Cara paling mudah untuk berjaya.
Ya, jawapannya sangat mudah. Dan logik. Kita lebih mudah untuk capai apa yang kita impikan jika kita meniru apa yang orang berjaya lakukan. Kita tak perlu buang masa & tenaga untuk cuba segalanya. Hanya dengan lihat & tiru sahaja. Tapi semestinya kita tak boleh tiru membabi buta, itu tindakan yang kurang bijak. Kerana setiap orang ada karakter tersendiri. Cuma kita harus lihat konsepnya, apa yang dia lakukan & kita boleh cuba sesuaikan dengan kemampuan kita.
1. Membaca
Kebiasaanya orang yang berjaya suka membaca. Jadi kita juga harus membaca. Cuma setiap orang berbeza, ada yang mampu membaca & terus mengamalkan apa yang dia baca, namun ada juga yang lambat tangkap & perlukan masa untuk memahami apa yang dia baca. Pokoknya, membaca tetap kena membaca. Kita ikut apa yang orang berjaya lakukan, tetap jangan terlalu memaksa diri. Lakukan perlahan-lahan. Yang penting konsisten.
Membaca memberi kita ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya. Kita boleh merasai pengalaman orang lain melalui membaca cerita-cerita yang mereka sampaikan. Lagi banyak kita membaca, lagi bertambah pengalaman hidup kita. Kita tak perlu melalui smeua benda, cukup sekadar denagn membaca, kita boleh merasai pengalaman orang lain. Ia sangat menjimatkan masa kita. Tak perlu buang masa dengan mengulangi kesilapan yang pernah orang lain.
2. Menulis
Kalau diperhatikan, menulis juga perkara yang sering dilakukan oleh mereka yang berjaya. Mereka menulis setiap pengalaman mereka, supaya dapat berkongsi pengajarannya dengan masyarakat. Nilai-nilai yang mereka ada dikongsi dalam setiap penulisan mereka. Tun Mahathir antara anak melayu yang sangat rajin membaca & menulis. Tidak hairanlah dia mejadi negarawan ulung yang disegani dalam & luar negara. Ideanya menjadi rebutan & sentiasa dinanti oleh rakan & musuh.
Menulis meningkatkan kredibiliti kita di mata masyarakat. Kerana bukan semua orang mampu menulis. Orang yang rajin membaca belum tentu boleh menulis. Menulis memerlukan masa & tenaga. Memerah otak menyusun ayat. Ia tak semudah yang disangka. Jika tidak, semua orang yang membaca sudah pasti boleh menulis. Ia tidak semudah itu.
Kenapa saya membaca & menulis?
Saya membaca kerana saya ingin menulis. Impian saya untuk menjadi seorang penulis buku. Saya percaya setiap orang ada cerita masing-masing. Tersangatlah rugi jika, pengalaman hidup & pengajaran yang Tuhan beri pada kita, kita tidak kongsikan dengan orang lain. Janganlah jadi kedekut sangat. Kongsikan dengan orang lain.
Saya suka membaca cerita tokoh-tokoh besar. Kadang-kala, jika diperhatikan, sama sahaja kita dengan mereka. Cuma mereka memilih untuk melakukan apa yang kita tidak mahu lakukan. Kehidupan yang mereka pilih memberi pengajaran buat kita.
Tuhan tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Amat rugilah jika kita mensia-siakan apa yang Tuhan aturkan pada kita. Setiap hikmah dalam kehidupan kita jika kita kongsikan dengan orang ramai, ia menjadi saham untuk kita di akhirat kelak.
Baca & Tulis..
👍
LikeLike
thanks lot 🙂
LikeLike