How To Change Your Habit?

Setiap dari kita mempunyai tabiat atau habit masing-masing. Dan setiap tabiat yang kita lakukan setiap hari akan menentukan siapa & di mana kita setahun akan datang, 5 tahun akan datang atau mungkin 10 tahun akan datang. Habit juga yang menentukan sejauh mana kejayaan seseorang dalam hidup. Mustahil untuk individu itu berjaya jika padanya ada habit yang negatif. Soalnya sekarang, kita kena tanya pada diri kita apa habit kita? Positif? Negatif? Jika positif its okay, tapi kalau sebaliknya? Apa nak buat?

Cara Tukar Habit

Bagi saya, habit atau tabiat bergantung pada situasi. Kita boleh lihat bila musim exam nak dekat, ramai pelajar yang mula rapat dengan buku & kejar guru ke sana ke mari. Perubahan itu kerana adanya satu desakan untuk dapatkan sesuatu. Bukankah bagus kalau semua perubahan yang kita lakukan bila exam nak dekat itu kita kekalkan sepanjang masa?

Sama juga jika kita selalu berkawan dengan para perokok tegar, semua kawan kita perokok & kita selalu lepak sama-sama. Situasi itu memungkin kita turut merokok sangat tinggi. Situasi itu menyumbang pada pembentukkan habit kita.

Katakan sekarang kita sedar keadaan diri kita sekarang & berhasrat nak tukar apa rutin yang kita lakukan saban hari. Kita betul-betul dah bersemangat gila nak tukar. Masalahnya sekarang, kita tak konsisten. Hanya lakukan sesuatu bila mahukan sesuatu. Kebanyakkannya bersifat sementara ataupun jangka pendek. So, perkara penting kita harus faham untuk tukar habit ialah:

  1. Tukar mindset & goal.
  2. Tukar circle.
  3. Cari sesuatu untuk kekalkan habit.
  4. Settle, ia dah jadi rutin.

Tukar Mindset.

Pertama sekali, kita kena tukar cara kita berfikir. Cuba duduk sekejap & renungkan, apa sebenarnya yang aku nak? Apa perkara yang aku mesti capai?. Kalau kita jelas apa yang kita nak, kita akan lebih fokus & tahu apa yang perlu kita lakukan setiap hari untuk capai misi kita. Kalau tak, kita akan cepat putus asa, hati rasa meronta-ronta nak sabotaj diri. Saya teringat kata-kata kartunis tersohor tanah air, Tembakau dalam karyanya ‘KARTINI’. Kata Tembakau, “Takkan hati gundah gulana, kalau tahu apa dicari”.

Saya beri contoh, saya ada impian nak tulis sebuah buku, cerita tentang pengalaman saya. Dari situ saya tahu & faham, untuk menulis, saya wajib membaca & ianya bukan mudah. Tapi bila kita jelas apa yang kita nak, kita akan usahakan juga walaupun macam mana sekalipun.

Sama juga dengan impian saya nak berjaya dalam bisnes, saya mahu tahun ini saya dapat ‘net profi RM 10k per month’, jadi saya tahu yang saya kena banyakkan menuntut ilmu, lebihkan masa baca & tonton video atau mana-mana sumber yang boleh membantu bisnes saya, subcribe magazine bisnes & bergaul dengan orang yang dah capai apa yang saya nak. Jadi, mahu ataupun tak saya wajib tukar rutin saya.

Quotefancy-51138-3840x2160-min

Tukar Circle

Ini antara perkara sukar bagi sesetengah orang. Walaupun sebenarnya tak ada lah susah mana pun. Kita takut orang kata kita mcam-macam, lupa kawan lah, kera sumbang lah. Dan semua kata-kata itu buat kita rasa down & akhirnya kita tak buat apa yang kita nak. Disini ramai yang kecundang.

Tukar circle bukan bermaksud kita kena buang kawan-kawan yang sedia ada. Bukan begitu maksud saya. Bagi saya, jika kita luangkan banyak masa dengan kawan-kawan yang ‘lagho’ sebelum ini, cuba ambil masa untuk cari kawan baru perlahan-lahan. Join kelab yang kita rasa boleh membantu. Cuba sesuaikan diri dengan suasana baru. Kemudian kita decide sendiri, berapa banyak masa untuk kita berada dalam circle baru yang positif atau berapa banyak bersama kawan-kawan sedia ada.

Saya ada kawan-kawan dari pelbagai latar belakang. Yang huha-huha pun ramai, tapi saya juga ada circle bisnes minded yang positif. Saya pun tak selalu juga keluar hari-hari dengan circle bisnes, sekali sekala juga. Tapi setiap kali kami gathering atau ada program, saya gunakan semaksimum mungkin masa yang ada untuk belajar antara satu sama lain. Kemudian bila selesai, saya still keluar hangout dengan kawan-kawan sedia ada. Bagi saya, hidup ini berkawan biar seribu, bermusuh jangan sekali. Kadang kala saya belajar banyak perkara bila berkawan dengan orang-orang negatif. Sebenarnya semuanya bergantung pada cara kita filter & melihat sesuatu.

Cari sesuatu untuk kekalkan habit.

