Silicon Valley

The Startup Kids. Saya syorkan semua orang muda yang ingin memulakan hidup  atau perniagaan baru supaya  tonton filem pendek ini. Ia satu dokumentari tentang sekumpulan anak muda Amerika yang mempunyai idea & bagaimana mereka membangunkan idea mereka sehingga menjana jutaan dollar. Ya, hanya bermula dengan sebuah idea.

Dimana mereka bermula?

Silicon Valley ialah tempat berkumpulnya gergasi-gergasi besar dalam dunia perniagaan khusus dalam bidang teknologi seperti IBM, Apple, Facebook, Dell & lain-lain. Ia satu kawasan yang mana sesuatu idea itu sama ada logik atau tidak, akan diberi peluang untuk direncanakan sehinggalah ia membuahkan hasil.

The Starup Kids menceritakan perjalanan sekumpulan pemuda yang bertungkus lumus siang malam semata-mata ingin melihat apa yang ada dalam fikiran mereka menjadi kenyataan. Mereka mencuba mencipta sesuatu yang baru. Dan setiap idea mereka akan disokokng oleh sekumpulan pelabur dari syarikat-syarikat atau individu berjaya dari segi kewangan.

Dan disini tiada istilah kegagalan kerana mereka bekerja bukan kerana wang semata-mata. Sebaliknya kerana keyakinan atas idea mereka. Dalam sehari-hari di Silicon Valley, setiap masa ada sahaja kegagalan demi kegagalan. Setiap kegagalan itu pula menelan kos yang bukan sedikit. Anak muda ini meluangkan masa mereka untuk mencipta sesuatu & pelabur mengharapkan idea anak-anak muda itu akan memberi pulangan yang berbaloi atas setiap dollar yang mereka labur.

Startup-Kids.jpg

Budaya tak takut gagal

Namun yang menarik, budaya di Silicon Valley berbeza dengan tempat lain. Tiada istilah gagal itu satu penghinaan. Malah kegagalan itu diterima sebagai satu sistem pembelajaran wajib. Dari kegagalan itulah lahir syarikat-syarikat gergasi besar seperti yang kita lihat sekarang. Tweeter, Instagram, Youtube & banyak lagi.

Pelabur mencari idea-idea yang boleh memberi pulangan kepada mereka & dalam masa sama bersedia untuk kehilangan duit mereka. Setiap kali mereka mengeluarkan duit, mereka meletakkan sasaran untuk ‘idea’ pemuda-pemuda itu memberikan sekurang-kurangnya balik modal pun dah okay. Tak hilang duit pelaburan. Dalam setiap pelaburan mereka, mereka bersedia untuk hilang 8 dari 10 pelaburan mereka. Dan biasanya 2 dari 10 pelaburan mereka itu akan mampu menjana pulangan yang lumayan & menampung kerugian 8 lagi pelaburan.

Berani gagal

Dokumentari ini sangat bagus untuk ditonton khasnya orang muda supaya jangan takut untuk memulakan sesuatu. Yakin dengan idea & kemampuan diri. Dalam masa sama, menikmati usia muda dengan melakukan apa yang mereka minati. Bukan soal duit semata-mata. Saya terfikir jika budaya seperti itu yang ada pada pemuda islam hari ini, tentu islam menjadi pelopor kepada kemajuan dunia hari ini. Tapi sayang, realitinya sebaliknya…