Kembara Hidup

Makin jauh kita berjalan, makin banyak pengalaman yang kita raih. Dan setiap pengalaman yang kita lalui menjadi guru dalam mematangkan kita. Kesilapan demi kesilapan mengingatkan diri agar jangan ulang lagi, tapi adat manusia akan terus buat silap. Walaupun bukan menjadi kesalahan pun kalau terus buat silap. Cuma jangan ulang kesilapan sama berulang-kali. Itu bodoh namanya.

Hari ini, bila tengok kebelakang, dah jauh saya melangkah. Tapi masih banyak yang kurang. Bukan mengejar kesempurnaan kerana saya tahu tidak pernah ada perkara yang sempurna seandainya dilakukan oleh manusia. Yang sempurna hanya milik Tuhan yang Maha Esa sahaja. Saya berjalan & belajar, jatuh & bangun. Proses demi proses yang memenatkan tapi itulah lumrah kehidupan.

Apa resepi ajaib mereka?

Saat ini, saya masih banyak yang mahu saya lakukan bila lihat kejayaan kawan-kawan di sekeliling. Saya tak tahu kenapa saya begitu cemburu melihat kejayaan orang lain. Kadang kala saya pelik bagaimana mereka lakukan. Seolah-olah ada resepi ajaib. Tapi bila fikir sejenak, semuanya datang dari usaha keras masing-masing. Dan setiap kerja keras individu itu, kejayaannya hanya datang setelah adanya keizinan dari Tuhan. Jadi boleh jadi belum lagi waktunya untuk saya. Tugas kita sebagi hamba hanya perlu bekerja sebaik mungkin & selebihnya berserah pada-Nya.

Dalam mencemburui kejayaan orang lain, sebenarnya masih ramai yang mahu buat seperti yang saya buat. Mahu dapat yang saya dapat.Jadi kitarannya sama sahaja. Saya rasa apa yang saya dapat tak cukup, tapi ada orang yang masih terkial-kial untuk dapatkan apa yang saya ada. Bila duduk & diam sejenak, saya insaf yang saya ini kadang-kadang tamak. Tapi itu sifat manusia yang memang lumrah. Dan bagi saya tak salah menjadi tamak atas sesetengah perkara.

Saya bersyukur jalan yang saya pilih & apa yang saya ada sekarang. Bagi saya, ini landasan terbaik yang sesuai dengan saya. Buat kawan-kawan yang membaca, sama juga, kita sebenarnya berada atas landasan yang terbaik. Setiap yang berlaku sudah ditakdirkan Tuhan untuk mengajar kita menjadi hamba  yang lebih baik. Cuma terpulang pada kita untuk melihat dari ‘angle’ yang mana. Jadi, apa pun situasi kita, belajar kurangkan mengeluh & lebihkan usaha. Siapa yang memilih untuk berusaha & mencari jalan keluar, percayalah yang Tuhan tak pernah zalim. Hanya kita yang membutakan mata untuk melihat.

Masih jauh

Masih banyak kesilapan yang mahu saya cipta, agar lebih cepat saya berjaya. Kejayaan saya bukanlah berbentuk wang ringgit semata-mata. Tapi kepuasan dalam mengejar impian. Umur saya hari ini, 29 tahun masuk 30-an tahun depan. Masih jauh.

Zaman yang serba pantas hari ini, semua orang boleh dapat apa yang mereka mahu kalau tahu caranya. Saya bertuah, kerana kembara menuntut ilmu menemukan saya dengan ramai orang yang hebat-hebat. Ada yang jauh lebih muda dari saya & ada yang jauh meninggalkan saya dari segi usia. Tapi semangat kami sama. Moga saya terus istiqamah untuk berada dalam circle yang baik.

Sungai Besi, 22 Nov 17, 5:55 AM.