Hidup Tak Tak Selalunya Indah

Semalam, awal pagi. Saya dihubungi oleh seorang rakan lama. Sahabat baik saya ketika di sekolah dahulu. Kami bersama hampir 5 tahun, di asrama. Jadi kami saling kenal betul perangai & hati budi masing-masing. Masa berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar hampir 12 tahun terputus tak jumpa. Sepanjang 12 tahun hanya sekali dua sempat terserempak dengannya.

Ditakdirkan cerita, hari semalam kami berjumpa. Atas satu peritiwa yang tak dirancang. Pertemuan bermula setelah sahabat saya ditimpa ujian yang agak berat. Dibuang kerja. Dan mempunyai isteri serta anak yang masih kecil. Pertemuan kami atas nasihat guru kami. Untuk kami berkongsi idea bagaimana untuk membantunya untuk survive buat masa terdekat.

Cerita kawan saya sebenarnya situasi yang dilalui oleh ramai orang di luar sana. Termasuk saya. Satu ketika dulu. Hilang arah tuju. Tak tahu mana yang nak dijadikan tempat untuk berteduh. Ia satu ujian besar buat mereka yang jarang-jarang diuji.

Dalam zaman yang memerlukan serba serbi duit. Saya pun terfikir bagaimana boleh saya bantu. Namun setakat yang boleh & termampu. Saya hanya boleh memberi sedikit idea & ruang untuk dia bertenang. Muhasabah diri. Hidup ini tak seperti yang kita mahukan. Segalanya indah-indah.

Hidup Juga Tak Tak Selalunya Kejam

Namun, disebalik ujian yang melanda. Saya melihat itu ujian yang Tuhan atur untuk sahabat saya. Ada sesuatu yang mahu Tuhan beri kepadanya. Kerana itulah ia diuji. Saya percaya yang setiap perkara ada hikmahnya. Biar buruk dimata kita, tapi siapa tahu ada rahmat yang besar disebaliknya. Seandainya kita bersabar & tabah melaluinya.

Saya melihat ini peluang untuk dia merenung semula. Apa sebenarnya yang dia mahu dalam hidup. Jika selama ini kita sentiasa berasa selesa. Dengan segala yang ada. Tanpa ada ‘backup plan’. Sekali Tuhan tarik nikmat zon selesa ciptaan kita. Tiada apa yang mampu kita lakukan.

Saya nasihatkan supaya cuba cari jalan untuk mula berniaga. Itu juga yang berlegar di fikiranya. Cuma tak nampak jalan keluar. Dan itu juga sebab kenapa pertemuan kami berlaku. Dia mahukan nasihat bagaimana dia mahu memulakan perniagaan. Sebagai permulaan hidup baru.

Pandangan saya

Bagi saya, ia tak mudah. Namun tak mustahil. Kita harus terima fakta. Ianya sangat mencabar. Kita harus bersedia fizikal & mental. Dunia perniagaan menjanjikan seribu kemungkinan kejayaan. Namun ia juga boleh meragut segala kekuatan diri & jiwa kalau tak kena gaya. Boleh jadi bila kita bersemangat, penuh ghairah untuk memulakan sesuatu, tapi tanpa ilmu. Ia sama sepeti binatang buas. Menerkam tanpa belas kasihan. Ia tak mengira keadaan kita. Sama ada kita bersedia ataupun tidak.

Saya belajar sesuatu dari peritiwa sahabat saya. Saya boleh memahaminya. Kerana suatu ketika dulu, saya sudah melaluinya. Dan ia tak mudah. Malah sangat menakutkan. Tapi saya bersyukur perisitiwa demi peristiwa, ia memberi saya kekuatan. Mengukur sekuat mana daya tahan. Dalaman & luaran.

Kini, masa sahabat saya melaluinya. Doa saya. Kuatkan semangat. Ingat yang Tuhan itu sentiasa ada. Dan ia tak pernah mezalimi makhluknya. Hanya kita sahaja selalu berburuk sangka dengan Tuhan. hanya kerana merasakan Tuhan itu tak adil. Sedangkan kita yang tak memahami bahasa Tuhan mengajar kita.

Saya percaya sekarang masa yang sukar. Tapi ia akan berlalu suatu hari nanti. Dan segala pengalaman inilah yang mematangkan kita lebih cepat. Ia anugerah buat mereka yang mahu berfikir. Buka hanya merungut & mengeluh. In Sya Allah. Akan ada jalan. Saya bantu apa yang patut.