Khamis, 25 Jan 2018, Villa 23

Hari ini hari pertama untuk Mastery My Document. Kelas tentang pengurusan bisnes. Jujur, ini kelas management paling menarik pernah saya attend. Sangat berbeza dengan kuliah membosankan waktu di universiti dulu. Seawal 8:30 AM sampai ke petang, masa berlalu sangat pantas. Tak terasa. Bagi saya, kelas sebegini lebih nilainya dari MBA 3 tahun. Kerana ilmunya based kepada praktikal & realiti.

Bukan sekadar retorik yang sukar difahami & sangat payah untuk dihadam. Apatah lagi jauh dari apa yang digambarkan seperti dalam drama TV3 pukul 7 malam. Cerita CEO muda yang kaya raya & macam tak ada masalah langsung pasal bisnes, yang ditonjolkan indah-indah belaka. Bukan saya kata MBA itu tak bagus, tapi secara peribadi untuk usahawan, kelas-kelas seperti Dr Azizan, Tuan Basit & seangkatan dengannya itu lebih mesra usahawan. Dan bukan juga drama TV3 itu semuanya tak betul, tapi banyak dongengan dari realiti.

Realiti Hari Ini..

Cuba bayangkan selama ini graduan diajar tentang pengurusan atau ilmu perniagaan dari buku tebal dengan jargon-jargon yang sukar difahami. Dan diajar oleh tenaga pengajar yang tak pernah pun menjual. Kita hanya belajar demi sekeping sijil & untuk menjawab peperiksaaan sahaja. Sekali lagi saya nyatakan, saya tak anti sistem pendidikan yang sedia ada, tapi ia tak mesra usahawan. Sistem pendidikan sedia ada hanya sesuai untuk menghasilkan para pekerja, bukan usahawan. Untuk lebih memahami maksud saya, ada buku yang sesuai sebagai rujukan. Buku teks bagi usahawan, “Rich Dad Poor Dad” tulisan Robert Kiyosaki.

Berbalik pada hari pertama saya di Mastery My Document. Ia seperti jangkaan saya berdasarkan feedback kawan-kawan yang pernah attend. Ia menghiris perasaan & mengguris hati usahawan. Ditampar-tampar & dipulas-pulas telinga rasanya. Kesalahan & kesilapan rasa seperti dibogel satu persatu. Tapi semua itu satu pelajaran buat saya. Saya masih baru & masih bertatih berbanding dengan usahawan-usahawan otai lain, jadi kelas sebegini sangat bermakna buat saya. Persediaan untuk saya siap siaga untuk turun berperang di arena niaga buat masa akan datang.

Fakta vs Auta

Banyak perkara baru. Sisi gelap & terang, potensi & risiko cerita bisnes yang saya belajar hari ini. Makin ke petang kelas, makin rasa diri bodoh & dungu. Terlalu banyak yang saya daif tentang bisnes. Selama ini saya terlalu sibuk untuk perkara-perkara kecil yang sepatutnya tugas itu dilakukan oleh orang lain. Ia bukan tugas & tanggungjawab hakiki saya sebagai owner yang run bisnes. Hari ini membuka mata saya yang kerja saya bukan untuk perkara remeh temeh, sebaliknya untuk sesuatu yang lebih besar.

Masih Hari Pertama

Masih ada 3 hari & hari pertama ini hanya sebagai pengenalan tentang cerita sebenar dunia bisnes. Momokan & auta perlahan-lahan dah bertukar kepada realiti & fakta. Penuh dengan data. Dan dengan data & realiti inilah sebenarnya senjata paling kuat untuk menjadi kubu & askar bagi sesuatu bisnes itu pergi lebih jauh ke medan perang. Gagah & berani. Kerana tahu apa nak dituju & jelas strategi nak dirangka dengan berpijak di bumi yang nyata. Kita berani bila kita tahu kekuatan & kelemahan diri sendiri. Kukuhkan kekuatan yang sedia ada & perbaiki kelemahan diri dengan ilmu.

“Jika kita mengenal diri dan musuh kita, kita tidak akan kalah dalam seratus pertempuran”

Art of War, Sun Tzu