Postpone Lagi
Awal pagi subuh, saya dapat mesej dari Kak Orkid. Incharge person yang arrange untuk paragliding sesi hari ini. Kak orkid beritahu Bukit Jugra cuaca tak berapa okay. Hujan. Jadi kena postpone buat hari Isnin. Sedikit kecewa, tapi apa boleh buat. Safety first. Lagipun semua itu ketentuan Tuhan. Perkara yang di luar kawalan kita.
Kira-kira dalam 10 pagi, saya berkesempatan jumpa dengan instructor yang akan guide saya terjun. Kapten Ikhwan. Pesara tentera udara. Lepak cari nasi. Perut dah mendidih nak makan nasi. Rupanya bukan saya seorang sahaja yang tak dapat terjun. Ada 5 orang semuanya termasuk saya. Sabar je la. Cuma saya sahaja yang datang dari jauh. Yang 4 orang ini semuanya orang KL.
Aktiviti gantian
Sebagai ganti, buat penuhkan masa yang ada saya plan nak ke AmCorp Mall. Ke pasar karat. Saya pernah ke sana dua tiga kali. Memang menyeronokkan. Syurga buat peminat barang antik. Dari kedai mamak, saya naik MRT Coachrane ke Mrt Pasar Seni. Untuk menginap di Travel Hub Guesthouse. Tempat paling kerap saya stay kalau pergi KL. Tempat dia biasa sahaja, entah saya pun tak tahu kenapa selalu stay situ. Mungkin senang dari segi lokasi & tempat makan kot.
Selesai check in bilik, saya cari kedai makan untuk alas perut. Cheese Nan tambah ayam tandoori. Selesai makan, terus ambil Grab Car ke Sasana Kijang. Selesai melawat Sasana Kijang saya berhasrat ke AmCorp Mall pula.
Sasana Kijang
Sasana Kijang adalah muzium matawang negara kita. Disitu semua maklumat tentang numismatik & monetari negara malaysia ada disimpan. Di sana juga terletak banggunan Bank Negara yang baru. Sekali dengan galeri seni. Sebenarnya, saya fikir alang-alang saya lama di KL & tak ada aktiviti lain nak buat, lebih baik saya pusing & jelajah ke tempat-tempat yang lama saya nak pergi. Sebelum ini kekangan dari segi masa & kewangan, sekarang dah ada di depan mata semua kemudahan, why not kan?
Balik dari Sasana Kijang, hari pun dah mendung. Tak sempat nak ke AmCorp Mall. Terus ke hotel & rehatkan diri. Minta-minta esok cuaca elok. Sebab esok hari terakhir saya free. Sama ada jadi atau tak, isnin kena juga balik Kuantan. Sekali lagi, kita tengok macam mana..