Nak Ubah Hidup, Boleh Ke?
Hidup manusia pelbagai, kerana kita ini masing-masing berbeza. Punya masalah yang juga tak sama. Tapi saya pasti semua orang mahukan kehidupan yang lebih baik dari semasa ke semasa. Kita mahu rumah yang lebih selesa, kewangan yang lebih selesa. Namun definisi setiap orang untuk perkataan ‘selesa’ itu juga tak serupa.
Ada orang kalau dapat rumah yang kecil tapi cukup segala kelengkapan perabot baginya pun dah okay. Ada pula orang yang mahu rumah yang besar, kereta yang besar. Baginya itulah keselesaan. Tak salah semua itu, itu pilihan masing-masing.
Namun semua itu sama ada kecil atau besar keinginan seseorang itu, hampir pasti semuanya memerlukan sumber untuk mendapatkannya. Terutamanya sumber kewangan. Jika kita ada sumber kewangan yang kukuh, semua yang kita mahu menjadi lebih mudah untuk kita perolehi.
Masalahnya disini, bukan semua orang mampu. Tambah-tambah mereka yang hidup dalam keadaan susah & serba kekurangan. Tak tahu bagaimana untuk ubah taraf ekonomi & kehidupan mereka. Kita semuanya mahu sediakan yang terbaik untuk diri & keluarga, tapi kadang-kala tak mampu. dan boleh jadi juga kita tak tahu caranya. Jangan kata nak bantu keluarga, diri kita sendiri pun belum tentu.
7 Step Ubah Hidup : Dr Azizan Osman
1. Kenal pasti apa yang kita tak puas hati dalam hidup sekarang.
Perkara pertama untuk ubah hidup ialah kita kena tahu apa masalah yang kita hadapi sekarang. Waktu ini, apa sebenarnya keadaan kita sekarang. Ramai orang yang terperangkap dalam hidup yang serabut, duit tak cukup, hutang banyak, keluarga tak bahagia.
Tapi mereka sendiri tak sedar yang semua itu beban yang mereka bawa sehari-hari. Mereka stress hidup, tak tahu tahu apa sebabnya. Buntu. Lebih parah bila kita mula membandingkan hidup kita & orang lain. Kenapa orang lain lebih bahagia. Kenapa kita tak?
Kita mula lihat prestasi kerja & kualiti hidup kita tak best. Ada sahaja yang tak kena. Padahal kita & orang lain sama sahaja. Kita hilang punca dalam kehidupan seharian. Lebih malang, kita nak lakukan perubahan tapi tak tahu bagaimana nak mula. Paling teruk kita tak sedar yang kita ini ada banyak masalah sebenarnya.
Jadi perkara pertama kita harus lakukan, duduk sekejap. Cari tempat yang boleh beri kita ruang untuk bernafas & berfikir dengan rasional. Tulis & senaraikan semua perkara yang kita bengang atau tak suka yang ada dalam kehidupan kita hari ini. Dari awal pagi sehinggalah kita masuk tidur. Bila kita tahu apa penyakit, baru kita boleh cari apa ubat yang sesuai.
Contohnya, kita mungkin tak suka dengan hutang keliling pinggang kita yang tak habis-habis. Atau kesihatan kita yang makin teruk. Atau boleh jadi hubungan dengan pasangan teruk. Kita nak bantu ibu bapa atau adik beradik kita, tapi kita sendiri pun nak makan tak lepas. Cuba senaraikan semua sekali & baru kita akan tahu apa sebenarnya masalah kita.
2. Apa yang kita nak ubah dari kehidupan sekarang?
Okay, lepas kita tahu masalah sebenar kita, kita kena kenal pasti apa pula yang kita nak dari setiap masalah itu. Katakan kita tak suka dengan berat badan kita, jadi kita mesti tetapkan yang kita mahu kurangkan berat badan ke tahap yang ideal.
Sama juga jika kita bermasalah dengan hutang keliling pinggang, kita mahu selesaikan semua hutang tersebut. Cuma kita harus faham & akui yang semua masalah kita itu hasil dari cara hidup kita selama ini & mungkin sebab suasana sekeliling. Jadi untuk selesaikan semua itu ia mengambil masa.
Makin rumit masalah itu, semakin lama ia ambil masa. Jadi kita kena belajar bersabar & realistik dalam meyelesaikannya satu persatu. Yang penting, kita kena jelas dulu apa yang kita mahu atas semua amsalah kita sebelum ini.
Menyelesaikan masalah adalah satu cabaran. Setiap orang akan menghadapi cabaran yang berbeza. Jadi jangan bandingkan orang lain dengan kita. Kita tak sama. Orang lain dengan masalah mereka & kita dengan masalah kita.
3. Apa yang kita mahu capai dalam hidup
Selepas kita kenal pasti masalah & tetapkan apa perkara yang kita mahu atas setiap masalah itu, kita kena tetapkan pula apa yang kita mahu dalam hidup kita. Contohnya, katakan kita ada masalah hutang lama, sekarang kita dah nampak apa yang kita mahu atasi masalah hutang tersebut. Kita mahu selesaikan semuanya. Selesai bab masalah & harapan untuk masalah tersebut.
Step seterusnya kita tulis apa yang kita mahu pula. Lepas selesai hutang, kita nak ada sumber kewangan yang kukuh pula. Jadi kita kena jelas tujuan hidup yang seterusnya. Semua ini proses yang kita kena lakukan. Bukan bermakna kita akan berjaya terus. Mungkin masalah hutang kita tak selesai pun lagi, tapi at least ia akan membantu kita faham dengan jelas apa yang sepatutnya kita kena lakukan.
