Ramai Orang Tak Sanggup Lakukan

Setiap orang ada kemahuan tersendiri. Kita ada nafsu yang mahu kita penuhi. Kita nak itu & ini. Tapi tak ramai yang mampu melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan. Bagi saya, keinginanan sahaja tidak mencukupi. Ia memerlukan kita bekerja keras untuk capai impian kita. Apa sahaja yang kita mahu sebenarnya boleh kita kecapi, tapi kita harus jujur dengan diri kita. Adakah kita sanggup melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk ke arah itu?

Idea just idea

Apa yang kita mahu hanya angan-angan tanpa kerja keras. Ia sia-sia. Ia memerlukan kesanggupan. Namun kesanggupan itulah yang ramai orang tidak ada. Kita malas untuk belajar skil baru, knowledge baru, tapi dalam masa sama kita mahu berjaya. Ia tak akan berlaku. Tak masuk akal. Kita harus bersedia & sanggup mengorbankan masa serta tenaga yang bukan sedikit untuk kejar impian kita. Its taken efforts & times.

Kerana ia tak mudah, sebab itulah kita boleh lihat seawal 7 pagi berapa ramai orang yang berkejar-kejar di atas jalan raya yang sesak. Pergi ke tempat kerja & melakukan rutin yang hampir sama. Setiap hari & bertahun lamanya. Mereka terperangkap dalam kitaran yang membosankan. Boring. Sedangkan mereka mahukan perkara yang besar-besar dalam hidup mereka.

What your dream?

Cuba tanya setiap orang, atau lebih mudah tanya diri kita. Apa impian kita. Saya percaya semua orang ada impian masing-masing. Tapi apa yang kita lakukan setiap hari. Adakah ia membantu kita dalam mengejarnya. Hampir mustahil untuk kita berjaya kita setiap hari kita sibuk bekerja untuk orang lain sedangkan untuk diri kita, tidak ada apa yang kita lakukan yang menyumbang ke arah terlaksananya impian kita.

Rutin harian kita membunuh semangat kita. Kerana itu ramai orang mengambil jalan mudah. Iaitu mengalah pada impian sendiri. Mereka jadi takut. Takut tak cukup makan. Takut tak ada pendapatan jika tak bekerja. Sedangkan mereka tak sedar, mereka lakukan kerja sekarang hanyalah menyelesaikan masalah majikan mereka. Bukan masalah mereka sendiri.

Kenapa kita tak bekerja untuk diri sendiri?

Setiap hari setiap jam yang kita habiskan di pejabat, kenapa setiap hari & jam yang sama, tidak kita lakukan untuk diri sendiri?

Kerana ia tak mudah

‘Your life is what you think should be’. Hanya kita sahaja yang memahami apa yang terbaik untuk diri kita. Tiada orang lain yang mampu beritahu kita apa yang kita mahu. Ia datang dalam diri kita. Dalam masa sama, hanya kita sahaja yang mampu mengubah diri kita. Bukan orang lain.

Saya ada ramai sahabat yang mahu mengubah masa depan mereka. Mahu ada duit yang banyak. Tapi masalahnya, mereka tak mahu berusaha. Tak ada kesanggupan. No willingness. Jika lakukan pun, hanya hangat-hangat tahi ayam. Mereka sudah terbiasa bekerja untuk orang lain. Dan dalam masa bekerja dengan orang pula, mereka malas. Tak gunakan kesempatan yang ada untuk belajar sesuatu dari majikan mereka. Bagaimana majikan mereka mampu cipta peluang pekerjaan pada mereka. Mereka malas untuk belajar. Lebih menyedihkan bila mereka ada sikap yang teruk. Bad attitude. Suka curi tulang, masuk kerja lambat, tak siapkan kerja yang diberi & kalau lakukan pun, buat ala kadar.

Apa kita nak buat jika esok hari yang teruk?

Katakan jika esok kita diberhentikan kerja & kita ada anak isteri yang perlu kita sara. Ada mulut yang perlu kita suap makanan. Dan kita sudah malas bekerja dengan orang. Apa yang mampu kita lakukan? Adakah sekadar mengharapkan keajaiban berlaku? No. Sudah pasti tidak. Kita harus bersedia setiap masa. Mula belajar sesuatu walaupun ketika ini kita masih bekerja. Ubah sikap kita.

Tetapkan matlamat kita. Cari peluang & ruang utnuk kita fikir sejenak. Apa yang kita mahukan dalam hidup kita sebenarnya. Bekerja 7 pagi 5 petang setiap hari. Bertahun-tahun.

Adakah itu yang kita mahu?

Atau itu memang impian kita?

Jika kita mahukan sesuatu yang lebih bermakna, mula ubah rutin. Lakukan secara konsisten. Dan dalam masa sama, kekal fokus. Jika kita diberhentikan kerja sekalipun, kita sudah bersedia. Jadi sekarang, mula fikirkan matlamat kita & buat kerja. Fokus & terus fokus. Ia tak mudah, namun ia tak mustahil.