Tukar cara berfikir 1 hal. tukar circle pun 1 hal. Nak kekalkan momentum pula 1 hal. Masalah ramai orang ialah payah nak stick atau fokus sepanjang masa. Benda ini selalu jadi selepas tahun baru. Bila azam baru. Berapa ramai yang setiap kali tahun baru tukar azam. Tapi yang tahun lepas pun tak buat lagi. Jadi apa masalah sebenarnya? Azam yang salah atau kita yang salah?

Dalam NLP ada 1 teknik yang dinamakan anchoring. Saya ada ceritakan sedikit tentang NLP & cerita sebalik NLp versi saya. Boleh baca semula nanti disini. Okay, Anchor ataupun sauh. Anchoring antara teknik yang simple tapi sangat berkesan & banyak membantu saya kekal fokus dalam mengejar impian saya. Dan ia membantu ribuan pengamal NLP di seluruh dunia.

Anchoring hanya 1 simbolik sebenarnya. Anchor atau sauh, sangat powerfull. Anolaginya begini, kapal yang beribu-ribu tan beratnya, sarat dengan muatan & peralatan yang canggih manggih, boleh ditahan atau berlabu hanya dengan melabuhkan sebuah sauh yang bentuknya sangat simple. Ia mengikat kapal yang besar dari bergerak. Jadi, sebenarnya, dengan beberapa teknik yang mudah, ia sanagt membantu kita kekal fokus & bersemangat untuk capai apa jua impian kita.

Dalam NLP, anchoring berfungsi mencetuskan rasa semangat & kekuatan untuk terus fokus, ia mengingatkan kita apa yang perlu kita lakukan untuk mengejar misi kita. Setiap kali kita letih & rasa terpesong, dengan melakukan anchoring, ia akan menjadi suis semangat untuk jangan mengalah. Ia seakan hanya satu letusan kecil tetapi memberi impak yang besar kerana letusan kecil itu mampu memberi kita flash back atau ada cerita yang kompleks di dalamnya, yang mana letusan itu mengingatkan tentang betapa pentingnya impian kita.

Cara buat anchoring sangat mudah. Kita hanya perlu cari perkara-perkara yang beri semangat pada kita, benda yang bila kita lihat akan memberi sumber tenaga pada kita supaya jangan mudah berputus asa. Saya beri contoh, ada orang bila tengok mak ayah akan rasa tenang, rasa bersemangat. Dan ada orang rasa begitu bila lihat anak-anak ataupun isteri-isteri mereka. Oppss. Itu konsepnya, kita cari sesuatu yang akan meng-bangkit-kan semangat kita. Ia boleh jadi apa sahaja, sama ada lagu, buku, lukisan atau material lain. Mungkin gambar kereta idaman kita, gamabar rumah idaman kita. Apa sahaja.

Contoh lain, saya jatuh cinta pada seorang awek. Dan setiap kali saya dengar 1 lagu ini, saya kan teringat akan awek itu. Dan setiap kali saya teringat pada awek itu, saya terfikirkan masa depan kami bersama. Jadi saya sentiasa katakan pada diri saya yang saya akan berusaha sebaik mungkin untuk mencapai hasrat kami berdua. Disini, setiap kali saya rasa down, saya hanya perlu mainkan lagu tersebut. Dengan lagu itu, ia menjadi suis & memberi saya cahaya & kekuatan untuk terus berusaha serta tak putus asa. Faham?

Setiap kali kita down atau ditimpa masalah, lakukan anchoring. Lihat gambar yang jadi anchor, dengar muzik atau lagu yang jadi anchor kita, lihat wajah yang jadi anchor kita. Cara ini dapat mengekalkan kita supaya sentiasa fokus & tidak berputus asa. Tak percaya, cuba dulu!

Saya mudah, saya ada lagu yang akan menaikkan semangat saya, jadi saya akan mainkan lagu itu berulang kali setiap kali saya ada problem. Lagu yang 5 minit itu mampu memberi tenaga buat saya seharian. Saya juga ada anchoring dalam bentuk buku. Di meja tempat saya buat kerja, saya letakkan buku yang saya suka & saya tampal poster buku itu di bilik saya. Jadi setiap kali saya lihat buku & poster, saya tahu yang saya ada misi yang penting nak saya capai. Dan berputus asa bukan pilihan yang ada.

Habit Menjadi Rutin.

Bila kita sudah terbiasa dengan tabiat-tabiat yang kita lakukan setiap hari, ia akan menjadi rutin. Semulajadi. Kita tahu apa tugas kita tanpa disuruh. Dan setiap kali ada masalah, kita juga tahu apa yang perlu kita lakukan. Orang berjaya ada tabiat mereka yang tersendiri. Berbeza-beza setiap orang. Tugas kita, cipta habit kita sendiri. Ikut kemahuan & kesesuaian masing-masing.

Bila sesuatu yang positif itu dilakukan berulang-ulang, ia menjadi DNA kita. Dalam Islam, kita digalakkan kekal melakukan sesuatu dalam tempoh tertentu & bila kita istiqamah, In Sya Allah ia akan menjadi sebahagian dari diri kita. Jadi semuanya kena buat dulu, ada problem cuba adjust, ada problem lagi, adjust sekali lagi sampailah kita jumpa tune yang kita nak. Benda ini tak akan jadi terus, ianya proses. Sama seperti kehidupan, juga proses. So, jom kita mulakan sekarang, betulkan mindset, tukar circle, buat anchoring & enjoy hidup ini seperti apa yang kita mahu…