Sambung menulis…
Lama sudah tak menulis. Dicampur sibuk & bermalas-malasan. Itulah saya. Kadang kala, untuk memulakan sesuatu itu mudah, yang sukar adalah untuk kekal kosisten. Formula kejayaan itu senang untuk kita faham, namun untuk kekal dalam laluannya bukanlah sesenang memahaminya semata-mata. Tambahan kita atau saya ini manusia biasa, ada pasang surutnya.
Banyak perkara berlaku sepanjang masa saya berhenti menulis. Ada kelas & seminar yang saya sertai. Dari kelas pengurusan bisnes, pengurusan manusia, IMKK Dr Azizan & seminar hartanah. Kalau nak diikutkan banyak yang saya harus kongsikan melalui penulisan, tapi itulah, sibuk campur malas, apa pun tak ada.
Hari ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya ambil 1 ujian personaliti diri. Satu ujian mengenal karakter diri kita. Malah ujian ini boleh kita lakukan pada orang lain. Dan yang bagusnya, bila kita sudah kenal karakter itu, kita boleh ‘hijack the system’. Contohnya begini, kalau kita tahu yang kita ada risiko nak kena kencing manis, jadi kita secara sendiri akan mula jaga makan & kawal apa yang masuk dalam perut kita. Lebih kurang begitulah. Dan ujian ini banyak di luar, saya cerita pengalaman & pendapat saya, untuk ambil, pandai-pandailah ya.
D. O. P. E Test
DOPE test ini ialah tentang mengenal karakter kita sama ada cara kita berfikir, penerimaan kita atau respon atas sesuatu yang berlaku & boleh jadi sains psikologi kenapa kita bertindak begitu & begini. Sebagai contohnya, saya seorang yang cepat marah & baran kalau kerja tak siap, terutama kalau tugasan itu dilakukan oleh orang bawahan saya. Ada sahaja yang tak kena. Ini menghantui saya lama, dari zaman sekolah ke universiti. Menurun sampai ke alam pekerjaan sehinggalah ke dunia bisnes.
Yang kedua, saya cerewet dengan kesempurnaan. Bukan ‘perfectianist’, tapi skala kesempurnaan saya agak tinggi. Jadi tak hairan kalau saya bekerja seorang diri, saya boleh menghasilkan hasil tugasan yang berkualiti tinggi berbanding bekerja dalam kumpulan.
Ketiga, saya tak gemar pandangan saya dibantah melainkan diberi penerangan yang jelas & solid yang pandangan saya salah. Saya sanggup berbalah untuk menegakkan pendirian saya. Sifat sebegini kadang kala membuatkan orang melihat saya seorang yang selalu nak betul ataupun perongos. Ini antara contoh yang sangat ketara dalam diri saya. Tapi semua sifat saya ini saya rasa ianya semulajadi & bukannya dibuat-buat. Saya tak faham kenapa ada orang yang lembik atau cepat mengalah. Bagi saya orang seperti itu tak ada pendirian. Itu apa yang saya pegang selama ini.
Selepas D. O. P. E Test
Selesai ujian, baru saya faham kenapa saya bersifat begitu. Ya, itu memang sifat semualajdi manusia. Tapi seperti yang saya kata, bila kita faham kita boleh ‘hijack the system’ hatta sistem diri kita sendiri. Sebelum itu saya kongsikan apa kebenda test ini. Ujian ini adalah ujian karakter individu terutama di tempat kerja. Dan karakter kita ditentukan oleh sifat 4 jenis burung yang berlainan.
Dove- Burung Merpati
Owl- Burung Hantu
Peacock- Burung Merak
Eagle- Burung Helang
Burung Merpati (Dove)
Burung Merpati kerapkali dianggap sebagai icon yang memiliki makna perdamaian, kasih sayang dan kelembutan, begitu pula karakteristik seseorang dengan keperibadian ini. Kerana itu simbol keamanan digunakan & difahami dengan simbol merpati di seantero dunia. Ia simbol universal.
Di dalam dunia kerja, burung merpati merupakan pihak yang mudah memiliki rasa simpati, suka menolong, dan dapat menjadi anggota tim yang baik. Terlebih lagi, sifat ramah burung merpati menunjukkan mereka sangat senang untuk menambah teman baru.
Kekurangannya, mereka cenderung memiliki sikap asertif (selalu mementingkan perasaan orang lain) dan juga tidak berani dalam mengambil risiko.
