Pelaburan Terbesar Untuk Ilmu

Saya belajar peringkat demi peringkat tentang ‘marketing’ sebelum ini. Sama ada melalui pembacaan atau belajar dari seminar. Tapi belajar secara talaqqi atau secara bersemuka adalah cara paling pantas untuk nampak hasilnya. Saya bertuah kenal seorang rakan yang buat ‘real money’ & sudi luang masa untuk ajar saya dari A-Z. Walaupun ia mengambil masa serta wang ringgit. Ia sangat berbaloi. Kerana saya boleh faham dengan jelas. Setiap kali ada soalan boleh terus tanya.

Saya rasa itu cara yang paling senang untuk berjaya. Dengan syarat jangan tersalah pilih guru. Guru mestilah orang yang ‘proven success’. Bukan gebang sana gebang sini. Masalahnya di Malaysia ini terlalu ramai sifu gebang. Saya sendiri sudah leburkan ribuan ringgit ‘attend’ puluhan kelas, namun hasilnya kosong. Tapi bila Tuhan takdirkan saya kenal kawan saya sendiri yang nampak biasa-biasa sahaja, tapi ada ‘knowledge’ yang nilainya puluhan ribu sebulan.

Scan cikgu yang betul

Dari pengalaman saya, saya boleh ‘scan’ sama ada seorang yang ‘claim’ guru itu betul-betul berilmu ataupun tidak. Ya, bersandarkan pengalaman saya sendiri. Bagi saya, kita harus letakkan sedikit ‘common sense’ untuk menilai setiap ‘claim’ yang sifu-sifu diluar itu war-warkan. Saya dah serik buang duit untuk benda bodoh. Tapi tak dinafikan setiap duit yang saya leburkan itulah pengalaman ynag berharga buat saya. Ia menjimatkan duit saya selepas ini. Saya belajar menilai & memilih guru yang betul.

Kelas marketing RM16K

Bulan depan, saya berhasrat untuk pergi belajar secara ‘inner circle’ dengan seorang pakar yang saya lama idam-idamkan. Dan kosnya tak murah. RM16k. Harga untuk setahun kelas. Nampak mahal kan? Namun saya tak lihat lihat duit yang saya laburkan, yang penting ‘impactnya’ pada bisnes saya. Dan saya yakin ianya berbaloi. Tapi berdebar jugalah bila ‘decide’ untuk keluarkan duit sebanyak itu untuk belajar.

Perkiraan saya ‘simple’ sahaja. Kalau saya buat pelaburan RM16k, namun ‘return on investment (ROI)’ boleh dapat RM160k setiap bulan, bayar je la. Saya ada pengalaman tentang masa. Apabila memulakan perniagaan, saya bermula dengan RM150 ditangan. Semuanya bermula dengan tak ada apa-apa. Saya cuba minimumkan kos. Semuanya belajar berperingkat. Awalnya, banyak rugi dari untung. Dari masa ke semasa, saya mula ‘invest’ untuk beli ‘course’ yang berkualiti. Pengalaman mengajar saya bagaimana untuk memilih guru & boleh menjimatkan masa saya daripada buat sendiri ‘try & error’. Saya juga belajar di mana tempat untuk mencari guru yang terbaik.

Duit memainkan peranan yang penting bila kita belajar. Kita tahu nilai ilmu yang betul tak murah. Dan bila kita tak ada dana yang cukup untuk belajar dari orang yang betul-betul pakar, kita terpaksa buat sendiri. Tanpa ilmu yang betul ia memakan masa yang lama & kos yang tinggi.  Bagi saya, kos boleh cari tapi masa itu yang paling berharga. Seandainya kita tahu ilmu yang betul, sekejap sahaja boleh nampak hasilnya. Cuma itulah, masalahnya jika kita tak ada duit untuk pergi belajar, kena ‘try & error’. Dan ianya tak murah & mudah.

Masalah sifu kat luar

Di Malaysia ini ramai yang ‘claim’ diri mereka sifu. Masalahnya ramai sifu di luar ini mengajar ‘content’ yang sampah, nilainya mungkin murah. Tapi kosong. Lebih malang, ada yang jual ilmu murah dengan harga yang tak masuk akal. Dan perniagaan jual ilmu ini tak akan berhenti. Ia akan terus berjalan selagi mana ada permintaan.

Okay, untuk ‘next marketing’ kelas yang saya ingin ‘attend’ ini, saya sudah bersedia mental & fizikal. Saya sendiri tak sabar untuk lihat impaknya pada bisnes saya. Apa-apa pun, kita tengok macam mana. Wait & see..