Hidup saya semenjak 2 menjak ini.

Saya terkejar-kejar dalam sebulan dua ini. Berulang dari Kuantan Ke KL atau sekitarnya. Urusan kerja & juga peribadi. Terasa hidup ini sibuk sangat. Padahal tak adalah sesibuk mana. Walaupun letih fizikal & mental, tapi setiap perjalanan mengujakan saya. Sentisa upgrade ilmu & pengalaman, disamping kenal dengan wajah-wajah baru.

Projek Terbaru.

1. Eskayvie

Ini paling terbaru. Dan melibatkan paling banyak tenaga. Satu cabaran yang besar, saya belajar marketing dari sudut yang berbeza selama 2 tahun ini. Tapi tak banyak yang boleh saya capai. Terbatas dalam beberapa aspek. Di luar kawalan saya. Tapi Eskayvie memberi saya peluang untuk gunakan semua ilmu & pengalaman saya untuk terus capai cita-cita saya. Kebebasan kewangan.

Eskayvie juga beri saya peluang untuk saya tunaikan ‘bucket list’ impian saya. Untuk belajar dari sifu marketing yang sangat saya hormati. Sifu Faisal Abdullah. Pertama kali saya ‘face to face’ dengan Tuan Faisal. Tapi saya gemuruh yang amat sangat membuatkan saya kehilangan kata-kata. Saya ingat mesti Tuan Faisal tak dapat tangkap apa yang saya cakap. Padahal peluang untuk berjumpa & berkongsi ilmu dah lama saya tunggu, tapi bila depan mata semuanya tak seperti yang dirancang. Buat malu je. Ceit.

2. Projek Bateq.

Ini projek peribadi saya. Alhamdulillah dah berjalan sedikit sebanyak. Tujuan projek ini adalah untuk saya membantu mereka yang memerlukan atau yang tak bernasib baik, mungkin mereka yang berada dalam keadaan seperti mana pernah saya lalui. Saya tak kata saya sudah berjaya 100%. Tapi saya fikir saya harus menyumbang tanpa saya perlu tunggu saya betul-betul kaya. Nak tunggu sampai bila kan?

Untuk projek ini, saya cuba secara konsisten beri sumbangan belanja bulanan pada satu keluarga yang kehilangan ibu bapa. Yatim piatu. Adik-adik ini dijaga oleh 3rd Force. Di kelantan. Saya memang cari peluang & ruang untuk join 3rd Force. Tapi tak tahu macam mana. Cerita tentang 3rd Force ini ada saya ceritakan dalam bebelan saya sebelum-sebelum ini.

3. Buku Pertama.

Artikel yang sedang tuan-puan baca sebenarnya disusun untuk dimuatkan dalam buku saya yang pertama. Semua tulisan ini saya niatkan untuk saya kepilkan dalam bentuk fizikal. Ia impian yang selalu saya ulang berkali-kali. Bagi saya pengalaman manusia merupkan guru yang paling berharga dalam membentuk pemikiran & peribadi seseorang. Sekurang-kurangnya sebagai panduan & batas sempadan. Mengingatkan siapa kita & apa tujuan kita. At least buat saya. Buat bukti anak cucu saya. Biar mereka tahu apa cerita di sebalik hidup bapa atau datuk mereka.

4. Office & Premis Bisnes

In Sya Allah, jika segalanya berjalan lancar. Tahun depan saya akan usahakan untuk cari 1 premis operasi saya. Dah tak boleh buat emua benda seorang diri. Tak larat. Dan tak muat untuk sumbat semua barang di rumah. Membebel pula nenek nanti.

5. Menuntut dengan Sifu Jamal.

Antara bucket list yang saya buat bertahun lalu. Nak belajar secara premium dengan Sifu Jamal. Saya ada rakan-rakan yang dah jauh meninggalkan saya dakam bisnes. Walaupun kami lebih kurang sahaja. Tapi dia memecut laju bila berguru dengan orang yang betul. Betul-betul jauh tinggalkan saya. Betul rezeki sudahpun Tuhan tentukan.

Tapi kita sebagai manusia harus sentiasa berusaha memajukan diri. Tambah ilmu sebanyak mungkin. In Sya Allah hasrat yang ini akan saya capai. Semoga Tuhan permudahkan semuanya. Amin.