Hari Malaysia

16 Sep 2017. Hari bersejarah buat negara Malaysia. Hari ini merupakan ulang tahun ke-54 tertubuhnya negara Malaysia yang mana dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu sebelum ini. Kemasukan Singapura, Sabah serta Sarawak mewujudkan sebuah negara baru yang berdaulat. Namun 2 tahun kemudian pada 1965, berlaku peristiwa besar di mana Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri ketika itu mengumumkan pemisahan Singapura dari gabungan Malaysia. Lalu tertubuhnya Republik Singapura seperti mana yang ada hari ini.

Cuti Saya

Sempena cuti hari malaysia, saya mengambil peluang untuk ke Saiful Nang Akedami di Bandar Baru Bangi. Belajar asas fotografi dengan mengunakan smartphone. Sebelum ini, saya sering ‘out station’ tapi jarang dapat abadikan ‘moment-moment’ menarik sebagai kenangan. Bila ambil gambar memang ‘failed’. Walaupun pemandangan depan mata lawa, saya pula sia-siakan bila gambar yang diambil nampak entah apa-apa. Jadi bila Saiful Nang Akademi ‘announce’ ada buat kelas untuk asas fotografi menggunakan ‘smartphone’ sahaja, saya terus daftarkan diri tanpa perlu fikir panjang. Kelas dibuat di Bandar Baru Bangi sedangkan saya di Kuantan, Pahang. Namun itu bukan alasan. Lagipun boleh saya ambil peluang untuk pergi bercuti. Melapangkan fikiran dari kesibukkan kerja-kerja seharian sambil menuntut ilmu. Okay lah kan.

Siapa Saiful Nang?

Saiful Nang ini kalau dalam bidang fotografi dah kira ‘lejen’. Saya follow tuan Saiful Nang dah lama di facebook. Dua buah bukunya juga saya ada beli & baca. Boleh saya katakan yang tuan Saiful Nang lain dari yang lain. Idea dia mungkin berbeza dengan kita, tapi setiap ideanya sangat bernas. Yang paling saya ‘respect’, dia bukan sekadar cakap kosong. Dia buktikan setiap apa yang dia katakan.

Saiful-Nang-Kisah-Orang-Menang-2

Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP)

Saya tak mahu ulas panjang tentang Saiful Nang, semua maklumat boleh dapat di internet. Bagaimana dia mewakafkan diri bersama 20 orang pengasas yang lain menubuhkan sebuah pusat penjagaan anak-anak yatim & asnaf yang dinamakan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP). Saya perhatikan cara tuan Saiful Nang & rakan-rakan menguruskan kehidupan anak-anak yatim tak sama dengan rumah-rumah kebajikan yang lain.

Tuan Saiful & rakan-rakan mewujudkan entiti perniagaan yang mana melibatkan sekali semua warga dalam Rumah Pengasih Warga Prihatin. Setiap perniagaan dijalankan sebagai penyelesaian supaya adanya kekuatan ekonomi untuk perbelanjaan kehidupan seharian di RPWP. Ia membuktikan yang anak-anak asnaf ini mampu berdiri sendiri atas kemampuan mereka tanpa perlu mengusung tabung derma ke hulu ke hilir menagih simpati.

Kita boleh lihat yang warganya bekerja tanpa mengejar keuntungan peribadi. Malah ada yang bekerja secara sukarela sepenuh masa denagn sekadar mengambil sedikit sahaja sbagai pendapatan untuk kelangsungan hidup. Selebihnya diwakafkan untuk RPWP. Setiap laba atas perniagaan itu digunakan sepenuhnya untuk kos pembiayaan anak-anak yatim & asnaf di RPWP. Lebih menarik apabila setiap proses perniagaan juga disertakan sekali tenaga anak-anak kecil.

Mereka diajar untuk menyumbang kudrat bagi sama-sama menjayakan setiap bidang perniagaan yang tuan Saiful & rakan-rakan dirikan. Selesai kelas, saya sempat melihat sekitar Akedami, ada ruang untuk anak-anak asnaf belajar, ada ruang untuk studio fotografi, ada butik pakaian. Saya sendiri beli 2 helai baju SARC di butik WERDA & SARC sebagai tanda sokongan.

Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah & Saiful Nang

Apa yang menarik, ketika ini sedang heboh di alam maya tentang kebakaran yang melanda Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung. Saya tak mahu ulas tentang kejadian itu, tapi yang saya mahu sentuh ialah isu tuan Saiful yang dikecam teruk atas komennya tentang kejadian kebakaran. Saya baca di internet, ramai yang mencerca malah kawan-kawan saya juga menghentamnya dengan bahasa-bahasa  yang buruk. Seolah-olah Saiful Nang seorang bangsat & mereka yang mengutuk itu malaikat yang tak pernah melakukan kesilapan.

Sehingga ada kumpulan-kumpulan yang mengkritik berlebihan & mengajak orang ramai memboikot apa yang tuan Saiful Nang lakukan. Masing-masing cuba menjadi hero dengan menanam kebencian, sehingga buku tulisan Saiful Nang juga dihentam. Saya  percaya yang mengkritik itu tak pernah baca pun apa isi kandungan dalam buku itu. Hanya sekadar hentam keromo.

Kita tak sempurna

Saya sendiri secara peribadi ada sesetangah isu yang tak bersetuju dengan tuan Saiful Nang, tapi untuk melontarkan kata-kata cacian itu sudah melampau. Terutama setelah apa yang tuan Saiful Nang lakukan, jihadnya memperjuangkan nasib anak-anak asnaf yang terbiar. Saya sendiri mengeleng kepala melihat semua cacian dari netizen.

home-store

Kebanyakkan kita tak mampu melakukan seperti mana yang dia lakukan. Betul dia ada tersilap, tapi dia kan manusia biasa. Ada kala tersasul. Saya sendiri tak berani mengkritik atau memaki hamun sesiapa kerana tahu diri saya sendiri tak setara mana. Mungkin Tuhan tak buka aib saya, kalau dibuka aib saya, saya sendiri tak tahu nak letak muka di mana. Dalam kita tak mampu menyumbang sesuatu ada anak bangsa, jangan pul nak jadi hero seolah-olah kita malaikat yang maksum. Yang tak pernah ada cacat celanya. Kesilapan dia sebagai bukti dia juga manusia biasa, tapi janganlah disebabkan kesalahan itu sampai dinafikan segala jerih payahnya menyumbang sesuatu yang tak mampu kita sendiri lakukan.

Bagaimana kalau kita?

Saya tertanya-tanya pada diri sendiri, bagaimana jika saya dihentam sebegitu teruk. Saya akui saya atau ramai antara yang mencaci itu pun tak mahu diri kita dilabel dengan bahasa yang kesat bila melakukan kesilapan. Jadi, nasihat saya berpada-pada memaki orang. Kritik biar berasas. Tegur dengan bahasa yang elok. Supaya kita masing-masing belajar atas setiap kesilapan kita. Belum kena pada diri kita bolehlah nak cakap pandai. Bukan bermaksud mengatakan pendapat tuan Saiful Nang dalam hal itu betul & tak pula saya rasa salah. Itu pendapat dia. Boleh jadi salah, tapi cuba jadi lebih rasional. Dia manusia, kita juga manusia. Ada silap di sana sini. Kita semua tak sempurna kan?

Belajar sesuatu

Saya belajar sesuatu untuk cerita maki-memaki ini. Kita tak dapat puaskan hati semua orang. Walaupun sebesar mana kebajikan yang kita buat, akan ada ‘hater’ yang menunggu masa untuk menhentam kita. Seolah-olah mereka hanya menanti bilakah masanya kita tersilap langkah. Namun semua itu tak pelik, kerana sudah adatnya dunia.

Cuma pendapat saya, negara kita memerlukan lebih banyak individu seperti Saiful Nang. Pedulikan apa orang nak kata kerana orang seperti tuan Saiful Nang tahu apa yang dia lakukan. Tersilap sekali sekala tak menjadi kudis buta, sebaliknya sudah adat kita sebagai manusia. Tersilap, kerana kita tak pernah sempurna.

Apa-apa pun, buat semua orang, cuba bertenang & berfikir secara rasional sebelum mencerca orang lain, cuba tanya pada diri apa sumbangan kita pada masyarakat selain ‘like, share & comment’ yang bukan-bukan di facebook. Jangan kerana satu dua kesilapan semua jasa individu yang mengerah segenap tenaga pada anak bangsa dipadamkan begitu sahaja. Sekali lagi, cuba tanya apa yang kita lakukan ketika ini?