Azam Baru?
Setiap kali tahun baru, ramai yang pasang impian atau azam baru. Sebagai menandakan bermulanya fasa baru dalam hidup, kita pun akan lihat di ‘wall facebook’ kawan-kawan tentang nak buat itu nak buat ini. Tapi bila sampai akhir tahun, kadang satu pun tak dapat kita capai. habuk pun tak ada. Dan bila masuk tahun depan, kita ulang lagi, lagi & lagi.
Pernah tak fikir kenapa semua azam kita asyik tak dapat kita penuhi?
Salah azam itu atau salah siapa?
Eh, takkan salah kita pula? Kita kan tak pernah buat salah?
Kenapa ada orang yang boleh buat & ada orang tak boleh. Padahal sama sahaja semua orang. Manusia juga. Makan benda yang lebih kurang sama, kerja pun lebih kurang sama. Tapi apa beza antara yang mampu kejar & laksanakan azam dengan orang yang asyik ‘renew’ azam setiap masa?
Cara nak kejar matlamat
Matlamat atau impian sebenarnya boleh kita capai kalau kena caranya. Masalah ramai orang ialah mereka letak matlamat tapi tak tahu macam mana nak ‘keep momentum’ untuk kekal dalam ‘track’ yang betul. Ramai orang berhenti tengah jalan. Tambah lagi bila matlamat itu tak realistik atau terlalu sukar. Bila datang halangan kita mudah ‘give up’ & berputus asa. Last sekali kita salahkan semua orang tapi bukan diri sendiri.
1. Big Why
Untuk kejar matlamat, pertama sekali kita kena tanya diri sendiri sejauh mana matlamat itu penting dalam hidup kita. Semakin penting sesuatu impian itu, semakin kuat semangat kita untuk berusaha mendapatkannya. Sebab itu kita selalu dengar kisah-kisah orang yang berjaya, kebanyakkannya ada kisah sedih atau tragis yang membuatkan mereka payah nak putus asa. Impian mereka begitu penting dalam hidup mereka. Datanglah segala halangan & rintangan sekalipun, ia tak akan sesekali jadi kudis untuk mereka. Malah mereka faham yang ujian itu hanya sementara buat mereka.
2. Goal Plan
Setiap perkara memerlukan pernacangan. Sama ada ia perkara kecil ataupun besar, ia tetap perlukan perancangan. Kita kena sediakan plan, apa yang kita harus lakukan untuk kejar matlamat kita. Mana nak buat dulu, mana nak buat kemudian. Jangan hentam keromo sahaja. Lakukan perkara yang mudah dulu, bila dah biasa dengan yang mudah lakukan pula yang lebih sukar.
Cari sesuatu yang boleh bantu kita kekal fokus sepanjang masa. Mungkin cari kawan-kawan yang positif atau mula baca buku tentang kisah orang-orang yang telahpun berjaya. Ambil sebanyak mungkin pengajaran dari kisah mereka. Tanamkan dalam fikiran, jika mereka boleh, kenapa tidak kita.
Bagi saya secara peribadi, saya suka baca buku yang idola saya tulis. Saya akan baca setiap tulisan beliau, sama ada di ‘wall fb’ beliau atau ceramah yang beliau beri. Saya juga cetak poster idola saya & tampal di tempat kerja saya. Tempat yang boleh saya lihat sepanjang masa. Jadi setiap kali saya lihat poster itu, saya akan ingat pada misi saya. Secara automatik saya akan bertenaga untuk kejar impian saya.
3. Fokus & Dislipin
Ramai orang gagal habiskan apa yang dia mulakan. Itu beza antara orang yang gagal & orang yang berjaya. Sebab itu nisbah orang gagal & berjaya sangat jauh. Displin sangat penting. Ada orang lakukan usaha yang besar tapi cepat lemau. Dia cepat ‘boring’ sebab ‘result’ lambat dapat.
Cara yang terbaik ialah istiqamah. Biar sedikit tapi konsisten. Ya, konsisten. Ia memerlukan displin yang tinggi untuk kekal konsisten. Kalau kita mampu konsisten berdisplin lakukan perkara yang kita mahukan, ia akan jadi satu habit. Ia akan jadi natural.
Fokus juga penting. Masalah ramai orang ia tak fokus. Selalu tukar-tukar matlamat. Tak jelas sebenarnya apa yang dia mahu. Kalau kita rajin setara manapun, kalau tak fokus semua benda tak jadi. Kita kena selesaikan satu persatu impian kita. Slow & steady. Bila dah capai satu, baru buat yang kedua. Begitulah seterusnya.
4. Doa & Tawakal
Ini yang terakhir. Tugas kita hanya berusaha. Soal berjaya dapat ataupun tidak, itu ketentuan Tuhan. Kalau kita dah berusaha dengan betul, cara dah betul, In Sya Allah dipermudahkan. Cuma kalau gagal sekalipun, jangan mudah putus asa. Anggap itu satu proses pembelajaran. At least kita ada pengalaman baru yang kita dapat dalam hidup.
Bukan semua benda kita fikir baik buat kita itu berguna untuk kita. Boleh jadi ia buruk untuk kita. Kita manusia hanya mampu berfikir dengan batas yang Tuhan beri. Akal kita terbatas. Jadi urusan dapat atau tak sesuatu perkara, serahkan pada Tuhan. Kita hanya perlu buat kerja kita sahaja. Tapi apa-apapun usaha dulu ya..
It’s easy to aim if you can see the target..