Raya pertama
Tahun ini raya haji atau raya korban jatuh hari isnin. 1 Sep 2017. Sehari sebelum itu, cuti hari kemeredekaan negara kita, 31 Ogos. Jadi minggu ini, rakyat malaysia kaya sekejap dengan cuti. Mana taknya, dari hari khamis 31 Ogos, sambung 1-2 Sep hari raya haji. Tambahan pula 3 Sep jatuh hari ahad. Bermakna semua sekali 4 hari berturut-turut cuti umum. Hooray..
Bonus Sukan Sea
Dijadikan cerita, PM Najib umum pula hari isnin 4 Sep sebagai cuti peristiwa. Tambah lagi satu hari cuti. Sempena kejayaan negara kita dalam temasya sukan sea kali ini. Kita sebagai tuan rumah menjadi johan & melepasi target kutipan pingat iaitu sebanyak 111 pingat emas. Untuk kali ini kita berjaya merangkul 145 pingat emas, 92 pingat perak & 86 pingat gangsa. Syabas buat atlit negara. Kejayaan ini bolehlah diibaratkan hadiah sempena hari kemerdekaan ke 60 negara tahun ini.
Aktiviti saya
Saya pula dengan aktiviti saya. Cuti kali ini saya berhasrat tunaikan salah satu ‘bucket list’ impian saya iaitu terjun dari Bukit Jugra, di Banting Selangor. Paragliding. Sebenarnya dah lama saya teringin nak cuba aktivit lasak ini. Tapi kekangan dari segi masa, kewangan & macam-macam lagi. Cuma kali ini saya berpeluang untuk selesaikan ‘bucket list dream’ yang ini.
Saya takut dengan tempat tinggi sebenarnya. Gayat. Tapi saya sengaja nak cabar diri. Kita tengok macam mana nanti. Hari ini 1 Sep. Hari jumaat. Saya bertolak dari kampung, Kuantan ke Kuala Lumpur. Tiket awal, pukul 9:30 pagi, tapi masa nak solat sunat raya, awek kaunter call yang kata bas postpone pukul 10:15 pagi. Jadi saya boleh fokus solat sunat tanpa perlu tergopoh gapah.
Selesai solat, kawan saya berbesar hati nak hantar saya ke TSK (Terminal Bas Kuantan). Tq bro. First day, saya plan untuk bermalam di KL. Plan awal nak terus ke Banting, Selangor, tapi bila deal dengan instructor yang akan terjun dengan saya, saya boleh tumpang mereka dari KL ke Bukit Jugra awal pagi ahad. Jadi saya boleh luangkan masa 2 hari berjalan-jalan di KL.
Bermalam di Riccarton Capsule Hotel
Saya dah lama teringin nak tidur dalam kapsul hotel. Macam menarik sahaja. Hari raya aidilfitri yang lalu saya tidur di kaspul hotel Sungei Lembing. Tempat dia menarik, tapi tak boleh tidur. Udara dalam kapsule itu kedap. Pengudaraan tak mengalir dengan betul. Boleh lemas jadinya. Saya perasan yang ramai penginap lain lepak di luar bilik kapsul sebab lemas.
Cuma kali ini hotel dia lebih canggih. Macam duduk dalam kapal angkasa. Udara pun selesa. Semua kita boleh kawal sendiri. Dapat pula harga murah. RM50 semalaman. Harga asal yang saya dapat RM75 permalam, booking melalui Booking.com. Sampai-sampai sahaja, receptionist beritahu ada offer Rm50 semalaman. Takpe, kita try tidur semalam dulu. Kalau okay boleh ambil lagi sehari.
Hari ini tamat aktiviti untuk Jumaat 1 Sep. Selamat hari raya & selamat menyambut hari kemerdekaan ke 60 buat malaysia.. MERDEKA!!