Projek Eskayvie, Shah Alam

Hari ini 30 September. Saya ada di Shah Alam. Hadir satu kursus untuk perniagaan saya. Tujuan ke sini untuk mengetahui lebih detail tentang projek terbaru saya. Projek ini dah tertangguh hampir 3 bulan atas sebab yang pelbagai. Tapi saya tak terkejar-kejar untuk projek kali ini.

Saya mula bosan dengan rutin harian dalam masa setahun kebelakangan ini. Rutin perniagaan saya, tapi tak bermakna saya bosan berniaga. Bukan itu yang dimaksudkan. Bisnes jalan seperti biasa cuma ghairah itu tak semacam mula-mula dulu. Hasilnya agak besar buat saya yang buat sendirian, tapi saya yakin yang saya mampu dapat lebih dari apa yang saya ada sekarang. Namun saya terbatas dari kualiti produk sekarang & jika saya all out juga, saya fikir akan ada masalah di masa hadapan.

Eskayvie.

Brand baru untuk projek baru. Saya pun tak tahu kenapa saya boleh ambil keputusan singkat untuk pilih eskayvie. Tak pernah saya ‘pump’ duit sebanyak sekarang tanpa fikir panjang. Saya buat keputusan pilih eskayvie dalam masa sehari seingat saya. Dan saya memilih untuk mulakan fasa baru dalam perniagaan saya dengan eskayvie. Ada pelbagai perkara yang saya mahu lakukan & tak mampu saya laksankan dengan bisnes sebelumya. Dan saya harap segala kepakaran & ilmu yang belum diuji keberkesanannya boleh saya lihat hasilnya dengan eskayvie.

Succeskayvie 1

Hari ini, hari pertama saya bersama eskayvie family. Walaupun dah ‘booking’ atau bayar untuk produk 3 bulan lepas, tapi still tak ambil barang lagi. Saya letakkan duit atas dasar ‘instinct’ yang saya boleh buat. Tapi itu sangkaan semata, buat sale belum tentu lagi.

Dari pagi hingga malam, saya belajar banyak perkara baru. Saya teringat kata-kata Puan Kartika, founder Eskayvie. Puan Kartika bercerita tentang ‘mindest’. Kejayaan kita esok bergantung pada bagaimana kia membawa mindset kita hari ini. Saya juga tertarik bila Puan Kartika kata, kesilapan kita atau ramai orang ialah mereka selalu melihat atau mahu orang memuji kita, untuk kita rasa gembira dengan diri kita. Kita bersemangat atas pujian orang, tapi bila sebaliknya berlaku kita seakan ‘lost’. Kita rasa yang diri kita tak ada nilai. Tak berharga. Hanya kerana pandangan orang pada kita tak seperti yang kita mahukan.

Kita seolah-olah hidup atas kata-kata ‘appreciate’ orang ke atas kita. Kita melakukan segala perkara, tapi kita rasa orang seakan-akan tak menghargai segala yang kita lakukan. Segala yang kita lakukan seolah-olah sia-sia jika tidak ada ‘respone’ dari orang sekeliling kita.

Tapi kita lupa perkara yang penting tentang diri kita ialah pandangan kita sendiri. Kita yang menentukan sejauh mana berharganya diri ini, bukan orang lain. Ya, diri kita sendiri. Bukannya orang lain. Namun bukan bermakna kita langsung tak perlukan pandangan orang lain terhadap diri kita. Tapi kita tak perlu terlalu berharap puji-pujian orang pada kita untuk hidup gembira. Orang yang paling layak menilai & appreciate diri kita hanyalah diri kita sendiri.

Fokus & keinginan

Perkara lain yang menarik perhatian saya ialah tentang fokus & keinginan  untuk berjaya yang tinggi. Sejauh mana kita mahu melangkah, ia bergantung kepada sekuat mana daya fokus kita. Hidup ini tak pernah mudah, tapi tak bermakna ia terlalu sukar. Segala usaha kita akan membuahkan hasil jika kita kekal fokus. Lakukan yang terbaik sedaya mungkin. Jangan kerana ada sedikit halangan kita hilang tumpuan. Hilang fokus. Sedangkan kita masih belum melakukan yang terbaik. Sayangnya jika sesuatu yang dilakukan kita hentikan hanya kerana sedikit halangan.

Fokus kunci untuk berjaya. Ditambah pula dengan keinginan yang tinggi untuk mencapai impian. Pernah kita lihat di sekeliling kita & kita lihat orang lain berjaya. Bukankah mereka sama seperti kita. Ada kudrat & akal. Namun apa yang membezakan antara kita dengan mereka?. Jika mereka boleh, kenapa tidak kita.

Kesimpulan hari ini.

Ini hari pertama saya dalam keluarga eskayvie. Perjalanan masih jauh. Kerja masih banyak nak kena buat. Tapi apa-apa pun, hidup kena jalan terus. Jangan berhenti sebelum sampai pada tempat tuju kita. Moga jalan di depan dipermudahkan Tuhan. Amin..