Stay Semalam Lagi

Malam tadi tidur terganggu sebab sakit perut. Bilik dah okay dah. Selesa untuk tidur. Tapi sayang, perut buat hal. Sekejap-sekejap kena pergi ke tandas. Nak pula kapsule saya tidur bahagian atas, kena panjat turun kapsule setiap kali nak ke tandas.

Pagi lepas bangun, saya ambil keputusan untuk stay di hotel yang sama. Memang puas hati stay dalam kapsule. Tenang & kondusif. Walaupun sempit, padanlah untuk seorang duduk. Turun ke kaunter untuk tambah sehari lagi, cuma tukar kapsule bawah pula. Tak perlu dah nak panjat naik kapsule setiap kali nak keluar. Harga masih sama, RM50. Bagi saya sangat berbaloi. Walaupun sebenarnya dalam bilik ada 6 kapsul & bercampur lelaki perempuan, tapi masing-masing ada privasi. Just buat hal sendiri. Hanya jumpa sekali sekala sahaja. Itupun boleh bilang dengan jari.

Pusing KL

Selesai semua urusan di hotel, saya ambil Grab Car terus ke KLCC. Jarang-jarang saya ke KLCC. Tujuan utama nak ke kedai buku Kinokuya. Rambang mata bila tengok buku. Banyak sangat. Kalau nak dibandingkan dengan semua kedai buku di Kuantan, Kinokuya KLCC sahaja dah melebihi dari semua kedai buku di Kuantan dari segi jumlah buku. Tapi tak beli apa-apa pun.

KL Hop On Hop Off

Dari KLCC saya naik bus free yang disediakan ke Bukit Bintang. Sebab ke Bukit Bintang kerana di bus stop ternampak bas yang bawa penumpang pusing KL yang tak ada bumbung. Search google cari info, terjumpa servis KL Hop On Hop Off. Based di jalan Bukit Bintang. KL Hop On Hop Off ini menyediakan perkhidmatan bawa pelancong pusing bandaraya Kuala Lumpur. Sampai di bukit Bintang sesat sekejap nak cari kiosk jual tiket. Pakai google Maps pun tak boleh membantu. Menyesatkan lagi adalah.

Akhirnya jumpa juga kiosk tiket. Harga RM25 untuk pemegang MyKad. Satu pusingan bas mengelilingi bandar KL ambil masa 2 jam setengah. Itu pun kalau tak jammed. Tiket saya mula 1230 tengah hari.

Selesai pusing, balik semula ke tempat mula-mula saya naik. Di Sungei Wang Plaza. Dari situ ambil Grab Car sekali lagi ke Muzium Negara. Salah satu tempat yang lama saya nak pergi tapi tak lepas-lepas. Hari ini saya sampai juga.

Kenapa perlu belajar dari sejarah?

Muzium antara tempat yang paling membantu untuk kita kenal satu-satu negara. Di muzium tersimpan segala maklumat dari awal perkembangan sesebuah bangsa & negara. Kita belajar dari sejarah. Jatuh bangun serta kesilapan lampau mahupun kejayaan yang lalu megajar kita untuk terus maju ke depan. bangsa yang tidak mempelajari sejarah akan terus megulangi kesilapan lalu. Seba itu pentingnya kita belajar sejarah. Tapi hari ini, orang muda boring bila cerita tentang sejarah negara. Sebab itu kita boleh lihat hilangnya jati diri pada generasi muda seusia saya sekarang. Yang lebih muda lagilah, terus hanyut tanpa ada jati diri.

Habis pusing muzium negara, saya terus ke KL Sentral. Nak cari nasi. Dah 2hari tak makan nasi. Asyik makan roti sahaja. Sebab itu kot perut sakit. Perut orang Malaysia, memang kena jumpa nasi juga. Bila tak jumpa mulalah meragam.

Dari Muzium Negara, saya ingat nak naik Grab Car sekali lagi, tapi bila tanya kaunter, saya dimaklumkan boleh terus ke KL Sentral dengan berjalan kaki. Jarak dekat & ambil masa lebih kurang tak sampai 5 minit. Guna laluan MRT.

Ini kali pertama saya gunakan laluan MRT. Memang canggih habis. Rasa macam berada di Korea ataupun Jepun. Tak dinafikan, sistem pengangkuta negara kita dah jauh pesat membangun. Dalam banyak isu kontriversi PM Najib, ada banyak juga insfrastuktur yang dibangunkan oleh PM Najib. Boleh saya katakan MRT bawah tanah ini memang terbaik. Awesome. Bangga saya jadi rakyat Malaysia.

MPH NU Sentral

Sampai ke KL Sentral, terus melilau cari nasi. Tanya punya tanya, ada foodcourt di level 2, di NU Sentral Mall. Cari punya cari, terjumpa MPH. Alang-alang tak beli buku di Kinokuya, beli di sinilah sebiji dua. MPH di sini memang besar, lebih kurang macam Kinokuya di KLCC. Akhirnya, habis RM100 beli buku. Aduhai, ansib baik benda bagus. Untuk ilmu.

 

Settle shopping buku, terus ke level atas cari foodcourt. Makanan boleh tahan banyak pilihan. Saya makan nasi lauk bawal goreng. Harga mahal tapi tak berapa sedap. hampeh betul. Dah la perut tengah lapar, dapat makan tak berapa sedap. Nasib baik perut tenagh mengidam nasi. Balun sahaja.

Selesai jamu selera, badan pun dah letih, saya ambil seklai lagi Grab Car terus ke hotel. Dah letih sangat badan. Hari pun dah petang. Balik terus baring & terlena sekejap. Bangun sahaja terus cari makanan simple di kawasn berhampiran. Okay, selesai hari ke-2 cuti saya. Kita tunggu hari esok, The D-Day. Paragling…

Cerita Hari Ketiga..