tentu sampai sekarang saya hanya berangan-angan sahaja. Habuk pun tak ada. Jadi, mulakan sekarang.
4. Baiki kelemahan & ‘upgrade’ kekuatan diri
Kita manusia, ada kelemahan & kekuatan tersendiri. Tugas kita adalah untuk cari apa kekuatan kita & asah sebaik mungkin. Dan dalam masa yang sama perbaiki apa yang kurang. Semua itu boleh diperbaiki. Mustahil dalam dunia ini ada orang yang dilahirkan terus berjaya. Masing-masing melalui proses yang sama.
Cuma beza antara kita dengan mereka ialah mereka terlebih dahulu buat keputusan & melakukan apa yangs sepatutnya. Jadi tak timbul isu jika mereka memperoleh apa yang ada sekarang. Adil bukan?
Siapa yang berusaha, pasti dia yang akan mendapat hasilnya.
5. Keep the dream alive
Walau apapun situasi kita, teruskan berimpian. Jangan jadikan keadaan kita sekarang yang serba kekurangan sebagai alasan. Berapa ramai usahawan, penulis, aktor atau sesiapa sahaja yang berjaya diluar sama memulakan sesuatu dalam keadaan kosong. Nothing. Tetapi mereka tetap percaya yang impian mereka boleh dicapai. Mereka berusaha sedaya mungkin & sudah pasti ia tak mengambil masa yang singkat. Jalannya berliku.
Motivasi yang mengekalkan semangat mereka ialah percaya pada impian & diri sendiri. Sebab itu kita lihat ramai yang mulakan sesuatu, tapi bila datang sahaja ujian, mereka berhenti setengah jalan. Kerana mereka tidak pegang impian mereka sekuat yang boleh. Semangat mereka rapuh. Jadi jika mereka kekal dalam zon serba kekurangan, ia sebenarnya salah siapa?
6. Berfikiran besar
Dream big. Bukan bermaksud kita berfikir kita ini hebat atau membangga diri tak tentu pasal. Bukan itu maksudnya. Kita percaya pada impian kita, tahu kemampuan diri & kelemahan kita, jadi kita kena belajar berfikir tentang perkara yang besar-besar. Seberapa banyak manfaat yang boleh kita beri pada masyarakat jika kita berjaya merealisasikan impian tersebut. Pengalaman kita boleh menjadi ikhtibar malah inspirasi buat mereka di luar sana.
Manusia lebih teruja dengan inspirasi. Sama seperti saya, saya ada idola saya yang saya jadikan contoh. Dan saya tanam dalam fikiran saya, jika dia boleh lakukan, kenapa tidak saya. Kejayaan yang dicipta oleh insan-insan hebat banyak memberi semangat untuk saya terus berusaha mengejar cita-cita saya.
Sama juga, jika saya telah berjaya, cerita saya boleh menjadi contoh buat anak-anak saya, cucu cicit saya. Bayangkan berapa banyak pahala & saham akhirat yang bakal kita perolehi jika kita menjadi asbab orang lain maju dalam hidup. Dan mereka berkhidmat pulapada bangsa, agama & negara hanya kerana terinspirasi dengan diri kita.
Banyak lagi cara untuk menang!
Ini sebahagian yang saya rasa. Semua ini ‘common sense’ sebenarnya. Kita pun tahu, tapi tak ramai yang mampu lakukan. Kadang-kala, orang buat tak endah sahaja pengajaran dari apa yang mereka tahu. Jangan jadi seperti orang yang gagal. Mereka mahukan sesuatu, ada yang mulakan & ada yang tak buat apa-apa. Bila datang ujian atau musibah, mereka berhenti mencuba. Yang tak mencuba langsung lagilah. Bila hidup semakin susah, mereka salahkan orang lain. Kecuali diri sendiri.
Jika kita mahukan sesuatu & impian tersebut dah pun ada orang lain berjaya lakukan. Ini bermakna yang impian itu tak mustahil. Andai orang lain boleh kenapa tidak kita. Jadi sekarang, tepuk dada tanya diri kita. Mahu mula mengejar impian atau ‘do nothing’. Pilihan di tangan kita, jangan pula salahkan orang lain kalau kita tak berjaya. Itu semua salah kita..