Masuk Kelas
Akhirnya, kelas dengan Sifu Jamal bermula. 28-29 Okt di Sungai Besi. 2 hari yang penuh padat jadualnya. Belajar dari pagi sampai ke tengah malam. Untuk kelas pertama, saya didedahkan dengan konsep & kefahaman asas FB. Cara buat ads & sedikit asas copywriting. Walaupun ringkas tapi berat utnuk dihadamkan. Belajar kadang-kala boleh jadi begitu memenatkan. Saya faham kenapa ramai yang malas belajar. Bukan hanya isu harga yang perlu dibayar, tapi kesanggupan menghabiskan sibilus atau ‘content’ pun perlu ada kesanggupan. Kena ada ‘willingness’.
6,7,8 Nov 2017. Sungai Besi.
Kelas intensif copywriting utk batch OGOS 2017. Saya batch NOV. Sepatutnya tak boleh masuk, tapi sebab nak masuk, saya kena settlekan baki bayaran yang tertunggak. RM 5k. Gedebuk gedabak cari duit. Dapat juga selesaikan bayaran sehari sebelum start kelas.
9,10 NOV 2017. Pasar Seni.
11,12 NOV 2017. Shah Alam
Ini bermakna saya belajar minggu by minggu berturut-turut. Paling memenatkan sebab kena stay hampir 10 hari di KL & Shah Alam. Kelas Sifu Jamal start 6,7,8 Nov. Kemudian ada 2 hari cuti. 9 & 10 Nov. Hari khamis & jumaat. Tapi 11 & 12 tu ada kelas wajib untuk stokis Eskayvie di Shah Alam. Jadi saya ambil keputusan untuk stay di KL. Malas balik ke Kuantan. Nanti nak ke ke KL juga. 2 hari ini saya lebih banyak luagkan masa untuk rehatkan minda & fizikal. Belajar ini sebenarnya penat, bukan sahaja mental tapi juga fizikal.
13,14,15 Nov. Sungai Besi.
Habis kelas Eskayvie, keesokkan harinya, 13,14,15 Nov akan bersambung pula kelas Sifu Jamal semula. 3 hari. Kelas lanjutan, bootcamp copywriting & teknikal ads. Fuhh. Total semuanya 10 hari di KL & Shah Alam. Kos untuk makan & hotel ‘of kos ‘ tak murah. Tapi itu harga yang saya kena bayar kalau nak berjaya.
Kelas 3 hari baru-baru ini, saya berkenalan dengan Hj Mustafa. Orang insurans yang saraf dengan pengalaman. 20 tahun dalam bidang insurans. Saya jadi rapat dengan Hj. Banyak yang saya belajar. Pendapatannya setiap tahun hampir setengah juta. Bertahun lamanya. Tapi still nak belajar. Umurnya 51 tahun. Saya jadi malu sekejap. Kalau orang muda malas nak belajar, buat malu kat Hj Mustafa je. Paling menarik, saya tanya Hj. Kenapa nak cari duit lagi sedangkan duit yang ada sekarang ini pun tak habis pakai. Jawapannya mengejutkan saya. Hajatnya nak bina surau di kawasan rumahnya sebelum dia meninggal dunia. Jadi sekarang dia berusaha untuk dapatkan dana untuk projek bina surau. Saya terdiam. Insaf & sedar. Kerdilnya saya kalau nak dibandingkan dengan orang macam Hj Musatafa.
Nafsu Orang Muda
Saya kadang kala terikut-ikut nafsu. Kejar dunia lebih banyak dari akhirat. Betul saya juga ada impian untuk buat amal kebajikan. Tapi sekejap-sekejap lari dari niat. Adat orang muda. Selalu lalai & mudah pula terlupa. Berkenalan dengan Hj buat saya sedar. Saya kena selalu ingatkan diri saya. Supaya sentiasa merendah diri dalam mencari dunia. Saya mahu kaya. Ada keinginan memiliki kereta & rumah mewah. Tapi janganlah disebabkan keinginan memiliki semua itu buatkan saya lupa tujuan hakiki saya sebagai manusia.
Aturan-Nya.
Tuhan maha adil. Dia mengaturkan yang terbaik untuk hambanya. Termasuk saya & semua yang membaca tulisan ini. Saya takut-takut dalam melangkah ke depan. Takut tersilap & lupa atas nikmat kurniaan Tuhan pada saya. Tuhan menguji saya ketika saya susah & ketika saya senang. Berapa ramai yang di depan mata, kita lihat bila seseorang itu berjaya ke tahap yang orang lain tak mampu miliki, mula lupa diri & mendongak dagu ke langit. Pada asalnya ketika mahu memulakan sesuatu, azam & janji bergunung. Tapi bila semua satu persatu dapat dikecapi, mula bangga diri. Lupa asal usul.
Moga Tuhan Jaga Saya
Saya paling takut kalau itu berlaku pada saya. Saya orang kampung. Membesar dengan segala kepayahan sendirian. Tapi saya akui saya kuat. Dapat mengharungi semuanya setakat ini. Tapi ke depan hari siapa tahu. Sekarang, tambahan payah nak cari orang kaya yang tunduk ke bumi. Seperti resmi padi. Pinta saya pada Tuhan, sepanjang perjalanan saya kecapi apa yang saya hajati, dipermudahkan. Dan sepanjang laluan itu, Tuhan jaga hati & jiwa saya. Saya jelas kenapa saya mulakan apa yang saya lakukan sekarang. Tapi macam saya cakap, kadang kala lupa & lalai. Mudah rasa diri ini bagus dari orang lain. Bila makin jauh saya berjalan. Belajar & belajar, saya semakin takut kalau-kalau terlalai jauh. Hj Mustafa buat saya ingat tujuan saya buat semua ini. Doa saya. Supaya istiqamah dengan sikap & sifat sekarang. Mahu jadi dermawan akhirat. Moga Tuhan terus jaga saya. Amin..