Apa Nak Takut?

Semakin kita menganjak dewasa, usia makin meningkat, beban di bahu makin terasa. Dan ada antara kita yang gagal dalam mengawal tekanan. Desakan demi desakan membuatkan kita hilang pertimbangan. Lalu tak pelik kalau di dada-dada akbar, kita lihat bermacam-macam kerenah manusia saban hari. Negatif & sangat menakutkan. Tapi kenapa semua itu terjadi?

Kita kadang-kala terlalu takut untuk berhenti sejenak & berfikir tentang perkara positif. Betul kita semua setiap hari disajikan dengan seribu satu masalah. Dan ada ketikanya, kita rasa seolah-olah Tuhan itu tak pernah adil dalam memberi kita cerita kehidupan. Mereka yang gagal & hilang pertimbangan berkemungkinan besar tewas dengan hawa nafsu. Gagal mengurus halangan yang ada. Kita berfikir terlalu banyak, kenapa ini & itu terjadi pada kita? Kenapa tak pada orang lain? Kenapa Si Fulan yang kita kenal hidupnya lebih dari kita? Mewah & berjaya, sedangkan kita?

Zaman sekarang serba mencabar. Tapi cabaran itu datang beserta dengan ganjaran yang sangat besar untuk siapa yang memandang dari sudut ‘besarnya peluang’. Cabaran yang sama juga boleh dilihat sebagai masalah yang paling teruk datang dalam hidup jika kita melihat dari sisi sebaliknya.

Kita Sama, Semua Ada Masalah.

Kita semua ada masalah tersendiri. Lebih kurang sama sahaja masalah kita. Dan yang pasti, kita semua ada 24 jam yang sama. Tapi apa yang membezakan antara pengambil peluang & yang melihat semuanya ‘masalah’? Kenapa 24 jam kita tak dapat bantu kita naikkan taraf hidup kita seperti yang mana kita dambakan? Kenapa 24 jam yang sama oleh orang lain elok sahaja digunakan sebagai ‘tool’ untuk meraih semua impian yang mereka mahu?

What’s Your Problem?

Masalah kita, kita terlalu berfikir tentang ‘masalah’. Melihat itu sebagai 1 halangan & ketidak-adilan Tuhan melayan kita. Tanpa kita sedar & perasan Tuhan ada sebab memberi kita sesuatu, Tuhan tak akan menguji hambanya melebihi dari kadar kemampuan hambanya. Dan orang yang melihat dari sudut yang sebaliknya, semua itu hanyalah satu halangan yang mana kalau kita bersabar & berusaha mencari jalan, pasti ada ganjaran pada setiap yang datang.

So, walau apa pun yang ada di depan kita, baik ataupun buruk pada pandangan kita. Cuba belajar bertenang. Lihat dari sudut yang berbeza. Tak ada apa yang perlu ditakutkan. It’s just a challenge for us. Soal kalah atau menang tak timbul. Kalau kita tersalah langkah, at least kita belajar sesuatu & ia mematangkan kita. Kalau kita menang atau berjaya mengatasinya, ia bonus & ganjaran buat kita. Jadi tak perlu terlalu takut dalam menghadapi hari mendatang. Just relax & don’t worry so much…