31 Dis 2017
Malam ini malam terakhir sebelum tahun baru 2018. Tahun 2017 banyak perkara yang saya capai secara peribadi. Banyak ‘bucket list’ yang dulunya saya sendiri ragu-ragu sama ada saya boleh capai ataupun tidak, tapi Alhamdulillah dipermudahkan.
Cuma sebulan dua ini, saya macam sasau sikit. Selepas ‘hired’ sorang staff untuk buat kerja-kerja kecil, saya macam tak ada kerja. Bangun pagi tak tahu nak buat apa. Sampai satu tahap, bosan dia melampau-lampau. Kebosanan itu buat saya jadi malas. Dan saya banyak luangkan masa belajar & belajar sesuatu yang baru. Walaupun progress nampak macam tak ada apa-apa, tapi dari segi perjalanan bisnes sebenarnya macam biasa sahaja. Mungkin saya tak biasa lagi jadi bos. Ceh.
Banyak perkara yang saya nak buat. Tapi kekangan pelbagai. Namun so far saya berpuas hati. Jadi secara personal, tahun 2017 mengajar saya banyak benda baru. Mula dari 1st quater time baru-baru nak setup bisnes & 2nd quater perkemaskan lagi sistem. 3rd quater saya mula rancang buat perkara baru & mula attend semula kelas-kelas yang saya teringin nak pergi. Last quater dah ada seorang staff. Cuma last quater bila kerja-kerja kecil orang alin ambil alih. Saya jadi lost sikit.
Apa-apa pun, terima kasih 2017. Beri saya 1 dimensi baru dalam hidup. Kenal dengan orang-orang yang saya tak pernah jangka boleh bersua muka. Terutama guru-guru marketing tersohor yang sebelum ini follow di alam maya sahaja. Walaupun banyak yang manis, banyak juga yang tak dirancang berlaku. Yang negatif pun ada. Rancangan saya gagal untuk ‘next big project’. Nak buat macam mana, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Yang penting kena terus maju ke depan & jangan sesekali berputus asa.
Azam 2018
Pertama, nak publish buku. Minta-minta tahun ini saya dah boleh bergelar ‘AUTHOR’.
Ke-2, setup jenama saya sendiri & company dengan belakang ada SDN. BHD.
Ke-3, ada ruang space saya sendiri. Ada personal office & work station idaman.
Banyak lagi sebenarnya. Tapi cukup 3 ini sebagai target peribadi. Moga-moga 2018 sudi menjadi sahabat karib saya. Mengajar saya lebih matang sebagai hamba Tuhan yang mampu beri manfaat pada ramai orang. Adios 2017.