Seminar My Document
Minggu lepas. 14 Jan 2018, minggu kedua untuk tahun baru saya berpeluang attend 1 seminar tentang pengurusan bisnes. Speakernya Tuan Abdul Basit, seorang anak muda yang berjiwa besar. Sarat dengan ilmu & pengalaman. Walaupun lebih muda berbanding saya, harus saya akui yang pengalamannya melebihi saya dalam dunia bisnes. Perginya tinggi & jauh. Dan jatuhnya cepat & menjunam. Cerita & pengalaman mahal yang tak ramai anak muda zaman sekarang lalui. Orang muda sekarang banyak hanyut dengan dunia yang tak ada kesudahan, dunia hiburan. Orang muda sekarang cepat melatah & mudah lupa diri.
Tuan Basit mengajar & berkongsi tentang pengalamannya mengurus bisnes. 1 ilmu yang saya nak belajar sudah sekian lama. Bila duduk dalam dewan, mendengar celoteh & bebelan si speaker, ia seperti menghentam saya. Dari dalam & luar. Baru saya sedar yang begitu banyak kesilapan yang telah saya lakukan dalam bisnes. Keberanian sahaja tak berguna. Dalam bisnes, keberanian perlu disertakan dengan kebijaksanaan. Jangan cuba merempuh melulu tanpa ada ilmu di dada. Dan kebijaksanaan hanya boleh kita raih bila kita sedia untuk menjadi matang. Dan menjadi matang memerlukan kita belajar & terus belajar, sedia diuji & kental bertahan.
Realiti Vs Fantasi
Dunia bisnes tak semudah & seindah seperti drama TV3 pukul 7 petang. Bukan begitu, drama hanya khyalan. Bullshit. Kita disajikan dengan cerita yang jalan ceritanya sama. Kisah CEO muda & bla bla bla. Cerita cinta gadis muda bercinta dengan CEO handsome & muda. Ada bisnes berjuta & semuanya indah-indah belaka. Padahal realitinya tak begitu. Dunia berniaga penuh pancaroba. Penuh dengan risiko & beserta dengan peluang.
Dengan belajar kita menjadi lebih berilmu. Mampu mengawal nasib diri dengan lebih tenang. Tahu apa yang perlu dilaksanakan. Hari ini saya belajar sesuatu yang baru tentang pengurusan bisnes. Betul ia ada risiko, tapi risiko itu bukan untuk ditakuti & mengambilnya secara membabi buta. Dengan ilmu pengurusan bisnes yang betul, risiko itu boleh dikawal. Boleh di ‘control’. Semua boleh adjust. Ilmu adalah rezeki yang paling berharga. Lebih berharga dari wang ringgit & ia pelaburan yang paling berbaloi.
Jika tanya saya, pelaburan apa yang paling untung masa sekarang, jawapan saya pelaburan ilmu. Mungkin tak semua yang kita belajar sekarang terus kita dapat aplikasikan serta merta, tapi ilmu itu ada di dada & kita bawa kemana-mana. Ia tak hilang. Siapa tahu setahun atau 2 tahun nanti baru kita boleh guna. Pengalaman saya sendiri, tahun lepas saya mula nampak apa gunanya semua ilmu yang saya belajar 4 tahun lepas. Sebelum ini rasa macam ‘useless’ sahaja pergi seminar itu seminar ini. Sebab banyak yang tak boleh nak buat. Tapi bila tahun lepas saya banyak ber’eksperimen’ dengan segala ilmu yang saya pelajari 4-5 tahun lepas, ia sangat membantu. Jadi tak rugi pun kita belajar & terus belajar.
Kenapa Kita Takut?
Kita kadang-kadang takut nak melakukan sesuatu. Bukan kerana kita ini memang penakut, tapi kerana kita kurang berkeyakinan. Kita tak yakin sebab kita tak ada ilmu yang betul. Secara perbandingan, sebab orang yang gajinya 1,000 sebulan hanya maintain 1,000 sebulan. Tak ada peningkatan. Sebab ilmu yang dia ada mampu beri dia 1,000 sahaja sebulan. Katakan dia nak lebih, jadi secara logiknya dia kena upgrade ilmu & pengetahuannya supaya dapat 2,000 sebulan. Begitulah seterusnya. Itu lumrahnya.
Seminar sehari itu banyak melukai hati saya sebagai orang bisnes. Kata-kata Tuan Basit pedas & menghiris. Tajam & menusuk buat sesiapa sahaja orang bisnes yang mendengar. Kerana itu kesalahan-kesalahan normal buat kami. Kadang-kala kita tak pernah sedar pun yang itu kesalahan, rasa macam tak salah. Tapi bila dah ditampar ke muka, baru nak sedar diri.
Bagi saya, perjalanan masih jauh. Langkah pun tak seberapa banyak. Masih bertatih, jadi saya tahu yang saya wajib attend untuk kelas seterusnya. Mastery My Document. Jumpa lagi disana, nanti saya bebel sekali lagi. Adios..