Menggapai Impian

Semua orang ada impian. Impian yang besar bagi kita mungkin kecil bagi orang lain & begitulah sebaliknya. Tak ada yang pelik kerana manusia ini pelbagai, ada kemahuan yang berbeza-beza sesuai dengan cara fikir & ‘life style‘ masing-masing. Cuma persoalannya, kenapa ada antara kita yang mudah sahaja capai apa yang dia mahu manakala kita sebaliknya. Saya pernah tertanya-tanya apa rahsia mereka. Dan saya yakin kita semua ada terlintas perkara yang sama.

101 Impian

Saya punya impian yang menggunung. Tinggi & melangit. Tapi sering kali bila masa berlalu pergi, impian tinggallah impian. Berlalu semacam itu sahaja.

Apa salah saya?

Mana silap saya?

Lama kelamaan saya mula ‘give up‘ & berputus asa. Lebih teruk saya menyalahkan semua benda. Salah orang lain yang tak ‘support’ saya, salah keluarga, salah kerajaan & paling teruk ini semua salah Tuhan. Kenapa beri dunia ini tak adil bagi saya. Atau orang yang seperti saya. Kami tercari-cari jalan untuk memenuhi hasrat hati. Kadang kala bukan saya tak berusaha, malah rasanya lebih kuat dari individu lain. So, kenapa Tuhan tak permudahkan?

Apa Yang Harus Kita Fahami?

Masa yang berlalu sudah pastinya memberi pengalaman buat manusia. Dan manusia harus jadi bijak. Secara lumrah sifirnya harus begini, makin tua kita, makin tajam & makin matang sepatutnya kita. Begitu juga saya. Makin saya banyak belajar & berjalan, makin saya faham tentang hidup ini. Kenapa saya gagal & gagal sebelum ini. Kenapa Tuhan mengatur hidup & ujian yang sebegitu kepada saya. Disini saya nak kongsikan sedikit pandangan saya.

Hidup Ini Tak Adil?

Ya, hidup ini memang tak adil. So what? Kita semua tak dilahirkan sama. Hatta pasangan kembar seiras sekalipun, pasti ada perkara yang berbeza. Tuhan itu memang anugerahkan kita berbeza-beza. Masing-masing ada kelebihan & kekurangan tersendiri. Kalaulah kita harapkan semua orang diberi perkara yang sama, ia akan menimbulkan masalah di muka bumi ini. Sebagai contoh, katakan semua manusia diberi kekayaan yang sama sahaja, bayangkan semua orang kaya, siapa yang nak jadi pekerja. Sebaliknya juga jika semua orang yang ditakdirkan miskin, siapa yang akan menjadi ketua atau pemangkin ekonomi. Saya harap yang membaca faham maksud saya. Dunia ini akan ‘stuck‘.

Dalam ketidakadilan ini juga akan memberi manfaat serta peluang pada yang melihat dari sudut berbeza. Contohnya, seandai saya sudah ditakdirkan lahir dalam keluarga susah, tapi melihat ini sebagai peluang untuk saya berusaha & terus rajin mengubah hidup, pasti Tuhan akan beri ganjaran berdasarkan apa yang saya usahakan. Dan ketidakadilan itulah yang akan memberi jawapan kenapa Tuhan beri saya ujian ini & tidak pada orang lain.

Melihat dari sudut terbalik juga akan memberi saya perspektif yang Tuhan sudah berlaku adil pada saya. Sebenarnya tak ada istilah yang betul. Sama ada adil ataupun tidak hidup kita, ia bergantung pada cara kita memilih untuk memakai kaca mata yang mana. Kalau kita melihat dari sudut positif, soal adil ataupun tidak itu tak timbul. Sama juga sebaliknya.

Personally, ya bagi saya hidup ini memang tak adil dari satu sudut. Namun adil dari satu sudut yang lain. Saya mengambil kedua-duanya sebagai imbangan saya dalam memahami hidup yang fana ini. Jadi terpulang pada anda, mahu faham yang sebagaimana. Tak ada yang salah & betul, yang ada mungkin sekadar salah falam atau ‘misunderstanding the conception’.

Terus Bermimpi

Untuk saya, apa pun yang berlaku impian harus terus kita kejar. Hidup ini sia-sia kalau dibazirkan begitu sahaja tanpa beri manfaat pada manusia lain. Sebenarnya, bila kita kejar impian & dapat capai sesuatu, ia bukan sekadar untuk kita. Ia melibatkan insan-insan yang ada disekeliling kita. Dengan tercapainya impian kita, pasti ada insan yang boleh menumpang sedikit sebanyak rezeki dari kita.

Contohnya sebagai inspirasi atau pengajaran, boleh jadi ada orang yang berkongsi impian yang sama. Dan bila kita mula kongsikan pengalaman kita sepanjang mengejar impian, ada orang yang boleh belajar & dari pelajaran itu manalah tahu mereka mampu ubah nasib keluarga mereka. Siapa tahu kan? Jadi, jangan sesekali berhenti mengejar impian. Terus maju belajar & belajar. Cari & raih semampu mungkin. Cuba beri manfaat sedaya mungkin. Jom, teruslah berlari.