Semoga Bukan Saya.
Manusia mudah lupa. Itu sifat semulajadi kita sebagai makhluk yang lemah. Serba kekurangan & tidak sempurna. Hidup ini penuh cabaran & siapa yang sanggup bersusah-susah dalam mengubah nasib, dialah yang akan menang. Itu sudah lumrahnya alam ini. Dunia memang tak akan berlaku adil pada semua orang, tapi ketidakadilan itu bukan alasan untuk kita mengalah dari mengejar cita-cita & impian kita.
Saya turut ada impian, seperti semua orang. Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang saya mahu. Bukan bermakna ia datang begitu sahaja. Bukan. Ia beserta dengan pakejnya, cabaran & dugaan. Saya bersyukur saya masih lagi mampu mengharungi segala yang di depan mata. Kerana saya jelas apa yang saya mahu.
Insaf
Tapi saya manusia biasa. Ada kala terlupa & berasa angkuh atas sedikit nikmat yang Tuhan beri. Merasa diri lebih dari orang lain. Saya insaf & sedar, yang masih jauh perjalanan di depan.
Semakin saya mara ke depan, saya berdoa semoga Tuhan sentiasa menjaga saya seperti selalu. Beri saya panduan untuk terus melakukan apa yang saya mahu. Tapi dalam masa sama, saya berharap saya tak lupa daratan. Jangan sehingga timbul perasaan riak & takbur dalam diri ini. Sebesar mana kita, akan ada yang lebih dari kita.
Saya kadang-kadang pelik melihat orang yang kaya harta tapi miskin jiwa. Menayang-nayang harta bertimbun dengan alasan memberi inspirasi & motivasi untuk orang lain. Saya harap niat mereka betul-betul ikhlas & bukan untuk menunjuk-nunjuk. Tapi secara peribadi, itu bukan caranya. Motivasi yang kita nak kongsikan pada orang ramai bersifat material semata-mata. Dan ia tak kekal bagi saya.
Kita teruja dengan harta benda hingga kita lupa batas-batasnya. Kita mengejar dunia hingga kita lupa akhirat. Saya bukan orang yang baik. Tapi saya harap andai saya berjaya seperti mereka yang lain-lain, bukan itu cara saya memberi inspirasi pada orang lain. Bukan bersifat material.
Cara saya belajar
Saya belajar untuk berfikir besar & berimpian besar melalaui kisah-kisah inspirasi idola-iola saya. Melalui pembacaan saya, pengalaman saya & orang di sekeliling saya. Dan saya jelik jika kita terinspirasi dengan tayangan kereta mewah & duit berkepuk-kepuk di media sosial. Kita boleh beri alasan untuk memotivasikan orang, tapi ia akan menimbulkan fitnah yang berlebihan. Saya rasa ramai sependapat begitu. Wallahuallam.
Saya suka cerita Raja Shamri, Saiful Nang, Tan Sri Syed Mokhtar & ramai lagi. Cerita mereka memberi inspirasi walaupun ada ‘haters’ masing-masing. Mereka memberi inspirasi melalui usaha yang mereka lakukan pada masyarakat. Bukan material semata-mata. Material semata-mata mengaburi mata kita, menaikkan nafsu kita. Bukan merendahkan hati kita. Raja Sahmri mengorbankan kehidupan peribadi untuk berkhidmat pada masyarakat. Dan ceritanya membakar semangat anak muda yang berjiwa besar. Raja Shamri kaya jiwa & harta. Dan kita boleh lihat caranya berkongsi cerita & teladan yang boleh semua orang belajar. Saya suka jika ramainya Raja Shamri di negara saya.
Tan Sri Syed Mokhtar juga sama. Kita tahu kehidupannya. Berapa hartanya. Tapi bukan dengan bermegah-megah harta untuk meng’inspirasi’ marhein. Saya rasa marhein tak bodoh. Boleh melihat dengan waras.
Setiap orang tak sama
Walaupun masing-masing ada cara & pendapat masing-masing untuk berkongsi kejayaan mereka. Bagi saya Islam mengajar kita bersederhana. Dalam segala perkara. Saya suka kita belajar dari resmi padi. Makin tunduk makin berisi.
Seperkara lagi, perkara yang mengubah tanggapan saya sebelum ini. Kita berjaya bukan hanya kerana usaha kita, ada banyak faktor yang kita sedar ataupun tidak. Jika kita berjaya sekarang & merasakan kehiduan kita ‘better’ dari orang lain. Jangan sesekali meremehkan nasib orang lain. Kita tak tahu apa yang mereka hadapai. Kesukaran & kepayahan setiap orang berbeza.
Tapi jangan pula itu sebagai alasan buat kita malas berusaha jika hidup sekarang tak memuaskan hati. Kerana hidup ini pilihan. Semuanya ada di depan mata. Terpulang untuk kita mahu yang mana. Dan bila kita memilih sesuatu & orang lain memilih yang lain. Hormati hak mereka tapi kekal dengan pendirian kita. Jika pilihan mereka salah, mungkin ada perkara yang mereka sedang hadapi tak sama dengan kita ketika membuat pilihan.
Doa saya, moga perjalanan saya menuju kejayan dipermudahkan & semua yang saya belajar sepanjang perjalanan mematangkan saya. Bukan menjadikan saya riak & bongkak atas kejayaan yang tak seberapa. Amin..