Pengajaran Hari Cuti
4 hari cuti ke KL. Untuk cuba aktiviti paragliding. Ia tak berjalan lancar. Lepas tangguh dari sehari ke sehari atas banyak faktor. Dari segi cuaca, hari orang cuti & macam-macam lagi. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar juga akhirnya. Saya terpaksa tukar plan demi plas setiap kali ada halangan. Kalau duduk sahaja & menyalahkan suasana, apa pun tak dapat. Cuti pun jadi tak bermakna. Hati pula boleh jadi sakit. Iya la, kita dah plan cantik dah, tup-tup semua tak seperti yang kita rancang.
Kenapa paragliding?
Ia hanya salah satu bucket list saya. Sekurang-kurangnya saya dah lakukannya walaupun sekali seumur hidup. Saya tahu yang saya gayat dengan tempat tinggi. Tapi seperti yang selalu saya nyatakan, saya takkan biarkan ketakutan itu mengawal saya & menghantui hidup saya. Terlalu banyak cara untuk kita mengatasi ketakutan dalm hidup. Salah satunya ialah paksa diri. kadang kala apa yang kita takutkan itu tak adalah teruk mana pun. Kita sahaja yang terlalu banyak fikir itu & ini.
Apa saya belajar?
1. Selalu rancang kehidupan kita
Ini perkara biasa bagi orang yang berjaya. Cuma katakan ketika ini kita masih belum berjaya atau masih mencari-cari rentak. Lakukan perkara yang sama. In Sya Allah kita kan lihat hidup kita berubah sedikit demi sedikit. Yang penting kita kena mula merancang setiap apa yang kita mahu lakukan. Dan konsisten.
Gagal merancang bermakna kita merancang untuk gagal. Ramai antara kita selalu dengar kata-kata ini. Tapi tak ramai pun yang ambil cakna. Sebab itu kita lihat berapa ramai yang idupnya tak terurus & tersusun. Lalu dia mengeluh & tertanya-tanya kenapa hidupnya begitu sukar. Dia akan membandingkan antara nasibnya dengan orang lain. Dan lebih teruk. ia mula menyalahkan orang di sekeliling atau saahkan terus Tuhan. Dia pula maksum tanpa ada cacat cela. Dia lupa yang semuanya berpunca dari dirinya sendiri. Tak merancang setiap apa yang dilakukannya.
2. Hidup kena ada ‘Plan B’
Setiap kali kita merancang, bukan semua yang kita hasratkan akan berlaku dengan mudah. Selalunya akan ada halangan & rintangan. Bagi sesetengah individu, dia tak sukakan halangan. Mereka tak mahu menempuh segala kepayahan dalam hidup. Tapi yang peliknya bila kita tanya, semuanya mahu mencapai kejayaan.
Plan B mengajar kita jangan sesekali menyerah kalah. Jika plan sebelum ini tak jadi, buat perkara lain. cari jalan lain. Kita kan belajar nberdikari, menjadi lebih kreatif & matang. Kalau lepas ini kita berhadapan dengan situasi yang lebih kurang sama, at least kita sudah ada idea apa yang perlu dilakukan. Mana yang perlu didahulukan & manayang perlu dikemudiankan.
Desakan bila kita jumpa jalan buntu, akan memaksa kita berfikir di luar kotak. Jadi seorang yang berani mencuba & tak mudah putus asa. Bagi saya, hidup ini lebih dari pergi kerja 7 pagi 5 petang. Belajarlah menyelesaikan masalah. Bukan lari dari masalah. tapi untuk belajar selesaikan masalah, kita kena cari masalah dulu. Ada bran?
3. Pasrah dengan ketentuan Tuhan
Setelah kita merancang, plan tak jadi. Kita buat Plan B. Lalu kita biarkan hasilnya ditentukan oleh Tuhan. Itu kerja Tuhan, bukan kerja kita. Tugas kita hanyalah berusaha sehabis daya & sebaik mungkin. Kita manusia biasa, terhad dalam mengetahui masa depan. Kita hanya boleh membayangkan hasil atas usaha kita berdasarkan penaglaman sebelum-sebelum ini sahaja.
Namun itulah hidup. penuh dengan warna-warni. Sentiasa ada kejutan. Dan kita kena belajar pasrah atas setiap ketentuan Tuhan. Kita fikir sesuatu itu baik untuk kita, tapi sebenarnya sebaliknya. Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Tapi kita sebagai hamba kena selalu menggunakan akal untuk cari dimana pengajaran yang boleh kita belajar. Mana ruang utnuk kita ambil iktibar & jadikan sempadan.
