Sabtu, 27 Jan 2018, EV World Cyberjaya

Sedar tak sedar, dah 3 hari berlalu. Dan esok hari terakhir, masa sangat pantas berlalu. Tapi itulah kehidupan, tambahan pada zaman yang serba-serbi perlukan kelajuan. Speed. Kalau kita tak bersedia dengan lajunya perubahan, kita akan jauh tertinggal di belakang. Bila tercicir, bukan senang nak kejar semula.

Hari sabtu ini, bila mana ramai orang bercuti & berehat meluangkan masa dengan kawan-kawan, ahli keluarga & orang tersayang, saya & kawan-kawan seharian pagi ke petang menuntut ilmu. Walaupun penat tapi sangat menyeronokkan. Ditambah lagi bila dapat kenal dengan insan-insan yang jauh lebih hebat dari saya. Belajar dari cerita & pengalaman mereka buatkan saya rasa kerdil & kecil. Tapi saya yakin, In Sya Allah jika saya terus berada dalam track yang saya lalui sekarang, kejayaan tetap & pasti milik saya. Fighting!!!

Hari ke-3

Pagi ini belajar tentang HR. Human Resources. Peri pentingnya HR dalam sesebuah organisasi. Makin banyak belajar, makin yakin untuk melangkah jauh. Betullah kata orang, “tak kenal maka tak cinta”. Dah kenal baru tahu betapa perlunya ilmu pengurusan manusia itu untuk memajukan perniagaan & syarikat. Belajar dari guru yang betul & ilmu yang betul, memberi 1 gambaran baru. Betapa kesalahan dalam menafsir tugas & tanggungjawab “HR” terjawab hari ini.

Paling best tentang kelas kali ini, setiap hari saya diberi pengertian baru dalam setiap pemahaman lama saya. Segala kesongsangan & kecelaruan terlondeh satu persatu. Pengajaran, kadang-kala kita rasa kita tahu banyak perkara, tapi bila disimbah dengan air kebenaran, baru tahu fahaman yang kita letak dalam kepala rupa-rupanya salah & menyongsang. Jadi, lepas ini kena terus menuntut ilmu setiap masa.

Once you stop learning, you stop earning.