Akhirnya Jadi Juga
Hari ini ada berita gembira. Berdasarkan bacaan cuaca, suasana di Bukit Jugra sangat baik. Bermakna hasrat saya untuk cuba terjun dari Jugra Hill ada peluang tinggi untuk dilaksanakan. Selesai semua urusan check out, Kapten Ikhwan & team siap sedia menunggu di tempat yang kami janji untuk bertemu.
Saya bangun awal & sempat sarapan pagi walaupun dalam keadaan tergesa-gesa. Dari MRT Pasar Seni terus ke MRT Coachrane. Sampai di sana, kebetulan Kapten Ikhwan baru tiba. Tanpa buang masa, kami terus bergerak ke Banting. Jugra, i’m coming.
Jugra Hill
Sampai sahaja, angin tak berapa sesuai untuk terjun. Saya belajar satu ilmu baru. Ilmu baca gerakan angin. Sebelum ini ingat panjat bukit terus boleh terjun, rupanya tidak. Ada banyak perkara yang perlu diambil kira. Dari segi kelajuan angin, arah tiupan angin, hujan macam-macam lagi. Kami tiba dalam pukul 11 pagi. Setelah siapkan semua peralatan yang akan digunakan, sementara menunggu angin yang sesuai, Kapten menceritakan sejarah Bukit Jugra yang saya tak pernah tahu pun.
Belajar Sejarah Selangor
Saya belajar tentang sejarah Selangor. Cerita tentang kawasan sekitar, tentang penguasa zaman dulu kala & pelbagai lagi. Banyak yang menarik sebenarnya di sebalik Bukit Jugra. Dikatakan Hang Tuah & sahabatnya berguru di sini. Dan bila mana sultan menghukum Hang Tuah dengan hukuman mati, bendahara menyembunyikan Hang Tuah juga disini. Cerita tentang Pulau Carey, bagaimana ia mendapat nama.
Di depan Bukit Jugra terbentang luas selat melaka. Selat melaka bersambung dengan sungai langat. Zaman dulu kala, disini adalah kawan pelabuhan & tempat pertadbiran kerajaan melayu selangor. Sebab itu dari atas bukit boleh lihat dengan jelas makam Sultan Abdul Samad.
Aktiviti bermula
Saya orang pertama yang terjun dengan Kapten. Ada 4 orang yang ingin terjun sebenarnya. Tapi untuk meraikan saya yang datang dari jauh & dah berapa hari bertangguh, saya diberi peluang untuk cuba dulu. Tapi bukan boleh terus terjun. Cubaan pertama saya bermula pukul 12 tengahari. Setelah 20 kali lebih percubaan, baru boleh terjun. Fuh, memang menguji kesabaran. Bayangkan mula 12 tengahari, pukul 3 petang baru boleh.
Sabar
Pemerhatian saya, paragliding mengajar kita lebih sabar & pasrah dengan ketentuan Tuhan. Saya juga difahamkan ada yang datang dari jauh, tapi tak boleh terjun. Sebab cuaca tak mengizinkan. Ada yang datang dari Singapore. Ada yang datang dah 6 kali, tapi tak ada peluang. Menunggu dari pagi ke petang. 6 kali. Sangat menguji kesabaran.
Akhirnya setealah mencuba dah banyak kali, saya terjun juga. Saya pun tak pasti cubaan kali ke berapa. Memang menakutkan buat saya yang gayat dengan tempat tinggi. Tapi itulah pengalaman yang sangat bermakna. Ya, semua orang ada kelemahan tersendiri, takutkan sesuatu. Tapi kalau kita tak cabar diri kita untuk lawan ketakutan itu, ia kan mengawal kita.
Kenapa ramai orang takut mencuba?
Ramai orang membiarkan diri mereka dalam ketakutan. Sedangkan mereka tak pernah beri ruang & peluang untuk cuba atasi semua cabran itu. Kita tak akan pernah tahu sejauh mana kemampuan kita selagi kita tak ambil keputusan untuk mencuba. Saya takut tapi saya taka akan membiarkan ketakutan itu menghalang impian saya.
Paragliding ini salah satu bucket list saya. Sekuarng-kurangnya saya mahu lakukannya sekali seumur hidup. Ia menakutkan tapi bila dah selesai ia ta adalah teruk mana pun. Malah sangat menyeronokkan. Saya tak tahu macam mana nak gambarkan. Sampai bila di udara, saya tak tahu nak kata apa-apa. Dengan permandangan yang sangat cantik, ia seolah-olah membuatkan saya khayal & lupakan semua masalah yang ada. baru saya tahu rupanya bagaimana perasaan mereka yang lakukan terjunan ini acap kali.
Angin tak berapa cantik, saya hanya berada di udara sekitar beberapa minit sahaja. JAdilah dari tak dapat merasa langsung. Saya difahamkan yang rekod di Bukit Jugra, ada yang sampai 4 jam di udara. Range purata dalam 15-45 minit kebiasaannya. Bukan rezeki saya nampaknya. Itu yang saya katakan, kita hanya mampu berserah pada Tuhan, walau serapi mana perancangan kita, kita kena sedar yang Tuhan yang menentukan segalanya. Tugas kita sebagai hamba hanya merancang & berusaha sebaik mungkin.
Selesai sudah
Kami selesai aktiviti dalam pukul 5 petang. Habis sahaja terjunan terakhir, kami singgah di masjid & kemudian makan petang di pekan Banting. Terus ke KL. Saya turun di LRT Bukit Jalil untuk terus pulang ke Kuantan & Kapten n the gang terus ke KL.
Dari Bukit jalil saya terus ke TBS. Tapi sayangnya tiket ke Kuantan habis malam itu. Solusinya kena bermalam juga. Cari & booking hotel bajet di sekitar Pasar Seni. Senang nak access dari segi tempat makan. Bilik pun murah, RM30 sahaja. Ada lagi murah tapi kena berkingsi bilik. Saya dah letih & malas nak berkongsi. Nak privasi sikit buat kali ini.
Cerita dah habis. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Impian saya dah tercapai. Cukup saya kongsi cerita saya untuk projek kali ini. Nanti saya akan cerita apa yang saya belajar dari pengalaman terjun bukit ini. Jumpa lagi..