Kalaulah aku boleh tolong?

Kita hidup bermasyarakat. Tak bersendirian. Ada keluarga atau individu di sekeliling kita. Semua mereka penting bagi kita. Dalam ramai-ramai itu pasti ada yang memerlukan pertolongan. Jadi terpulang pada kita untuk beri bantuan ataupun tidak. Hari-hari kita lihat ada sahaja orang yang memerlukan bantuan. Dan kadang kala hati kita tersentuh. Kita nak tolong, tapi apakan daya. Tak mampu.

Zaman sekarang zaman IT. Semua maklumat di hujung jari. Dari bangun tidur hinggalah kita tidur balik. Maklumat itu senang sangat nak dapat. Kita dengar dalam facebook, group whatsapp yang si fulan itu perlukan bantuan, si fulan itu perlukan ini. Tapi kita tak boleh nak berbuat apa-apa. Buka kita tak mahu tolong, keadaan kita tak mengizinkan. Kita sendiri pun masih tersepit dengan masalah sendiri. Terutama masalah kewangan. Sekarang semuanya tentang duit.

Lalu, apa yang boleh kita bantu?

Kita hanya mampu shared & berdoa supaya mereka dipermudahkan urusan. Tapi jauh di sudut hati, kalaulah kita mampu bukankah lebih baik. Shared di facebook atau whatsapp dengan beri bantuan sendiri itu perkara yang sangat berbeza. Dengan membantu sedikit sebanyak kita mampu melegakan orang yang ditimpa ujian itu dalam banyak perkara.

Macam mana kita nak bantu?

Kita terbatas untuk diri kita sahaja. Kewangan kita, kebebasan masa & macam-macam lagi. Tapi hati niat nak tolong orang. Mcam mana ye? Tak perlu pergi jauh, katakan kita sekarang bekerja & ibu bapa kita nakkan sesuatu. Dan ia memerlukan duit, adakah kita nak tengok sahaja. Atau beritahu yang kita tak ada duit. Bayangkan kalau perkara itu perkara kecemasan, bagaimana pula?

Kita hanya boleh bantu orang setelah kita bantu diri kita dulu. Kalau kita nak orang sekeliling kita gembira, kita kena gembira dulu. Sama juga, untuk bantu keluarga kita, kita kena belajar bantu diri kita dulu. Cari kekuatan dari segi kewangan. Biasanya kalau kekuatan kewangan kita agak stabil, segala benda boleh dipermudahkan. Sekarang semuanya memerlkan duit. Katakan kereta adik beradik kita rosak, kalau kita tak mampu baiki sendiri, kita boleh bantu dengan hantarkan ke bengkel. Tapi kalau kita tak ada sumber kewangan yang kukuh, kita hanya mampu tengok sahaja.

Kita kena tolong diri kita dulu

Itu yang saya kata, kita bukan tak mahu tolong orang. Saya percaya semua orang ada keinginan untuk bantu ramai orangjika berkemampuan. Masalahnya sekarang kita sendiri tak mampu. Jadi untuk kita bantu lebih ramai orang, kita kena bantu diri kita dulu. Mahu ataupun tidak, kita kena berusaha meningkatkan kadar kemampuan kita. Tingkatkan sumber ekonomi kita.

Bayangkan jika masyarakat Islam ini masyarakat yang kaya & kita tahu ramai yang memerlukan bantuan di luar sana. Kita boleh menghulurkan bantuan tanpa banyak halangan. Bukankah itu boleh meninggikan martabat Islam di mata manusia lain. Tapi sekarang dah terbalik. Bila kita umat islam yang tersepit, malah pihak agama lain pula yang giat menghulurkan bantuan. Hingga kadang kala timbul isu akidah & sebagainya. lepas itu kita bising tak tentu pasal. Sekarang ini salah siapa?

Tak perlu kata nak tolong orang, kita sendiri masih banyak perkara yang tak dapat diselesaikan. Kita ada banyak masalah terutamanya berkaitan kewangan. Hutang kereta, hutang rumah, belanja anak bini. Siap yang nak tolong kita pula sekarang?

Jadi, untuk kita tolong orang. Kita kena tolong diri kita dulu. Noktah.