Mike Tyson The Beast
11 Febuari 1990. Perlawanan akhir ‘heavyweight’ world champion antara Mike Tyson & James Buster Douglas. Di Tokyo, Jepun. Seperti biasa, dunia menjangkakan yang Mike Tyson akan memenangi perlawanan tersebut. Sepanjang karier dari awal hingga ke saat itu, Mike Tyson tak pernah kalah dalam 42 perlawananan berturut-turut. Ia menjadi final yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh dunia.
Sepanjang perlawanan antara Mike Tyson & pesaingnya, tidak pernah ada seorangpun yang berjaya bangun atau bangkit semula selepas terkena tumbukan K.O (Knockout) dari Mike Tyson. Dan perlawanan menentang Buster, sudah ada ramalan yang Mike Tyson akan mendominasi perlawanan.
Round 1-4
Seperti biasa, Mike Tyson menggila untuk setiap pusingan. Dan jarang pesaingnya mampu melepasinya selepas 4 pusingan. Kebiasaanya K.O & menyerah kalah. Akhirnya di pusingan ke 5, Mike Tyson mula terasa sulit untuk menumbangkan lawannya. Buster semakin bersemangat walaupun kepenatan. Namun akhirnya, Buster turut mengalami pengalaman yang sama. ‘Knockout’. Dia tumbang. Dan tidak pernah dalam sejarah, orang yang tumbang dengan tumbukan ‘knockout’ Mike Tyson, boleh bangkit & meneruskan perlawanan.
Tapi hari itu sejarah tercipta. Setelah terbaring kesakitan, Buster cuba bangun. Kiraan pengadil hampir ke penamat. Namun, hanya beberapa saat selepas cuba bangun, loceng masa pusingan menyelamatkan Buster dari terus diasak Mike Tyson. Keadaan Buster masih kesakitan.
Pertama kali, sorakan yang mengemparkan dalam final tinju ‘heavyweight’. menyaksikan keajaiban berlaku. Rupanya ada orang yang mampu menyerap kekuatan ‘knockout’ Mike Tyson & masih boleh meneruskan perlawanan.
Round 6
Penonton semakin menggila. Bersorak atas peristiwa yang julung kali terjadi. Stadium gamat. Buster semakin mendapat rentak & Mike Tyson akhirnya pertama kali tumbang, dengan tumbukan K.O. Seluruh dunia terkejut. Sejarah baru tercipta. Mike Tyson tumbang setelah seluruh dunia menjangkakan dia akan menang.
Apa punca Buster menang?
Apabila ditanya, apa yang memberi kekuatan Buster untuk bertahan & bangkit setelah ‘knockout’ pada pusingan ke-5. Jawapann Buster ialah dia teringatkan ibunya. Dia terbayangkan gambaran ibunya semasa jatuh. Dan ibunya pernah mengumumkan pada media yang anakknya akan menjadi juara dunia. Malangnya, 2 hari sebelum perlawanan. Ibu Buster pergi meninggal dunia.
Buster mengatakan yang dia boleh sahaja mengalah & berhenti. Dan kekalahan itu sama sahaja seperti merelakan kematian ibunya. Namun dia tidak mahu menghampakan harapan ibunya. Lalu dia terus . fokus untuk terus bertahan. Sehingga bergelar orang pertama yang mengalahkan Mike Tyson dengan ‘knockout’. Ia sedar kekuatan Mike Tyson. Semua orang tahu. Tapi baginya, mengalah hanya akan membuatkan apa yang diperkatakan oleh ibunya adalah dusta. Dan dia tak akan membenarkan perkara itu berlaku.
Sumber Kekuatan James Buster
Walau sebesar mana lawan yang dihadapinya, walau sesukar mana pesaingnya, dia percaya akan kekuatan & keinginan yang kuat demi ibunya. Ia satu dorongan & sebab utama kenapa ia mahu menruskan perlawanan. Dan keinginan yang kuat itu membantu memberi kekuatan & semangat yang tak kenal erti putus asa.
Selepas perlawanan Buster mengatakan yang dia tak takut pada sesiapapun. Tak gentar untuk berhadapan dengan sesiapa, kerana ia yakin & fokus dengan kekuatannya sendiri. Ibunya memberi sumber inspirasi kepadanya. Dan setiap kali ia teringat akan ibunya, ia akan membangkitkan semangatnya. Kerana ibunya menjadi sebab untuk ia terus berusaha & terus berjaya.
Belajar Dari Cerita James Buster
Setiap hari kita berdepan dengan cabaran. Sama juga dengan orang lain. Kadang kala cabaran yang datang begitu sukar sehingga kita takut untuk menghadapinya. Kita rasa kurang keyakinan diri. Meragui kemampuan kita. Sedangkan kita masih belum menggunakan sepenuhnya kekuatan yang ada. Untuk membentuk kekuatan kita harus belajar melawan. Laithan demi latihan. Ia sukar tapi itulah kehidupan. Dan kekuatan boleh datang dengan mencari inspirasi. Ia ada di mana-mana, terpulang pada kita untuk menggunakannya atau sekadar menyerah kalah.