4. Sentiasa belajar perkara baru
Mengembara mengajar kita melihat sesuatu dari sudut diluar kebiasaanya kita. Saya sukakan sesuatu yang mencabar kerana saya ingin belajar sesuatu yang baru. Saya tak suka melakukan rutin yang sama saban hari. Tamabhan kerja itu mengikat saya sampai saya umur 55 tahun. habiskan usia saya dengan kerja yang mengharapkan ‘okaylah kerja ini, nanti pencen senang hidup.
Itu bukan diri saya. Bagi saya hidup lebih dari itu. Masih banyak ruang untuk kita terokai. kejar impian kita & sentiasa belajar sesuatu yang baru. ‘Come on guys’. Buat bucket list & cari jalan untuk selesaikannya satu persatu.
Kita disuruh sentiasa mencari ilmu. dan ilmu itu datang dalam pelbagai bentuk. kata orang, ilmu yang paling berguna ialah pengalaman. Sama ada kita belajar dari penaglaman sendiri atau amabil iktibar dari pengalaman orang lain. Saya pilih untuk keluar dari rutin & laksanakan satu persatu impian saya. Anda bagaimana?
5. Kita perlu sentiasa cabar diri
Kemampuan manusia sebenarnya sangat menakjubkan. tapi saya ramai yang pilih untuk hidup dalam serba kekurangan. takut unutk cari kekuatan diri. Kita tak tahu talent kita selagi mana kita tak cari.
Untuk mencari sesuatu yang bermakna dalam hidup, kita kena sentiasa mencabar diri kita. atasi ketakutan yang ada. Bagi saya, selagi mana saya tak cuba sesuatu, selagi itu saya tak athu sama ada saya ini mampu ataupun tidak. kita tak tahu sejauh mana kita boleh pergi kalau kita tak mula melangkah. Semua orang ada kekurangan tersendiri. Tapi janagn lupa yang kita juga ada kekuatan yang tersembunyi. Jadi, keluar & cari kekuatan diri. Cabar diri kita lakukan apa yang kita impikan. Kalau tak sekarang, bila lagi?
6. Enjoy your life
Ini yang memberi kekuatan bagi diri saya. Enjoy the life. Saya mahukan hidup yang penuh warna-warni. Saya mahukan semua impian saya tercapai & saya buat semampu saya. Betul kadang-kala hiudp ini ada turun naiknya, tapi tak bermakna setiap kali kita down itu Tuhan menghukum kita. Mungkin itu cara terbaik untuk Tuhan ajar kita tentang erti kehidupan.
Saya mula menulis dalam keadaan saya tak ada kerja, hutang berpuluh ribu, ditinggalkan buah hati. Tapi saya yang saya ada ialah keazaman. Say mahu menjadi penulis, saya mahu semau moment yang saya laui, suka duka, pengalaman jatuh bangun saya menjadi pengajarn buat saya & orang lain. Saya kuat percaya yang ramai seperti saya, pernah jatuh & masih mencari cara untuk bangun. Mungkin anda yang membaca bebelan saya pun sama. Mencari inspirasi atau sumber motivasi untuk teruskan hidup.
Kita tak tahu pengakhiran hidup kita bagaimana, kita juga tak boleh mengubah masa silam kita. tapi kita boleh mengubah masa sekarang. Jadi ambil keputusan & buat tindakan.
Jangan terlalu fikirkan perkara negatif, just enjoy the life. Nikmati setiap ruang yang Tuhan beri pada kita. Kita masih ada anggota badan yang sempurna, sedangkan ramai di luar sana Tuhan uji dengan cacat anggota badan. tapi masih mampu berusah & kadang lebih berjaya dari orang yang sempurna ini. Saya pernah kongsikan tentang mereka yang cacat anggota badan tapi tetap berjaya dalam hidup & melebihi dari orang biasa lagi. Cerita tentang Abang Raja, Khairul Nizam, Saudar Sukur & Nick Vujicic.
Kesimpulan saya
Saya belajar sesuatu yang berharga dalam pengembaraan kali ini. Itulah hidup. Penuh dengan pengajaran. Namun ia hanya berguna bila kita memakai kaca mata yang betul. Kaca mata yang mampu membantu kita melihat dari sudut pandang yang berbeza. Sudut pandang yang mengfokuskan kita pada pengajaran & pengalaman yang boleh membantu kita belajar tentang erti kehidupan sehari-hari kita.
Rugilah bila orang memakai kaca mata yang salah. Hanya melihat setiap perkara dari sudut negatif sahaja. Dan tak belajar langsung atas perkara yang berlaku dalam hidup. Jadi, biar apa pun keadaan kita, pekerjaan kita, status kewangan kita, belajrlah memakai kaca mata yang betul.