Solusi: Semua sifat ada pro & kontra-nya. Kita harus belajar apa yang penting & terbaik untuk orang lain bukan semata menjaga perasaan orang lain. Betul kita harus menjaga hati ramai orang, tapi sekali sekala harus tegas & memberitahu apa yang terbaik walaupun hakikatnya pahit.
Sifat merpati yang mementingkan perdamaian kadang kala boleh membuatkan dia akan memendam rasa, walaupun sesuatu perkara itu salah atau tidak bagus untuk syarikat atau perhubungan, namun atas dasar tidak mahu melihat perpecahan berlaku, si merpati tidak suka berterus terang atau mengkritik.
Untuk merpati menjadi seorang leader, agak sukar. Kerana itulah, seandainya kita seorang “leader” & tahu kita rupanya seorang merpati. Pandai-pandailah cari jalan untuk belajar mengkritik atau memberi pandangan. Kalau tak, kita boleh lihat kadang-kala, bos Si Merpati dilihat lembik & ada sindrom “Eh, tak apalah”. Dan ini sangat berbahaya. Jadi merpati kena atur strategi untuk transform jadi “merpati liar atau merpati ganas sekali sekala.
Terutama jika ada orang bawahan yang menjadi tanggungjawab kita untuk ‘guide’ mereka untuk maju ke depan. Mungkin boleh gunakan cara yang berhemah sesuai dengan sifat kita.
Burung Hantu (Owl)
Sesuai dengan karakteristik yang digambarkan burung hantu, seseorang dengan karakteristik ini merupakan seseorang yang bijaksana, perfeksionis, serta memiliki pemikiran yang logis. Selain itu, burung hantu memiliki rasa ingin tahu yang tinggi dan termotivasi akan ilmu pengetahuan. Secara pekerjaan, burung hantu sangat detail dengan tiap pekerjaanya dan harus diselesaikan dengan baik. Sayangnya, dengan sikap perfeksionis ini burung hantu menjadi tidak fleksibel dan dapat memakan waktu lama dalam merencanakan suatu hal. Sikap ini juga membuat mereka cenderung tidak berani mengambil resiko yang terlalu besar.
Solusi: Betul kita detail & agak strict akan kesempurnaan. Tapi kita harus memahami yang orang lain mungkin tak seperti kita. Jadi beri kefahaman pada orang bawahan atau orang lain apa yang kita mahu, KPI kita. Bantu secara jelas bagaimana cara & apa yang kita mahu. Beri alasan munasabah supaya mereka jelas kenapa itu yang kita mahukan.
Terutamanya para bos. Jangan marah tak tentu pasal. Kadang mereka tak nampak yang perkara itu penting pada mereka. Kita mungkin boleh serahkan amanah pada orang faham kita & berikan tugas penerangan pada orang lain pula yang mesra dengan pekerja & lebih memahami pekerja.
Burung Merak (Peacock)
Dengan keindahan corak bulu dan keberaniannya saat hujan, burung merak dikarakteristikan menjadi seorang dengan memiliki sifat pemimpin yang berkharisma. Burung merak juga dikatakan memiliki sifat optimis yang baik, antusias dan passionate pada tiap hal yang dilakukan. Mereka juga suka menonjolkan diri dalam majlis-majlis tertentu. Bersifat mahu menonjol & sentiasa mahu dipuji atas keterampilan mereka. kalau boleh tak boleh orang lebih dari mereka dari segi perhatian. Sayangnya, mereka kurang dalam time management dan sering terkecoh pada hal-hal kecil karena hanya terpaku pada gambaran besar.
Solusi: Merak sukar menonjol & mudah mesra. Mereka yang bersifat merak sukakan perhatian. Beri galakan & pujian & jika mereka ada lakukan kesilapan, jangan menegur di khalayak ramai. Tegur belakang. Jika kita ada pekerja seperti ini, tonjolkan kelebihan sosial mereka sebagai PR sayrikat. Kalau kena cara, mereka bole menjadi duta & pelaris pada syarikat. Macam Datuk Alif Syukri. Merak sangat kan?
Pada individu, kawal penampilan kita. Bersederhana. Kalau tak pun, gunakan untuk kejalan yang positif. Jadi jurujual atau sahabat yang baik. Walaupun kita sentiasa mahukan perhatian, jangan sampai terover ya.