Kenal pasti masalah, kemudian beri gambaran apa yang kita nak ubah dari masalah itu. Seterusnya bayangkan kehidupan yang lebih baik yang kita mahukan. Ia akan memberi kita ruang untuk mencari jalan keluar dari semua masalah kita selama ini. Ia satu terapi. Dan ia telah bantu ramai orang dalam mengubah kehidupan mereka.
4. Apa perasaan bila kita dah capai sesuatu yang kita mahu?
Selepas kenal pasti apa yang kita mahu untuk lebih baik dalam hidup, senaraikan atau tulis perasaan kita jika kita sudah capai kejayaan yang kita target. Letak jangka masa 1 hingga 3 tahun dari sekarang. Imagine yang kita dah pun capai semua yang kita rancang. Ia akan memberi kita satu kekuatan & keyakinan yang kita boleh. Dan ia tak memerlukan sebarang kos pun. ‘Just imagine’. Percayalah ia akan beri kita tenaga & sentiasa bersemangat untuk capai semua impian kita.
Soal bagaimana nak dapat itu, tolak tepi. Just beri kita energy pada tubuh & minda kita. Bila kita ready mental, In Sya Allah semuanya akn berjalan lancar.
5. Belajar untuk ‘give up something’ untuk dapatkan something
Step 1 hingga step 4 lebih kepada post morterm. Kita tak perlu ambil masa lama. Tapi ia sangat penting unutk kita kenal diri kita dengan lebih dekat. Ia nampak remeh, tapi percayalah ia akan membantu kita ‘improve’ banyak perkara. Ia akan meningkatkan keyakinanan kita. Kita akan lebih percaya dengan kemampuan diri kita.
Step 5 adalah fasa tindakan. Kita kena korbankan sesuatu utnuk dapatkan sesuatu. Jika orang lain kata jangan give, step ini sedikit berbeza. Kita kena faham betul-betul. Kita kena ‘give up’ sesuatu habit buruk yang kita lakukan untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik.
Contohnya kita ada perangai suka buang masa lepak dengan kawan-kawan. Jadi kita kena ubah habit itu. Kita kena ubah semua yang tak membantu kita jadi lebih baik. Ia proses yang tak mudah. Tapi tak mustahil. Itu pengorbanan yang harus kita lakukan. Kita mungkin selalu belanja melebihi dari kemampuan kita, jadi kita kena harus ubah tabiat itu.
6. Belajar untuk upgrade diri
Selepas kita berjaya korbankan semua perkara negatif dalam hidup kita, kita kena lakukan pula perkara yang orang berjaya lakukan. Perkara yang positif. Mula ubah ‘circle’ kita. Cari kawan-kawan baru yang boleh bantu kita. Jika kita mahu jana pendapatan lebih, mula bergaul dengan kawan-kawan yang berjaya dalam bidang perniagaan. Korek & minta tips serta pertolongan. Minta nasihat-nasihat yang berguna. Saya yakin mereka akan membantu. Sekurang-kurangnya mereka boleh memberi jalan atau idea bagaimana untuk kita mulakan sesuatu.
Kita kena belajar ‘upgrade’ diri kita. Banyakkan membaca & hadiri seminar-seminar yang sepatutnya. Cari yang free dulu. Di youtube pun banyak. Bila ada kesempatan & kemampuan, cari pula yang berbayar. Lakukan secara berperingkat. Bila semakin banyak ilmu yang kita dapat, kita akan semakin jelas apa yang patut kita lakukan. Yang mana mahu kita dahulukan & yang mana harus kita kemudiankan. Ilmu adalah kunci kepada semua perkara.
7. Fokus & konsisten
Semua step sebelum ini adalah sia-sia jika kita gagal konsisten serta fokus dalam proses mengubah kehidupan kita. Ia stage yang sangat kritikal. Kebanyakkan orang gagal di sini. Ia tak mudah. Memerlukan displin & ketabahan yang tinggi. Beza antara mereka yang gagal & berjaya adalah di peringkat ini. Gagal untuk fokus & konsisten.
Namun seandainya kita berjaya mengubah diri kita menjadi seorang yang fokus & konsisten dengan apa yang kita lakukan, In Sya Allah semua yang kita lakukan selepas ini akan menjadi mudah. Ia akan menjadi habit yang positif.
Walaupun ia sukar, tetapi dengan ilmu & keazaman yang tinggi, tiada yang mustahil. Untuk kekal fokus & sentiasa dalam track yang betul, pengalaman, pengetahuan & kesabaran sangat membantu. Di stage ini juga kawan-kawan serta orang sekeliling kita memainkan peranan penting. Jika kita ada individu yang betul di sekeliling kita, In Sya Allah semuanya akan menjadi mudah. Natural.
Kesimpulan
Pokok pangkal setiap perkara yang mahu kita lakukan bergantung pada diri sendiri sebenarnya. Jika kita mahu, semua halangan akan sanggup kita redah. Begitulah sebaliknya. Kita harus faham & kenal pasti ‘BIG WHY’ kenapa kita mahukan sesuatu.
Semakin tinggi komitmen yang kita ada, semakin kuat semangat & keinginan kita untuk mencapainya. Semua orang mahukan terbaik dalam hidup tetapi tak semua orang sanggup buat apa yang sepatutnya mereka lakukan. Jadi sekarang terpulang pada kita, apa yang kita pilih.
Saya pilih untuk berjaya. Anda?