Lost In Sekutland by Irwan Dahnil
Saat artikel ini ditulis, saya dalam proses habiskan buku yang saya beli bulan lepas. Buku yang tak adalah tebal mana. Tentang pengalaman Irwan Dahnil. Rakyat Malaysia yang merantau di bumi Eropah. Scotland khususnya. Saya gemar membaca cerita tentang pengembaraan. Travelog genre. Kerana saya sendiri suka mengembara. Tapi jarang mendapat peluang. Melalui pembacaan memberi ruang seolah-olah saya mengalami sendiri apa yang penulis sampaikan.
Buku ini simple sahaja. Gaya penulisan yang santai. Bila satu bab ke satu bab saya baca, saya baru perasan yang gaya penulisan saya masih teruk. Panjang & meleret-leret. berbeza dengan cara Irwan. Kadang saya pun pening. Tapi belum ada kritikan negatif dari kawan-kawan. Fuhh, lega. Manakala tulisan Irwan simple & senang untuk saya faham. Short & sharp. Saya suka. Sampai apa yang ingin diceritakan. Irwan, ceritanya tentang pengalaman & pengamatan budaya, cara hidup, corak pemikiran yang dia lihat. Lalu dikongsikan dengan cara yang tersendiri. Cool & tenang.
Apa yang saya fikir?
Kadang-kala, setiap kali saya membaca kisah orang yang mengembara, hati berbolak balik. Tertanya-tanya apa sebenarnya yang saya cari dalam hidup. Setiap kali. Mungkin saya mudah teremosi bila cuba menyelami apa yang penulis sampaikan. Saya tertanya-tanya, pada saat ini kenapa saya tak berhenti sahaja buat semua benda & lakukan apa yang saya suka. Mengembara.
Apa sebenarnya yang kita suka?
Saya suka mengembara. Namun jarang mendapat peluang atas banyak sebab. Saat ini, saya sibuk dengan bisnes. Mengembangkan lagi empayar. Bisnes biasalah turun naik. Tapi ia menyeronokkan saya. Dan bila berkumpul dengan kawan-kawan, ramai bertanya. Kenapa saya berbisnes? Apa yang saya cari dalam bisnes?
Saya ada jawapan tersendiri. Cuma kadang kala terfikir yang saya sendiri tak tahu sebenar-benarnya apa yang saya cari dalam hidup. Betulkah jawapan saya atau sekadar menyedapkan hati semata-mata. Saya masih muda, namun saya kira pengalaman saya lebih dari rakan-rakan sebaya saya. Dan bisnes adalah jiwa saya, setakat hari ini. Orang bisnes biasanya genetiknya memang genetik bisnes. Pergilah kemana sahaja. Yang ada dalam kepalanya ialah macam mana nak buat duit.
Kami bersembang. Saya tanya pula kwan-kawan, bagaimana pula dengan mereka. Apa yang mereka cari dalam hidup. Masing-masing tak menjawab. Diorang pun blur.
Pendapat saya
Kehidupan ini satu proses. Kita melaluinya peringkat demi peringkat. Dan setiap peringkat ada cabaran yang berbeza. Kanak-kanak dengan masalah & dunia permainan mereka. Remaja pula dengan dunia mereka & begitu juga orang dewasa. Kita semua mencari & terus mencari. Kepuasan itu sering bertukar-tukar. Ramai yang ada sedikit keinginan nak itu & ini. Itu impian. Tapi tak ramai yang berani untuk mengejarnya.
Saya merasakan saat ini, dunia bisnes adalah yang terbaik untuk saya. Saat ini. Ia memberi cabaran & kepuasan. Cuma nak kata 100% confirm memang saya akan berbisnes sampai bila-bila, itu saya sendiri tak pasti. Saya hanya ‘enjoyed the life’ buat masa ini.
Persamaan kita semua adalah kita tak tahu betulkah apa yang kita buat ini betul-betul apa yang kita cari dalam hidup. Cuma beza saya dengan orang lain pula, saya menikmati hidup ini dengan buat apa yang saya impikan, walaupun belum tentu itu sebenar-benar ‘passion’ saya.
Silap ramai orang, mereka beri alasan yang mereka tak tahu apa ‘passion’ mereka, lalu itu jadi alasan untuk tak buat apa-apa. Malas bersusah payah. So, terimalah apa sahaja di depan mata. Sebab itu ramai yang sekadar hidup makan gaji, 7 pagi 5 petang. Saya tak suka hidup yang begitu. Walaupun sekarang kita tak tahu ‘ what real deep in our soul’, namun kita masih harus menikmati hidup sekarang. Bukan sekadar menjadi robot.
Membaca tulisan Irwan membuat saya berfikir sejenak. Apa yang saya mahu lakukan setahun yang akan datang. Malah 10 tahun lagi, apa yang saya mahu capai. Mungkin orang lain terfikir perkara lain, tapi bagi saya itu yang terlintas dalam fikiran. Impian saya pelbagai & saya sedar ia tak boleh dicapai semuanya dalam satu-satu masa. Ada yang harus dilaksanakan sekarang & ada yang memerlukan masa. Untuk saat ini, saya suka cabaran sekarang. Dan untuk masa depan, saya bersiap sedia untuk ke arah itu.
Irwan Dahnil, thanks for your nice stories..
Terima kasih kerana dapatkan buku Lost in Sekutland. Moga bermanfaat!
LikeLike
Moga bermanfaat!
LikeLike