Offer Untuk Alumni

Minggu ini, saya berpeluang untuk recharge semula ilmu NLP. Ada program NLP untuk batch baru, tapi menariknya ada tawaran menarik untuk alumni yang pernah sertai NLP untuk recharge semula ilmu. Dengan bayaran yang sangat murah & tak masuk akal. RM 450 untuk 5 hari. Sepatutnya kelas 5 hari ini harganya rm 3-4 k. Bila tengok offer, saya tak fikir panjang. Terus buat bayaran & sahkan kehadiran.

Kenapa Nak Recharge?

Bagi saya, hidup ini macam bateri. Kena selalu charge. Kalau tak, diri kita rasa lemau & tak bermaya. Tambah-tambah NLP banyak mengajar saya perkara baru. Mengajar saya melihat kehidupan ini lebih luas & tersusun. Seriuosly, NLP banyak membantu saya untuk kenal hala tuju hidup saya. Walaupun kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang, tapi tak bermakna kita perlu menyerah pada takdir bulat-bulat. Manusia wajib merancang. Dan sudah tentu, sebaik-baik perancang adalah Tuhan yang Maha Esa. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya. Namun begitu, menyerah segalanya pada takdir adalah tindakan orang bodoh.

Islam mengajar kita berusaha, mengejar kejayaan. Kalau tak, manakan dalam azan yang 5 kali sehari dilaungkan lafaz “Marilah Menuju Kejayaan”. Umat islam sepatutnya bangsa atau umat yang paling berjaya di dunia sepanjang zaman kerana kita sentiasa diingatkan 5 kali sehari dengan seruan menuju kejayaan. Dan kita dah pun membuktikannya pada zaman kegemilangan Islam pada masa lampau. Sayangnya sekarang kita adalah bangsa yang terkebelakang sekali dalam segala aspek hari ini.

NLP Malaysia, Centre of Excellence

Hari ini saya banyak refresh semula apa yang saya pelajari sebelum ini. Namun kali ini, kelas semakin kecil. Jadi fokus lebih senang & sangat interaktif. Banyak persoalan yang selama ini membelengu hidup saya akhirnya terjawab.

Nasihat Untuk Anak Muda

Saya orang muda. Dan saya tahu apa yang orang muda mahu. Kami nak kebebasan. Dan dalam mencari kebebasan itu, ramai yang tersalah langkah. Lebih malang, yang tersalah itu menyangka jalan itulah yang betul & terbaik. Hari ini bukanlah suatu yang pelik jika kita perhatikan betapa teruknya masalah sosial yang melanda anak-anak generasi sekarang. Semakin pelik & semakin menakutkan. Ramai yang hilang jati diri sama ada jati diri bangsa mahupun agama.

Kita melaungkan yang Islam adalah satu cara hidup yang terbaik & jawapan untuk dunia. Tapi dalam masa yang sama, kita sendiri penuh dengan masalah. Bergaduh sesama sendiri hingga berbunuh-bunuhan walaupun dalam isu-isu kilafiyah. Kafir mengkafir sesama sendiri. Tak usah cerita tentang kemajuan. Kita mendabik dada yang kita adalah sebaik-baik contoh & solusi untuk semua penyakit yang ada di dunia hari ini. Tapi kita sendiri berpenyakit.

Saya teruja bila Tuan Hj Fadzli berkongsi cerita tentan Prof Dr Daud Bakar, pakar perbankan & mualamat Islam yang tersohor dalam dunia akedamik Islam. Kita katakan Barat adalah satu punca perosak untuk tamadun manusia hari ini & dalam masa yang sama Islam adalah jawapan-nya. Hanya Islam jawapan untuk semua kerosakkan yang ada di dalam dunia hari ini. Tapi, cuba kita bayangkan, katakan hari ini, Amerika & Eropah hancur binasa & tinggal Islam sahaja yang ada. Apa yang Islam boleh tawarkan untuk kesejahteraan umat manusia hari ini? Teknologi? Pengurusan negara? Politik? Kewangan? Kemajuan dalam bidang sains & perubatan? Tiada! Kerana kita sendiri ketinggalan dari segala benda.

Saya tertarik dengan cerita lain, bagaimana seorang pemuda Jepun yang mengembara ke Timur Tengah & menaiki teksi untuk ke destinasi. Teruja bila mana pemandunya berhenti di tengah perjalanan semata-mata untuk mengerjakan solat di tepi jalan. Pemuda Jepun itu sangat kagum dengan sikap pemandu teksi yang sanggup mengetepikan urusan dunia semata-mata tanggungjawabnya pada “Sang Penguasa”. Dan menguatkan keinginannya untuk bertanya tentang Islam. Tapi keinginan & rasa hormat itu hilang bila tak lama kemudian, dengan selamba pemandu teksi itu memaki pemandu lain & membuang sampah dari tingkap kereta tanpa ada perasaan bersalah.

Lihat, bagaimana kita mahu memberi jalan pada orang lain jika kita sendiri tak belajar untuk memberi tauladan yang baik, tak mahu mengubah cara kita berfikir, cara kita menguruskan hidup seharian. Belum cerita bab rasuah & lain-lain. Semua itu, kitalah juaranya.

Untuk Anak Muda

Saya sarankan anak-anak muda belajar NLP. Ia membantu kita clear dengan apa yang kita mahu. Membentuk jati diri bangsa & agama. Kenal hubungan kita dengan pencipta. Namun, bukan NLP sahaja jawapan bagi hidup ini, bukan itu yang saya maksudkan. Terlalu banyak cara sebenarnya, tapi kaedah ini antara yang paling pantas untuk kita ubah hidup kita. Saya pun masih banyak yang saya peru ubah. Masih banyak ilmu yang kena saya upgrade & pelajari. Belajar ini tak pernah habis. Teruslah mengembara menuntut ilmu. Beza antara orang berilmu & tidak ialah, yang mana “Si bodoh” itu akan menjadi makanan atau lauk buat “Orang yang ada ilmu”. Jadi sekarang terpulang pada kita. Mahu dimakan atau diratah. Atau sebaliknya.