Habis Di KL, Terus Ke Pontian
Hari Khamis, 30 Nov saya selesai kursus di KL untuk 2 hari. Esoknya, Jumaat saya kena ke Pontian, Johor. Untuk urusan deal akak nak bertunang. Family saya pergi dari Kuantan pada hari yang sama. Cuma sebab saya ada kelas di sini, saya bertolak naik bas ke sana. Kebetulan, hari ini cuti maulidur rasul. Jadi 3 hari cuti panjang ini digunakan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia untuk balik kampung. Sama ada pelajar atau yang cuti bekerja. Budak-budak memang dah cuti sekolah. Habis penuh orang di TBS. Macam semut dah tengok.
Saya sendiri dapat tiket malam. 8:20 PM dari KL. Mujur ada. Sampai di terminal bas Pontian pukul 1 pagi. Mak & beberapa adik & kakak saya stay di hotel berdekatan. Sampai terus check in & cari makanan. Lapar sangat.
D-Day
Check out pukul 12. Saya tidur sampai pukul 11 pagi, sementara mak & adik-adik keluar jalan-jalan sekitar bandar Pontian. Pukul 12 terus ke rumah bakal mertua akak saya.
3 PM
Kami sekeluarga 9 orang. Adik beradik saya 7 orang termasuk saya. Abang ipar seorang & mak saya. Total 9 orang. Sebenarnya kedatangan kami hanya nak bincang pasal tarikh perkhawinan akak saya. Sebab ada masalah dari segi wali. Jadi tak mahu terlalu formal dengan adat bagai. Lagipun saya tak tahu sangat, tapi bila datang baru tahu yang sebelah lelaki nak buat majlis tunang. Sudah.. Tak pernah dibuat orang, pihak belah perempuan datang belah lelaki untuk urusan meminang.
Mujur Tak Berpantun…
Belah pihak lelaki sampai di rumah kami menginap. Saya ingat dalam 15 orang ada. Saya dah tak tahu nak buat apa. Saya ketua belah perempuan. Semuanya bergantung pada saya. Nak deal bisnes saya pandai lah, tapi nak runding bab nikah kahwin in sepatutnya kerja orang tua yang tahu adat-nya. Macam saya, apa pun tak tahu. Tapi gamble je lah.
Semua dah berkumpul. Dulang kat depan ada banyak juga, saya pun duduk mengadap. Pihak lelaki ketuanya bakal mertua akak saya, dah berusia & saya yakin penuh pengalaman. Bakal abang ipar saya anak bongsu dari 2 beradik & kakaknya dah pun berkhawin. Jadi saya percaya belah lelaki dah berpengalaman tambahan dah putih uban di kepala. Saya ini orang muda, tak tahu hujung pangkal. Mana adat yang nak didulukan, mana yang nak dikemudiankan. Majlis pun bermula…..
Kami datang membawa hajat,
Hajat datang bersama adat…..
Argh sudah… Bila dengan macam rangkap pantun, saya dah kecut perut. Mampus aku nak jawab pantun. Tapi mujur sampai situ je, lepas tu terus direct belah lelaki nyatakan hasrat nak masuk meminang & tanya belah perempuan macam mana.
Saya neves tapi jawab apa yang ada dalam kepala. Bincang punya bincang, semua berjalan lancar. Tanpa skrip saya jawab satu persatu semua persoalan. Dari segi hantarannya, walinya, masa nikahnya, berapa lama tempoh bagi pihak lelaki & apa masalah yang ada. Mula-mula memang kecut perut, tapi bila dah selesai, lega. Saya pun tak sangka, ini pengalaman berharga bagi saya.
Saya yakin, urusan begini tak ramai kawan-kawan sebaya saya boleh rasa. Saya umur 29, saya sendiri belum khawin. Tapi atas dasar saya ketua keluarga & mak saya 100% harapkan saya sebagai tengkalai-nya. Mujur semua berjalan lancar. Selesai majlis, kami buat doa-doa sikit & makan-makan sikit.
Pengalaman Mematangkan Saya
Selesai makan-makan, sembang sikit sebanyak, saya bergegas ke terminal Pontian. Saya kena balik awal. Keluarga saya menyusul esok pagi. Saya ada urusan di Kuantan, kena balik dulu. Tanggungjawab besar saya dah selesai, semua berjalan lancar. Alhamdulillah.
Kawan-kawan lelaki sekolah sebaya saya semuanya dah bernikah. Dah ada anak pun, sehari sebelum itu, dapat pula berita seorang lagi turut melangsungkan pernikahannya di Kota Bahru. Jadi tinggallah saya seorang sahaja sekarang masih bujang. Saya percaya urusan nikah kahwin kawan-kawan saya semuanya dibuat oleh orang tua masing-masing. Jadi saya lebih dulu berpengalaman deal untuk akak saya, tak perlu ada anak sendiri nak rasa nevesnya deal nikah kahwin.
Saya ketua keluarga, dari segi kewangan & tanggungjawab memang semuanya di bahu saya sekian lama. Tanggung jawab mengajar saya matang dalam berfikir. Melihat sesuatu ke hadapan lebih dulu berbanding rakan-rakan seusia. Saya bersyukur, diberi ujian menggalas tanggung jawab ketua keluarga seawal usia 20-an lagi. Ayah & mak saya berpisah awal, buatkan daya tahan saya kuat. Dan semoga urusan lepas ini buat saya mengalas tanggungjawab di permudahkan. Sama ada sebagai anak lelaki ataupun suami orang satu hari nanti. Amin..