Burung Elang (Eagle)
Sesuai dengan karakteristik naturalnya, seseorang yang memiliki karakteristik burung elang digambarkan sebagai orang yang memiliki fokus yang baik, kuat dan independen. Sikap tersebut membuat seseorang ini tidak takut akan kegagalan atau risiko nantinya. Kekurangan dari sifat burung helang ini adalah terlalu sensitif, tidak fleksibel, dan mendominasi. Mereka juga ego, merasakan ada kelas mereka tersendiri & tak suka berkawan melainkan dengan kalangan mereka. Sangat berani dalam mengambil risiko. Tegas & garang antara karekter meraka. Jangan sesekali mencabar mereka kerana mereka pantang dicabar.
Solusi: Kan biasa dengar, helang dengan helang, pipit sama pipit. Jika kita dapati kita berkarektor helang, dalam bisnes ia sangat bagus. Tapi tak bermaksud kita kena meilih kawan. Belajar untuk kawan dengan semua orang. Kerana kita masih boleh belajar dari pelbagai jenis manusia & belajar dari orang jahat pun satu proses pembelajaran dalam hidup. Hatta tengok orang penipu kita boleh belajar. Hidup ini fleksibel. Berkawanlah dengan ramai orang. Tapi dalam sesetengah perkara, kita harus ada stand atau pendirian kita yang kita tegas & pegang.
Itu pendapat saya. Saya eagle, dalam bisnes saya ada ‘circle’ saya. Dalam pergaulan seharian saya bercampur dengan semua orang. Bila dah tahu , try ejas & fix. Pandai-pandailah ya.
Saya burung apa?
Markah ujian saya cenderung burung hantu & helang. Jadi saya faham kenapa saya seorang yang detail & teliti dalam kerja. Dan juga kenapa saya sering merasakan saya sahaja betul. Ia karakter helang. Terbang tinggi & berkuasa. Orang yang berkuasa akan membuat keputusan & sering merasakan yang dirinya betul. Dia tak suka dikawal atau dengan kata lain sukar bekerjasama dengan pipit atau orang bawahan. Dia ada circle dia tersendiri. Macam kata pepatah, helang sama helang, pipit sama pipit.
Yang menariknya, 2 karakter inilah yang pekerja tak suka. Haha. Kalau saya sebagai boss ada di pejabat, pejabat akan jadi tegang. Pekerja akan rasa tak selesa. Gelak tawa itu akan kurang. Jadi saya faham yang saya perlu adjust sama ada selalu bekerja di luar pejabat atau meletakkan wakil saya di pejabat atau mana-mana solusi yang difikirkan membantu. Lagi satu, helang & burung hantu adalah orang yang mementingkan result ataupun hasilnya. Ya, saya sendiri tak kisah bagaimana proses kerja itu dijalankan, apa yang saya tahu saya hanya mahukan hasilnya. Jadi bagusnya ujian ini, bila kita tahu bagaimana sifat kita sebagai boss, kita boleh hijack dengan cara kita sendiri.
Sama juga bila bos tahu karakter pekerja, kita tahu apa kekuatan & kekurangan mereka. Jadi tugas kita adalah meletakkan ornag yang betul di tempat yang betul. Kadang kala bukan seseorang itu tak boleh buat kerja, tapi mungkin tempat atau posisi mereka tak kena. Jadi sebagi bos, ujian ini sangat membantu & berguna.
Kenapa ambik D. O. P. E Test ?
Saya percaya hidup ini sama seperti satu perlumbaan marathon yang panjang. Saya sendiri secara peribadi percaya yang kita harus mencari potensi diri. Tambah-tambah kalau kita tersepit dengan kehidupan sekarang. Walaupun saya kira saya berpuas hati dengan pencapaian saya sekarang, tapi saya percaya masih banyak ruang & ceruk potensi dalam diri saya masih belum saya tahu. Dan saya kuat percaya kita semua sama. Kita kena mencari dan terus mencari. Kadang bukan kita tak bagus, cuma kita berada di tempat yang salah. mengenal kekuatan & kelemahan diri mengajar kita belajar untuk terus improve siapa kita. Apa yang kita mahu sebenarnya dalam hidup.
Merungut & menyalahkan orang tak meyelesaikan masalah orang. Ujian DOPE Test ini salah satu cara untuk kita faham siapa kita, mana kedudukan yang sesuai untuk kita. Bukan 100% betul, tapi ia kajian yang dah dijalankan ke atas ribuan orang & bila saya sendiri buat saya akui 90% tepat. Jadi syor saya, cubalah buat sekali. Cari di internet cara nak buat test ini. SImple tapi memberi petunjuk untuk kita. Sangat bagus untuk yang mencari-cari apa sebenarnya potensi diri mereka. Saya dah, anda bila lagi?