Ukay’s Perdana, NLP Basic Practioner
2 hari kelas recharge NLP di Ukay’s Perdana sangat mengujakan. Saya berkenalan dengan seorang insan hebat. Tuan Airol Irwan Limin. Penulis buku ‘Zero To Hero’. Seorang trainer & perunding motivasi yang banyak memfokuskan tentang wanita. Tuan Airol juga penulis buku ‘Perisai Untuk Wanita’. Buku tentang bagaimana seorang wanita perlu tahu perkara-perkara yang boleh melindungi mereka dari segala jenis ancaman. Terutama pada zaman yang serba mencabar ini, cabaran unutk menepis segala bentuk godaan & serangan dari si buaya darat.
Saya bukan nak ulas panjang lebar tentang buku, sebab saya sendiri baru beli dari Tuan Airol & belum habis membacanya pun lagi. Tapi perkenalan dengan Tuan Airol lebih kepada perkongsian pengalaman. Tuan Airol seorang yang terlibat dalam dunia trainer & berjumpa dengan ramai orang. Banyak ilmu yang dikongsikan kepada saya & sangat menarik. Paling menarik apabila Tuan Airol bercerita tentang bagaiman cara untuk mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam. Bila buat sedikit soal selidik, Tuan Airol boleh menceritakan perihal diri saya dengan agak detail. Bila ditanya bagaimana, rupanya ada teknik kajian yang dilakukan di dunia barat & kajian ini melibatkan ribuan ‘case study’. Hanya dengan melihat mata & menjawab beberapa soalan, Tuan Airol mampu menceritakan tentang kecenderungan diri saya yang saya sendiri tak perasan sebelum ini.
Kekuatan & Kelemahan Diri
Bukan tak sedar selama ini, tapi saya tak pernah pun peduli tentang sikap saya. Saya merasakan yang saya sentiasa betul & sukar menerima nasihat & pandangan orang lain. Yang menarik, bila kita tahu kekuatan & kelemahan diri sendiri, secara automatik kita tahu pada siapa kita boleh berkongsi kekuatan & menyandar bahu bila ada masalah. Saya seorang yang ego-nya agak tinggi. Tapi saya tak sedar yang ego itu hanya menyekat kemampuan saya untuk pergi lebih jauh. Hari ini, baru saya tahu yang saya sepatutnya merendahkan ego kalau nak pergi lebih jauh. Bukan sekadar nak berjaya tapi untuk saya mencari ketenangan, saya harus turunkan ego & mula meminta bantuan. Manusia diciptakan berpuak-puak & bukan nya bersendirian.
3 hari ini yang singkat. Minggu depan 16 & 17 Dis ada lagi lanjutan kelas NLP. Saya nak gunakan kesempatan yang ada untuk terokai & korek apa sebenarnya kekuatan & kelemahan diri sendiri. Lama saya mencari apa yang saya mahu dalam hidup ini. Tapi mencari sesuatu tanpa ilmu sama sahaja seperti meraba dalam gelap. Tak ada arah tujuan. Sedar-sedar tangan terkena tahi ayam . Padan muka.
Okay, jumpa lagi minggu depan. Nanti saya cerita apa ‘hidden strength & hidden weakness’ saya. Jumpa lagi