Nenek Uzur
Sebulan kebelakangan ini, progress bisnes saya agak stagnance. Mendatar. Tak naik & tak turun. Mungkin sesetengah orang, it’s okay-lah. Tapi untuk bisnes owner, it’s not good. Dari segi ilmu, saya dah belajar banyak perkara baru dalam masa 3 bulan kebelakangan ini. Hampir setiap minggu ada sahaja kelas yang saya attend. Tapi macam biasa, kita merancang & Tuhan juga merancang.
Tapi tak lah bimbang sangat pelaburan masa & wang ringgit yang saya laburkan tak membuahkan hasil dalam masa terdekat. Pengalaman lalu mengajar saya yang setiap ilmu yang dipelajari, kalau tak dapat guna sekarang, In Sya Allah kita boleh guna masa akan datang. Yang penting, pelaburan menuntut ilmu mesti diteruskan. Secara konsisten.
Saya belajar dari pengalaman saya sendiri. 5 tahun lalu, ketika saya masih tercari-cari hala tuju hidup, saya belajar banyak perkara sama ada dalam bisnes atau dalam kehidupan. Ribuan ringgit habis, tapi bila balik, saya sedar yang saya tak faham banyak perkara. Dan masa berlalu begitu sahaja tanpa ada pencapaian yang boleh saya banggakan atas semua ilmu yang saya peroleh. Tapi, bila masuk setahun kebelakangan ini, baru saya faham apa yang saya belajar 5 tahun lalu. Kadang-kala, ilmu itu kita tak dapat praktikkan terus. Atas banyak faktor, mungkin kurang matang, kekangan ekonomi & sebagainya. Namun bila tiba masanya, barulah kita faham isinya. Apa yang saya apply-kan dalam kehidupan sekarang sebenarnya banyak dari ilmu yang saya belajar 5 tahun lepas.
Jadi, soal rugi atau tak melabur untuk ilmu hari ini walaupun tak dapat buat terus, of course jawapan saya tak pernah ada istilah rugi dalam memburu ilmu. Masa akan menetukan segalanya. Walaupun ramai rakan-rakan seguru saya lihat pecut dengan laju sekali setiap kali balik kelas atau seminar. Bagi saya, hidup setiap orang berbeza. Perlumbaan setiap orang dalam hidup juga berbeza. Tak ada guna kita membanding-banding kejayaan kita dengan orang lain. Kesukaran setiap individu berbeza.
Walau apapun, saya bersyukur atas semua yang saya lalui. Sama ada ujian atau cabaran, semuanya bermakna buat saya. Hari ini, progress saya slow sikit, banyak perkara yang saya nak kena handle. Paling memberi cabaran, kesihatan nenek yang semakin merosot, hati tak tenang bila lihat nenek yang semakin uzur. Saya satu-satunya cucu yang tinggal bersama nenek. Semua urusan seharian seperti mandi & makan minum perlukan bantuan orang lain. Masa banyak saya fokus untuk bersama nenek & secara automatik, masa yang ada dibahagi-bahagi antara urusan bisnes & menjaga nenek. Tanggungjawab saya untuk tengok-tengokkan nenek. Moga-moga nenek terus sihat & berleter macam biasa pada saya.
Semoga urusan nenek & bisnes saya dipermudahkan.
Kejayaan sesuatu business tu, bukan terletak pada business itu sendiri, tapi pada ILMUnya. Semoga terus sukses
LikeLike
thanks 🙂
LikeLike