Jumaat, 26 Jan 2018, Villa 23
Hari kedua Mastery My Document. Pergh, saya tak tahu nak cakap apa. Personally, 5 bintang pada sudut peribadi saya. Kenapa? Begini, lama sebelum ini, saya tertanya-tanya, apa sebenarnya rahsia sesuatu perniagaan itu kekal sustaince & pergi jauh. Hari ini saya dah dapat gambaran yang sangat jelas.
Sekali lagi, isi hari ini sangat menarik untuk dikupas. Cerita tentang kepentingan ‘ADMIN’ bagi sebuah syarikat yang baru saya tahu. Usia saya masuk 3 series tahun ini, banyak juga buku-buku tentang perniagaan yang saya telaah & baca, tapi tak ada yang se-detail ini. Walaupun sebeanrnya banyak sahaja buku yang terang detail, cuma mungkin tak terbaca oleh saya, tapi kalau ada pun kebanyakkannya penuh dengan bahasa & istilah yang payah-payah. Terus terang, selama hampir 30 tahun di muka bumi ini, sangkaan saya tugas ‘Si Admin’ sekadar potostat kertas, buat keluar bil & invois. Atau adalah kerja-kerja pengkeranian sikit-sikit. Tapi ternyata jangkaan saya salah. ADMIN lebih dari itu.
Cerita Hari Ini: Analogi Pokok & Putrajaya
Analogi tentang cerita pokok sehinggalah cerita Putrajaya, sangat mudah saya nak faham tentang fungsi ADMIN yang sebenar. Pengurusan bisnes bukan sekadar jual beli barang, konsepnya lebih luas, ia diguna pakai dalam rumah tangga, masyarakat, malah pentadbiran negara. Kita akan merasai betapa mudahnya hidup sebagai rakyat marhein jika ‘Si Admin’ negara melakukan tanggungjawab dengan betul. Betul & amanah. Tapi sayang. Kita dapat apa yang kita ada sekarang.
Sama juga dengan analogi cerita pokok. Pokok yang kita tanam, jika kita tahu mengurus & sabar melayani sehingga sampai masa yang sesuai menuai hasil, pasti makan tak habis. Masalah kita, cepat nak petik buah walaupun baru berputik. Ada kata pepatah mana tak tahu, katanya “tak kaya dengan sebatang pokok getah”. Maksudnya, nak kaya kena tanam banyak pokok getah. Masalah sekarang, yang sebatang pun tak mampu nak jaga, inikan pula berangan nak tanam & jaga banyak. Poorah.
Ilmu pengurusan sebegini yang sepatutnya berat & berbelit-belit nak faham, dikupas & diulas secara santai & sampai. Saya kira jika saya belajar apa yang diajar hari ini, pasti saya orang yang lantang membangkang apa yang lecturer saya ajar dulu tentang management. Tapi itulah, dah buat banyak silap baru nak belajar balik.
Belajar Berjanji
Perjanjian. Ini yang ditekankan hari ini selain fungsi ‘Si Admin’. Ini perkara yang saya banyak terlepas pandang. Lupa yang kawan boleh menjadi lawan bila tak ada ikatan perjanjian. Dengan perjanjian jugalah, kita boleh berkawan dengan lawan kita. Betapa hebatnya kuasa sebuah perjanjian. Balik ini dah tahu apa nak buat. Paling menarik, apa yang dipelajari sepanjang 2 hari ini sangat membantu & setiap ilmu semuanya bersifat “actionable”. Atau bahasa mudah, ilmu yang boleh terus balik buat tanpa perlu tunggu nak ambil masa lama.
Saya jelas tentang perancangan masa depan. Bukan bermakna sebelum ini tak jelas, ia jelas. Tapi kali ini boleh saya katakan macam si rabun mendapat kaca mata. Yang kabur makin terang. Kelas semacam ini membuatkan saya rasa sayang untuk berhenti memburu ilmu. Ilmu itulah penyuluh jalan di kala malam gelita. Tanpa ilmu kita teraba-raba dalam gelap. Sedar-sedar tangan terpegang tahi. Alangkah rugi rasa buat sesuatu tanpa ilmu. Yuran kebodohan itu lebih mahal dari yuran kepandaian. Ada orang dah rugi berjuta baru nak belajar. Jadi pengajaran buat saya, baik belajar awal-awal semasa badan masih muda, akal masih tajam & tenaga masih kuat.
Kipdap, Don Gibap.